wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA PENGUAT

Total questions: 108

Worksheet time: 1hrs 21mins

Name
Class
Date
1.

Khairul merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

a)

A paling

b)

B sekali

c)

C betul

d)

D nian

2.

Cerita yang dikarang oleh Suriati itu _________ menarik.

a)

A amat

b)

B betul

c)

C benar

d)

D sekali

3.

Rasa kopi yang dibancuh oleh Makcik Ramlah _________ manis.

a)

A nian

b)

B agak

c)

C betul

d)

D benar

4.

Yukindran _________ keberatan hendak ke rumah kawannya untuk meminjam buku kerana hari sudah lewat.

a)

A sekali

b)

B paling

c)

C agak

d)

D kurang

5.

Gunung yang _________ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

a)

terlalu

b)

paling

c)

betul

d)

benar

6.

Kerap _________ Athirah ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.

a)

A paling

b)

B nian

c)

C sungguh

d)

D agak

7.

Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

a)

A amat

b)

B benar

c)

C nian

d)

D sekali

8.

Dia paling tinggi sekali di dalam kelas.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Harga barang itu terlalu mahal.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Rasa buah durian itu _________ sedap.

a)

A betul

b)

B benar

c)

C sekali

d)

D sangat

11.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
12.
Rohana _____________ pandai jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
a)
begitu
b)
sekali
c)
agak
d)
betul
13.
Cendol pulut Pak Hassan ___________ sehingga terkenal di pekan ini.
a)
sungguh enak sekali
b)
nian enak
c)
sekali enak
d)
betul enak
14.
Jurulatih itu __________tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.
a)
benar
b)
sekali
c)
nian
d)
amat
15.
Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.
a)
betul
b)
benar
c)
sekali
d)
sangat
16.
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling 
d)
agak
17.
Air sungai itu jernih ____________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
a)
agak
b)
amat
c)
paling
d)
terlalu
18.
Anak kucing itu _________comel.
a)
sangat
b)
terlalu
c)
nian
d)
paling
19.
Air sirap yang dibuat oleh Dahlia ini manis __________. 
a)
benar
b)
agak
c)
nian
d)
terlalu
20.
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
a)
nian
b)
paling
c)
terlalu
d)
agak
21.

Pemandangan di pulau itu indah _____________.

a)

nian

b)

paling

c)

agak

d)

terlalu

22.

Marah __________ ibu dengan sikap abang yang suka keluar malam itu.

a)

terlalu

b)

nian

c)

benar

d)

agak

23.

Cerita yang dikarang oleh Ahmat itu ____________ menarik.

a)

betul

b)

benar

c)

amat

d)

sekali

24.

Antara batu permata itu, berlian yang ____________ mahal.

a)

paling

b)

sekali

c)

benar

d)

betul

25.

Pilih ayat yang betul.

a)

Bodoh nian kamu jika mempercayai kata-kata jurujual itu.

b)

Sungguh kurang sopan perangai kamu.

c)

Betul kurus kamu sekarang.

d)

Lembut nian kek yang dibuat oleh Maya itu.

26.

Pilih ayat yang menggunakan kata penguat dengan betul.

a)

Baju yang berwarna biru itu paling cantik sekali.

b)

Keris Taming Sari itu yang tajam paling.

c)

Kek yang dibuat oleh umi itu terlalu lembut sekali.

d)

Perangai budak-budak itu amat baik sekali.

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Anak kucing itu comel sangat.

b)

Suara penyanyi popular itu betul merdu.

c)

Nani berasa paling amat lega kerana semua kerjanya telah siap.

d)

Rasa buah mangga itu masam paling.

28.

Puding jagung yang dibuat oleh kakak itu lembik _____________.

a)

agak

b)

betul

c)

paling

d)

terlalu

29.

Semua jawapan bagi ayat di bawah adalah betul kecuali


Rasa buah durian tembaga sedap ____________.

a)

agak

b)

benar

c)

sekali

d)

sungguh

30.

Pilih 2 ayat yang menggunakan kata penguat dengan betul.

a)

Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.

b)

Soalan - soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.

c)

Datuk dan nenek sangat gembira apabila melihat cucunya pulang ke kampung.

d)

Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu.

31.

Kata penguat ada berapa jenis?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

32.

"amat" ialah kata penguat ______.

a)

hadapan

b)

bebas

33.

Kata penguat digunakan bersama-sama dengan kata/frasa _______

a)

nama

b)

adjektif

34.

Yang manakah merupakan kata penguat belakang?

a)

paling

b)

nian

c)

sungguh

d)

paling

35.

Ada berapakah kata penguat belakang?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

36.

Bunga itu cantik sangat.

a)

betul

b)

salah

37.

Yang manakah betul tentang kata penguat bebas?

a)

sangat, amat, benar

b)

amat, terlalu, agak

c)

betul, kurang, agak

d)

sangat, amat, sungguh

38.

Apakah maksud "kata penguat bebas"?

a)

boleh digunakan bersama-sama kata penguat yang lain.

b)

boleh digunakan di hadapan atau di belakang kata/frasa adjektif

39.

Yang manakah betul tentang "sekali" sebagai kata penguat?

a)

Dia baru sekali sahaja pergi ke Kuala Lumpur.

b)

Kuala Krai ialah bandar yang bersih sekali di Kelantan

c)

Dia akan pergi sekali dengan kami nanti..

d)

Ali meneguk air itu sekali gus.

40.

Yang manakah antara berikut ialah kata penguat belakang?

a)

nian

b)

terlalu

c)

agak

d)

sungguh

41.

Berapakah jumlah kata penguat?

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

42.

Bilakah kata penguat "nian" digunakan?

a)

di hadapan kata/frasa adjektif

b)

di hadapan kata/frasa nama

c)

di belakang kata/frasa nama

d)

di belakang kata/frasa adjektif

43.

Yang manakah betul tentang "benar" sebagai kata penguat?

a)

Saya berkata benar.

b)

Cantik benar lukisan ini.

44.

Pilih tiga kata penguat hadapan

a)

kurang

b)

cukup

c)

betul

d)

paling

45.

Pilih tiga kumpulan kata penguat yang betul.

a)

makin, agak, kurang, cukup, paling, terlalu

b)

makin, amat, benar, sekali

c)

betul, benar, nian, sekali

d)

paling, kurang, cukup, makin, amat, terlalu

e)

sangat, amat, sungguh

46.

Keadaan pesakit itu __________ membimbangkan dan perlu dirawat segera.

a)

sekali

b)

betul

c)

agak

d)

nian

47.

Amin nakal __________ kerana asyik mengusik adik perempuannya.

a)

sungguh

b)

terlalu

c)

paling

d)

agak

48.

Nyaman dan dingin __________ udara di Cameron Highland.

a)

agak

b)

paling

c)

terlalu

d)

sungguh

49.

Indah __________ pemandangan dari puncak Bukit Fraser.

a)

terlalu

b)

paling

c)

agak

d)

nian

50.

Kegagalan Adil mendapat tempat pertama menyebabkan ayahnya berasa kecewa __________.

a)

sungguh

b)

paling

c)

agak

d)

terlalu

51.

Tiga soalan yang terdapat dalam kertas ujian pada hari ini __________ susah.

a)

nian

b)

benar

c)

sekali

d)

sangat

52.

Ah Seng tidak dapat memanjat pokok kelapa di belakang rumahnya kerana __________ tinggi.

a)

terlalu

b)

nian

c)

sekali

d)

benar

53.

Walaupun ______ sibuk bekerja, dia tetap mahu pulang ke kampung.

a)

nian

b)

benar

c)

sekali

d)

agak

54.

Malik tidak dapat memasukkan kotak ke dalam almari kerana __________ besar.

a)

nian

b)

sekali

c)

terlalu

d)

benar

55.

Masakan nasi lemak ibunyalah yang __________ sedap.

a)

nian

b)

benar

c)

paling

d)

sekali

56.

Zack murid yang __________ pandai di kelas itu.

a)

sekali

b)

benar

c)

paling

d)

nian

57.

Hang Tuah merupakan pahlawan yang __________ setia akan Sultan Melaka.

a)

nian

b)

amat

c)

betul

d)

sekali

58.

Keily mengambil masa yang __________ lama untuk menjawab soalan Sains itu.

a)

sekali

b)

benar

c)

nian

d)

agak

59.

Lelaki yang berbaju merah itu memandu keretanya dengan laju __________.

a)

sekali

b)

terlalu

c)

paling

d)

agak

60.

Pencemaran udara di kawasan itu __________ merisaukan penduduk.

a)

nian

b)

amat

c)

benar

d)

sekali

61.
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
a)
tengik amat
b)
busuk sekali
c)
hapak sungguh
d)
hanyir sekali
62.
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Raj kepada Thanush.
a)
sungguh selerak
b)
sungguh teramat selerak
c)
paling selerak
d)
paling sungguh selerak
63.
Alat-alat sukan yang dijual di kedai itu _______.
a)
agak murah
b)
paling murah sekali
c)
murah teramat
d)
murah-murah sekali
64.
Ammar merupakan murid yang ______ tiba di sekolah.
a)
paling amat lewat
b)
paling-paling lewat
c)
paling lewat
d)
paling teramat lewat sekali
65.
Pemandangan di kawasan sawah itu ______ pada waktu pagi.
a)
nian indah
b)
indah nian
c)
sungguh indah nian
d)
sungguh indah sekali
66.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
67.

Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.

a)

sedih benar

b)

rindu benar

c)

gembira benar

d)

risau benar

68.

Mimi _______________ cemburu akan kakaknya yang cantik dan pandai itu.

a)

sangat

b)

benar

c)

nian

d)

sekali

69.

Kelakuan pemuda itu __________________ tidak sopan kerana mengganggu gadis yang lau-lalang.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

nian

d)

benar

70.

Tikar mengkuang yang dianyam oleh kakak ___________ kemas dan sentiasa menarik minat pengunjung yang datang ke kedai kraftangannya.

a)

sungguh amat

b)

paling benar

c)

benar sekali

d)

sungguh nian

71.

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pencadang dalam pertandingan bahas itu ___________ menyakinkan.

a)

sekali

b)

benar

c)

betul

d)

amat

72.

Kerap ___________ dia ke perpustakaan kebelakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.

a)

paling

b)

sungguh

c)

terlau

d)

agak

73.

Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.

a)

agak

b)

sekali

c)

paling

d)

terlalu

74.

Nescafe yang dibancuh oleh Ratni manis_________rasanya.

a)

agak

b)

benar

c)

terlalu

d)

paling

75.

Soalan Sains yang susah__ belum dijawab oleh Khairul.

a)

agak

b)

terlalu

c)

paling

d)

sekali

76.

"Sombong .................... jiran baharu kita itu," kata Puan Jamilah kepada Puan Elianne.

a)

sungguh

b)

agak

c)

nian

d)

terlalu

77.

Lewat .................... kamu tiba hari ini?

a)

nian

b)

paling

c)

terlalu

d)

benar

78.

Walaupun kelakuannya .................... kasar, namun hatinya baik.

a)

nian

b)

agak

c)

sekali

d)

benar

79.

Nurul berasa .................... gayat ketika menaiki kereta kabel di Genting Highlands.

a)

amat

b)

paling

c)

benar

d)

sekali

80.

Kotor .................... baju sekolah kamu.

a)

terlalu

b)

paling

c)

sekali

d)

nian

81.

Ai Ling menangis kerana .................... gembira apabila permohonannya untuk belajar di luar negara diterima.

a)

sungguh

b)

paling

c)

sekali

d)

benar

82.

Wajah Natalia dan Ameera ....................sama walaupun mereka tiada pertalian darah.

a)

agak

b)

nian

c)

sekali

d)

benar

83.

Puan Raihana .................... gemar mengumpul barang perhiasan antik.

a)

sekali

b)

sangat

c)

nian

d)

benar

84.

Yi Ying .................... sedih mengenangkan nasib neneknya.

a)

sangat

b)

sekali

c)

benar

d)

nian

85.

Kami menunggu Adli yang sampai .................... lambat.

a)

sekali

b)

agak

c)

nian

d)

benar

86.

Doktor merawat nenek yang kelihatan .................... lesu dan tidak bermaya.

a)

benar

b)

sekali

c)

terlalu

d)

nian

87.

Lega .................... hati kami setelah melihat nenek berjaya diselamatkan.

a)

sungguh

b)

agak

c)

terlalu

d)

benar

88.

Kasihan .................... Dalila terhadap nenek Yi Ying.

a)

nian

b)

benar

c)

paling

d)

terlalu

89.

Jangan pasang telefon itu .................... hampir dengan paip.

a)

terlalu

b)

sungguh

c)

benar

d)

sangat

90.

Ayah dan ibu risau .................... untuk meninggalkan nenek sendirian di rumah.

a)

paling

b)

sungguh

c)

agak

d)

nian

91.

Kami sekeluarga .................... terkejut apabila mendengar berita kes wabak COVID-19 itu.

a)

sangat

b)

benar

c)

nian

d)

agak

92.

Dialah yang .................... gembira apabila mendapat tahu keputusannya mendapat 100%.

a)

sangat

b)

sungguh

c)

paling

d)

sekali

93.

Kereta itu diletakkan .................... hampir dengan pintu pagar rumah.

a)

nian

b)

terlalu

c)

sangat

d)

sekali

94.

Puan Soh berasa .................... gementar untuk masuk ke dalam rumah yang sudah lama terbiar itu.

a)

agak

b)

benar

c)

terlalu

d)

sekali

95.

Dalila beratur di belakang .................... kerana dia baru tiba di kedai itu.

a)

sekali

b)

benar

c)

sungguh

d)

paling

96.

Cerita yang dikarang oleh Maniam itu ________menarik.

a)

amat

b)

sekali

c)

benar

97.

Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ______.

a)

agak

b)

betul

c)

paling

98.

Biskut coklat yang dibuat oleh Mimi ___________ rangup.

a)

sekali

b)

benar

c)

amat

99.

Merdu _____________ suara peserta nyanyian itu.

a)

terlalu

b)

sungguh

c)

paling

100.

Haji Hamid memiliki rumah yang cantik ____________.

a)

sekali

b)

terlalu

101.

Suhu di Cameron Highland itu _______________sejuk.

a)

agak

b)

sekali

c)

nian

102.

Juli ___________ramah melayan tetamu yang hadir di majlis hari jadinya.

a)

sangat

b)

benar

c)

sekali

103.

Anak kucing itu _________comel.

a)

sangat

b)

benar

c)

nian

104.

__________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.

a)

Terlalu

b)

Benar

c)

Sekali

105.

Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.

a)

betul

b)

paling

c)

sekali

106.

Tulisan Sulaiman ________ cantik dan kemas.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

nian

107.

Sang Kancil merupakan haiwan yang ___________ pintar.

a)

sekali

b)

paling

c)

nian

108.

Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.

a)

sangat

b)

benar

c)

sekali