wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEROLEHAN KERAJAAN SECARA UMUM

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Kesemua ini adalah objektif perancangan perolehan KECUALI..

a)

Tingkatkan ketelusan

b)

Perolehan dirancang dengan teliti dan sistematik

c)

Elak kelewatan, penyelewangan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan

d)

Pihak terlibat boleh mengambil peluang bagi mencari keuntungan

2.

AKTA YANG BERKUATKUASA BAGI PEROLEHAN KERAJAAN?

a)

AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2023

b)

AKTA ACARA KEWANGAN 1990

c)

AKTA ACARA KEWANGAN 1957

d)

AKTA AUDIT 1967

3.

Had nilai dan kaedah tatacara perolehan bekalan dan perkhidmatan di dalam pekeliling yang berkuat kuasa adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Sebut harga Melebihi RM50 ribu sehingga RM500 ribu

b)

Pembelian Terus Sehingga RM50 ribu

c)

Tender Terbuka Melebihi RM1 juta

d)

Rundingan Terus Melebihi RM50 ribu dan tertakluk kepada kriteria khusus

4.

Yang manakah betul mengenai kaedah perolehan tender terbuka berkaitan perkhidmatan perunding?

a)

Lantikan Terus Berserta Kos Siling (LTBKS) - Kos Kerja Ukur sehingga RM500 ribu

b)

Lantikan Terus Berserta Kos Siling (LTBKS) - Kos Kajian sehingga RM500 ribu

c)

Kos Kerja Ukur melebihi RM500 ribu

d)

Kos projek pembangunan fizikal sehingga RM50 juta

5.

Agensi adalah bertanggungjawab untuk menyediakan Perancangan Perolehan Tahunan (PPT) masing-masing selaras dengan prinsip amalan tadbir urus yang baik. Objektif Penyediaan Perancangan Perolehan Tahunan adalah:

a)

Meningkatkan ketelusan dalam perolehan Kerajaan

b)

Sebagai mekanisme untuk memantau perolehan yang dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kelewatan, penyelewengan, salah guna kuasa dan perolehan di luar aturan

c)

Memastikan perolehan Kerajaan dirancang dengan teliti dan sistematik

d)

Supaya pihak pengurusan memaklumkan kepada pihak berkepentingan untuk terlibat dalam perolehan kerajaan

6.

Yang manakah perkara ini TIDAK berkaitan dengan Harga Indikatif/Anggaran Jabatan?

a)

Agensi hendaklah menyediakan Harga Indikatif Jabatan bagi setiap perolehan dan memasukkannya ke dalam dokumen pelawaan. Harga Indikatif Jabatan hendaklah berdasarkan harga pasaran semasa, realistik dan terkini.

b)

Harga Indikatif boleh dimaklumkan kepada peserte sebutharga atau tender supaya mereka menyediakan angka yang tepat sebelum mengemukakan anggran

c)

Harga Indikatif Jabatan hendaklah mengambil kira kos pengendalian, kos pengangkutan, kos upah (jika berkaitan) dan margin keuntungan yang munasabah.

d)

Bagi perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja yang sukar ditentukan Harga Indikatif Jabatan, Agensi boleh membuat anggaran munasabah yang terkini berdasarkan harga pasaran semasa atau merujuk kepada pembelian lampau Agensi lain sekiranya berkaitan

7.

APAKAH MAKSUD MyGPIS?

a)

SISTEM MAKLUMAT BERSEPADU PEROLEHAN KERAJAAN

b)

SISTEM MAKLUMAT BERSAMA PEROLEHAN KERAJAAN

c)

SISTEM BERSEPADU ePEROLEHAN

d)

SISTEM SIMPANAN INFO PEROLEHAN KERAJAAN

8.

KEBENARAN PERLU DIPEROLEHI DARIPADA JABATAN TEKNIK TERSEBUT JIKA AGENSI INGIN MENGGUNAKAN KHIDMAT PERUNDING

a)

Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba

b)

Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya

c)

Jabatan Perumahan Negara dan Jabatan Pengairan dan Saliran

d)

Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perumahan Negara

9.

Agensi hendaklah memastikan semua perolehan ICT yang memerlukan perkhidmatan perunding secara outsourcing hendaklah dirujuk ke:

a)

SPRM

b)

INTAN

c)

MAMPU

d)

JPM

10.

Bagi tujuan kelulusan permohonan perolehan perkhidmatan perunding, Pihak Berkuasa Melulus (PBM) seperti di bawah KECUALI:

a)

Pegawai Pengawal / Pegawai yang diturunkan kuasa

b)

Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH)

c)

Lembaga Perolehan (LP)

d)

Kementerian Kerja Raya