WorksheetsSET 1- PROGRAM 'JUST CLICK' (PERNIAGAAN))
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Pernyataan manakah yang benar tentang ciri-ciri perniagaan francais?
Francaisor membuat bayaran berbentuk fi kepada francaisi
Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi
Perniagaan dijalankan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisi
Francaisor dan francaisi tidak boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan
Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan taraf perintis?
Diberikan kepada syarikat yang menyertai promosi oleh kerajaan
Diberikan kepada syarikat status MSC dan terlibat dalam industri teknologi tinggi
Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran makanan sahaja
Potongan cukai diberikan kepada pengeksport yang menjual barangan tenpatan dengan kadar potongan bergantung pada jenis perbelanjaan yang terlibat
Pernyataan manakah yang merupakan peranan MOSTI?
Menawarkan modal tambahan kepada usahawan
Menyediakan pelbagai dana dan tabung untuk memberipinjaman pada kadar caj perkhidmatan yang rendah kepada para petani
Sebagai pemberi jaminan kredit bagi memudahkan permohonan pinjaman atau pembiayaan usahawan diterima oleh pihak bank
Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi untuk mengalakkan syarikat-syarikat Malaysia terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan (R & D) produk
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk mengatasi inflasi?
Meningkatkan kadar faedah
Meningkatkan permintaan barang
Meningkatkan pengimportan barang
Melalui dasar undang-undang kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Indah Harum Sdn. Bhd. yang mengeluarkan sabun pencuci pakaian.
*Harga sebotol-RM30
*Kuantiti dijual-1000 unit
*Kos tetap-RM4000
*Kos berubah-RM2000
Hitung jumlah hasil jualan bagi Perniagaan Indah Harum Sdn. Bhd. ..
RM15 000
RM16 000
RM20 000
RM30 000
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif sebuah restoran terkenal di Malaysia.
*Restoran Nasi Buloh di Sungkai Perak ingin meningkatkan jualan sebanyak 35% dalam masa setahun.
Apakah ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Nasi Buloh?
Realistik
Munasabah
Boleh diukur
Boleh dicapai
Antara yang berikut, yang manakah kelemahan sumber pembiayaan luaran jika diperolehi dari agensi kerajaan?
Faedah yang tinggi
Persaingan yang sengit
Tertakluk kepada syarat pinjaman
Penjamin dan cagaran diperlukan
Apakah jenis pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Encik Firdaus yang ingin membuka gerai menjual nasi lemak?
Pajakan
Pinjaman
Sewa beli
Simpanan peribadi
Apakah jenis pembiayaan yang boleh didapati daripada agensi kerajaan?
Pajakan
Sewa beli
Pemfaktoran
Geran penyelidikan dan pembangunan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan sumber pembiayaan daripada USS Bank Finance Malaysia kepada seorang peniaga?
I Cepat dan ringkas
II Memerlukan penjamin
III Memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap
IV Terdapat perlindungan cukai daripada pembayaran faedah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
