WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3: Tatabahasa
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Dia memang __________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
otak ikan
otak udang
otak manusia
otak kera
Adik menangis __________ duit belanjanya hilang di sekolah.
kerana
sambil
dan
lalu
Ibu menggunakan empat __________ jagung untuk memasak bubur.
biji
ketul
tongkol
batang
Saya berjumpa dengan Raihanah. __________ hendak bermain congkak.
Kami
Kita
Dia
Saya
__________, ambil barang ini dan letakkan di sana!
Wah
Aduh
Nah
Amboi
__________, berwarna-warni sungguh baju kamu Suhaila!
Wah
Amboi
Eh
Oh
Bunga mawar di luar rumah berbau sungguh __________.
enak
sedap
harum
tengik
Ayah meletakkan __________ di tengah sawah.
tamu-tamu
orang-orang
patung-patung
burung-burung
Kita mesti kurangkan minuman berkarbonat kerana minuman ini mempunyai kadar gula yang __________.
manis
tebal
tinggi
banyak.
Kamarul dan Khairul duduk berehat di __________ sebatang pokok.
bawah
dalam
atas
tepi
Air di dalam cerek itu di __________ oleh ibu.
jerang
rebus
masak
tanak
_________ cara-cara menggunakan radas dengan betul?
Bagaimanakah
Siapakah
Bilakah
Apakah
Kakak membantu ibu __________ makanan kegemaran adik.
masakan
masakkan
memasak
bermasak
Pak Cik Roslan membaiki bumbung rumahnya yang bocor. Tindakan Pak Cik Roslan __________ kerana dia tidak tahu bertukang.
seperti ayam berak kapur
seperti tikus membaiki labu
seperti mencurah air ke daun keladi
seperti melepaskan batuk di tangga
Kami dapat melihat artifak bersejarah ketika melawat ke __________.
Balai Polis Sentul
Muzium Negara
Planetarium Negara
Masjid Negara
Penari Tarian Mak Yong itu menari dengan penuh __________.
lemah-gemalai
lemah-lembut
lembut-lembut
lemah-longlai
Pak Akob menanam beberapa __________ serai di tepi rumahnya.
ketul
buah
batang
rumpun
Zarif membeli __________ di kedai alat telekomunikasi itu.
mesin basuh
telefon pintar
seterika
kereta
Semasa membuat kerja, __________ mestilah tolong-menolong.
mereka
dia
kami
kita
Perlawanan hoki itu dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat __________.
sekali
amat
nian
sungguh
Kamarul sedang __________ hadiah untuk ibunya.
balut
membalut
dibalut
berbalut
Pegawai bomba perlu memeriksa alat _________ di sekolah setahun sekali.
pemadam api
litar pintas
kalis api
loceng kebakaran
__________ yang perlu kita lakukan jika terlihat kemalangan jalan raya?
Mengapakah
Apakah
Bilakah
Bagaimanakah
Rosliana berketurunan bajau laut yang berasal __________ negeri Sabah.
dari
ke
di
daripada
Keadaan di rumah Ah Keong __________ selepas dilanda banjir kilat.
bersepah
kotor
bersih
nyaman
