NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3
Total questions: 50
Worksheet time: 38mins
Rozita sedang __________ surat khabar.
terbaca
dibaca
membaca
bacaan
Kaki Ali luka kerana _______ kaca.
memijakkan
terpijak
pijakkan
dipijak
Udara di Tanah Tinggi Cameron sungguh ________.
sibuk
nyaris
aman
nyaman
Lebuh Raya Persekutuan _________ dengan kenderaan yang lalu-lalang.
sibuk
terang
sempit
pantas
Rafiq tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang _________.
baik
ramah
cuai
sombong
Pembukaan bangunan baharu itu dirasmikan _______ Pegawai Pendidikan Daerah.
oleh
dari
pada
kepada
Dalam dunia ini terdapat lebih _________10000 jenis spesies burung.
dari
daripada
hingga
pada
Persahabatan ______ Hamid dan Razlan dicemburui oleh Abu.
antara
untuk
dalam
kepada
Bungkusan yang saya terima tadi ada ______ Anis.
di
kepada
pada
untuk
Husna akan ____ London pada minggu hadapan untuk meneruskan pengajiannya.
ke
kepada
dari
pada
Ahmad murid yang berdisiplin. _______ sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
Beliau
Dia
Kamu
Anda
Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri __________ diserang penyakit ganjil.
beliau
dia
baginda
hamba
"__________ mesti sampai ke sana sebelum senja," kata Sani kepada rakan-rakannya.
Kami
Mereka
Dia
Kita
Alia dan Aida melawat Zairi di hospital. ________ membawa buah tangan untuknya.
Dia
Kita
Kami
Mereka
Tahniah, _________ telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
awak
dia
baginda
beliau
Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. _________ merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.
Dia
Beliau
Mereka
Kita
Bapa Murni ialah seorang doktor.
Apakah sinonim bagi doktor?
askar
guru
tabib
pencuri
Almari usang itu diselaputi habuk.
Apakah sinonim bagi habuk?
debu
pasir
kotor
asap
Sultan Mahmud sedang beradu di kamarnya.
Apakah sinonim bagi beradu?
makan
duduk
membaca
tidur
Cikgu Azlan mengajar saya sejak darjah satu.
Apakah sinonim bagi mengajar?
memeriksa
memaksa
mendenda
mendidik
_________ bunga kenanga terselit pada sanggul Mak Leha.
Sejambak
Sekuntum
Sejambangan
Sebatang
Polis melepaskan beberapa _____ tembakan ke arah perompak itu.
butir
biji
das
pucuk
Pemuda itu membeli _______ surat khabar di kedai Ah Chong.
sekeping
selembar
sehelai
senaskhah
Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat _______.
sebiji
seruas
sehiris
seketul
Beliau memulakan ucapannya dengan _______ pantun.
sebaris
sepatah
serangkap
sebuah
Beberapa _____ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
butir
ulas
keping
buah
Nasi lemak merupakan sajian _______ rakyat Malaysia.
penggemar
menggemari
kegemaran
digemari
Rahman dan Swee Lan berkawan baik. ______ bagaikan adik-beradik.
Mereka
Dia
Beliau
Kami
Segala nasihat ibu akan _____ turuti.
awak
saya
dia
kamu
Ayah sedang berbual dengan kawan ____ melalui telefon.
ku
anda
dia
nya
Mengapakah mereka berbuat demikian?
Apakah jenis ayat di atas?
Ayat penyata
Ayat seruan
Ayat tanya
Ayat permintaan
Jangan meniru semasa peperiksaan.
Apakah jenis ayat perintah di atas?
Ayat permintaan
Ayat suruhan
Ayat silaan
Ayat larangan
Jemputlah hadir ke masjlis pernikahan saya.
Apakah jenis ayat perintah di atas?
Ayat larangan
Ayat permintaan
Ayat silaan
Ayat suruhan
Cis, berani sungguh kamu menentang saya!
Apakah jenis ayat di atas?
Ayat tanya
Ayat suruhan
Ayat penyata
Ayat seruan
Mereka akan menyertai aktiviti perkhemahan unit beruniform itu selama 3 hari 2 malam.
Apakah jenis ayat di atas?
Ayat silaan
Ayat suruhan
Ayat penyata
Ayat seruan
Laila menumpukan perhatian terhadap _______ gurunya.
pengajaran
ajaran
mengajar
diajar
Murid-murid diminta jangan berbuat _______ di dalam perpustakaan.
susah
bising
senyap
cepat
Budak lelaki itu bukan kawan saya.
Apakah antonim bagi kawan?
sahabat
musuh
adik
rakan
Kakak sedang menulis _______ surat.
sepucuk
sehelai
selembar
senaskhah
Keadaan di pasar itu sungguh _________.
lauk-pauk
layang-layang
riuh-rendah
renyai-renyai
Petang tadi hujan turun dengan _________.
layang-layang
renyai-renyai
gegak-gempita
pinggan-mangkuk
_______ hujan turun dengan lebat, Amin tetap tidak mahu membawa payung.
Kerana
Oleh
Sebab
Walau
Adik makan kuih itu ______ habis.
namun
agar
tetapi
sehingga
Mereka duduk di bawah pokok ______ berbual-bual.
atau
sambil
namun
tetapi
Abang berjumpa doktor ______ dia demam.
apabila
sehingga
supaya
kerana
Nelson berasal ____ negara Australia.
dari
daripada
ke
kepada
Wajahnya bertukar masam _____ cuka selepas disindir oleh rakannya.
akan
seperti
dari
daripada
Kami bertolak ____ tempat kejadian pada jam 2 petang.
ke
pada
kepada
di
Nenek tua itu sangat rindu _____ cucunya.
dengan
akan
di
kepada
Siva telah menyerahkan buku cerita itu _____ Mala.
ke
kepada
terhadap
bagi
