wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN KEFAHAMAN PELAJAR (LKP) 1_PENDIDIKAN MORAL_TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri ialah

i) maruah keluarga terpelihara.

ii) anggota keluarga saling mempercayai.

iii) keluarga bahagia dapat diwujudkan.

iv) keluarga dihormati oleh masyarakat sekeliling.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii, dan iv

2.

Berikut merupakan tanggungjawab sebagai anggota keluarga KECUALI

a)

Memastikan keselamatan anggota keluarga

b)

Menjaga nama baik keluarga

c)

Menyayangi setiap anggota keluarga

d)

Melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum

3.

"Keharmonian keluarga akan melahirkan generasi yang kuat dan berjaya."

Kata-kata diatas diucapkan oleh

a)

Tun Dr Mahathir

b)

Mahatma Gandhi

c)

Rajmohan Gandhi

d)

Mother Teresa

4.

Lemah dalam bahasa Inggeris


Bagaimanakah cara membaiki kelemahan diri di atas?

a)

saya perlu lebih kerap bergaul dengan orang lain

b)

saya perlu berlatih di hadapan cermin

c)

Saya perlu berani bertutur dalam Bahasa Inggeris

5.

Potensi diri bermaksud

a)

perlakuan yang diterima masyarakat

b)

bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang

c)

perlakuan berdasarkan fakta dan bukti

d)

kekurangan dan kelemahan diri seseorang

6.

Apabila seseorang itu mengenai potensi dirinya dia perlu...

a)

menyimpan bakatnya.

b)

menunjukkan kemampuannya sehingga ada orang sedar.

c)

berusaha mengembangkan kemampuannya sehingga berjaya.

d)

menyimpan bakatnya takut mendapat ancaman keselamatan.

7.

Apakah nilai yang perlu ada pada seseorang dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran

a)

Tidak yakin diri.

b)

Tidak sabar

c)

Bersangka buruk

d)

Tidak mudah putus asa

8.

Pilih kerjaya yang sesuai dengan individu yang memiliki potensi berikut.


Kinestetik

a)

Atlet sukan

b)

Doktor

c)

Penulis

d)

Saintis

9.

Antara berikut, yang manakah BUKAN cara menyayangi anggota keluarga.

a)

Meninggikan suara ketika bercakap.

b)

Meraikan hari istimewa anggota keluarga.

c)

Mengambil berat akan masalah anggota keluarga.

d)

Memberikan hadiah atau kad ucapan.

10.

Setiap orang ada melakukan kesilapan. Oleh itu , sebagai anggota keluarga , kita perlulah mengamalkan...........

a)

sikap toleransi antara satu sama lain

b)

sikap suka saling tolong menolong sesama ahli keluarga

c)

sikap suka menghina ahli keluarga yang lemah

d)

sikap suka menyembunyikan rahsia peribadi

11.

Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?

a)

Hidup bahagia dan gembira.

b)

Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

c)

Mesra dan saling bermaafan antara adik-beradik.

d)

Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup.

12.

Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga akan....

a)

menyayangi keluarganya dengan hati yang ikhlas.

b)

memberikan apa-apa sahaja yang mereka inginkan.

c)

sering membantu ahli keluarga.

d)

menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah yang sudah tidak upaya kepada pembantu rumah.

13.

Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?

a)

Keluar dari rumah apabila ibu bapa bergaduh.

b)

Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.

c)

Tidak mengambil tahu tentang masalah keluarga.

d)

Menceritakan tentang masalah keluarga anda kepada kawan-kawan.

14.

Bagaimana anak memberikan layanan yang sopan kepada keluarga?

a)

Bercakap secara behemah dengan ahli keluarga.

b)

Bermain telefon semasa makan.

c)

Tidak mahu makan bersama bapa yang sudah uzur kerana sering menumpahkan makanannya.

d)

Bergaduh dengan adik dengan suara yang kuat semasa ibu bapa sedang tidur.

15.

Saya mempunyai banyak idea . saya melihat sesuatu dari pelbagai sudut. Saya berani mengambil risiko untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Apakah contoh yang sesuai bagi individu tersebut?

a)

Kreatif

b)

Petah berbicara

c)

Suka melukis

d)

Suka bermain alat muzik.

16.

Tiga cara untuk mengenali pasti potensi diri iaitu .......................

a)

kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri.

b)

fikirkan cara untuk membaiki diri.

c)

hargai keistimewaan diri.

d)

cepat putus asa dalam kehidupan.

17.

Saya suka membaca buku, menulis karangan, dan membuat laporan. Kerjaya yang sesuai dengan saya ialah ..............

a)

penyanyi

b)

wartawan

c)

pelukis

d)

penyiasat

18.

Yang berikut merupakan potensi diri kecuali.........

a)

pemalu

b)

petah berbicara

c)

suka melukis

d)

kreatif

19.

Pilih 3 cara mengenali potensi diri.

a)

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

b)

Menghargai keistimewaan diri.

c)

Berfikirkan cara untuk membaiki kelemahan diri.

d)

Berputus asa apabila mengetahui kelemahan diri.

20.

Potensi diri bermaksud................

a)

perlakuan yang diterima masyarakat

b)

bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang

c)

perlakuan berdasarkan fakta dan bukti

d)

kekurangan dan kelemahan diri seseorang