Worksheets1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Keluarga bahasa yang kesemuanya tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia ialah
Nusantara, Polinesia, Mikronesia, Melanesia
Nusantara, Austroasia, Polinesia, Melanesia
Nusantara, Austronesia, Polinesia, Melanesia
Nusantara, Tibet-China, Melanesia, Mikronesia
Yang berikut benar tentang bahasa Nusantara, kecuali
dipercayai berasal dari daerah Yunan
tersebar meluas hingga ke Pulau Madagascar
tergolong ke dalam rumpun bahasa Austroasia
mengandungi jumlah bahasa antara 200 hingga 300 bahasa
Bahasa ini dikenali juga sebagai bahasa Austronesia Barat
Apakah nama bahasa yang menepati pernyataan di atas ?
Bahasa Polinesia
Bahasa Mikronesia
Bahasa Nusantara
Bahasa Melanesia
Istilah "keluarga" dalam asal usul bahasa merujuk kepada bahasa yang berusia
5000 tahun ke atas
2500 hingga 5000 tahun
kurang daripada 1000 tahun
Kurang daripada 2500 tahun
Yang manakah pernyataan yang benar tentang rajah salasilah bahasa di atas ?
i. Bahasa Melayu dan bahasa Hawaii ialah bahasa yang sekeluarga
ii. Bahasa Acheh dan bahasa Sunda ialah bahasa subkeluarga
iii. Bahasa Minang dan bahasa Madura ialah bahasa yang sekeluarga
iv. Bahasa Jawa dan bahasa Maori ialah bahasa serumpun
Bahasa Kenya-Bahau-Kayan dan bahasa Melayu mempunyai hubungan yang berikut kecuali
hubungan serumpun
hubungan sekeluarga
hubungan sefilum
hubungan sesubkeluarga
Dari segi etimologi, perkataan "Melayu" berasal daripada perkataan
mlayu
himalaya
pamalayu
malayadvipa
Antara berikut, yang manakah definisi awal istilah Melayu oleh M. Ptolemy ?
malaya dvipa
Mo-lo-yu
Mo-lu-yu
maleu-kolon
I-tsing mendapati bahawa bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K'un-lun. Bahasa K'un-lun merujuk kepada bahasa ?
bahasa Melayu
bahasa sanskrit
bahasa Melayu Kuno
tempat bersalji
Yang manakah susunan salasilah bahasa Melayu yang betul ?
Filum - keluarga - rumpun
Filum- rumpun - keluarga
Rumpun - Filum - keluarga
Keluarga - filum - rumpun
Penghijrahan orang Melayu dari bahagian Selatan China. Penghijrahan mereka berlaku dalam dua kelompok iaitu
Melayu-Proto dan Melayu-Deutero
Melayu Kuno dan Melayu Selatan
Melayu- Prito dan Melayu Deuto
Melayu Yunan dan Melayu Assam
Filum bahasa Austrik/Austris terbahagi kepada tiga iaitu
rumpun Austronesia, rumpun Austronesia Barat, rumpun Nusantara
rumpun Polinesia, rumpun Melanesia, rumpun Filipina
rumpun Austronesia, rumpun Austroasia, rumpun Tibet-China
