WorksheetsKIMIA OBJEKTIF 1
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
1. Rajah 8 menunjukkan susunan radas bagi penyaduran sudu besi dengan kuprum. Selepas satu jam, didapati sudu besi tidak disadurkan dengan kuprum. Apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan proses penyaduran berlaku?
rlak
A. Tukar terminal pada sel
B. Gunakan larutan kuprum(II) nitrat sebagai elektrolit
C. Gunakan arus yang kecil
2. 1. Persamaan ion di bawah mewakili tindak balas antara larutan kalium dikromat(VI) dengan larutan ferum(II) sulfat.
Cr2O72- + 14H+ + 6Fe2+ → 6Fe3+ + 2Cr3+ + 7H2O
Apakah perubahan nombor pengoksidaan kromium dalam tindak balas itu?
A +6 kepada +2
B +6 kepada +3
C +7 kepada +2
D +7 kepada +3
3. Larutan natrium bromida pekat dielektrolisis menggunakan elektrod karbon. Setengah persamaan yang manakah mewakili tindak balas di anod dan katod?
A.
Anod:
2Br- → Br2 + 2e
Katod:
Na+ + e → Na
B.
Anod:
2Br- → Br2 + 2e
Katod:
2H+ + 2e → H2
C.
Anod:
4OH- → 2H2O + O2 + 4e
Katod:
Na+ + e → Na
D.
Anod:
4OH- → 2H2O + O2 + 4e
Katod:
2H+ + 2e → H2
4. Rajah 9 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam elektrolisis.
Antara sebatian berikut, yang manakah boleh digunakan sebagai elektrolit?
A Larutan ammonia
B Larutan glukosa
C Naftalena
D Etanol
5. Jadual 2 menunjukkan pemerhatian bagi elektrolisis suatu bahan menggunakan elektrod karbon.
Ramalkan elektrolit yang digunakan dalam elektrolisis ini.
A Larutan kalium klorida pekat
B Larutan kuprum(Il) klorida pekat
C Asid hidroklorik cair
D Larutan magnesium bromida pekat
6. Antara berikut, yang manakah bukan sebatian hidrokarbon?
A Protein
B Petrol
C Gas asli
D Gas metana
7. Rajah 10 menunjukkan satu sebatian.
Namakan sebatian dalam Rajah 10.
A 2-metilpentana
B 2-metilheksana
C
1,1-dimetilpentana
D 1,1-dimetilbutana
8. Antara berikut, yang manakah kumpulan berfungsi bagi alkuna?
A
B
C
D
9. Rajah 11 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji nyalaan jelaga bagi heksana dan heksena.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dalam aktiviti ini?
A Heksana kurang menghasilkan jelaga kerana mempunyai ikatan hidrogen yang kuat
B Heksena banyak menghasilkan jelaga kerana mempunyai peratus karbon yang lebih
tinggi berbanding dengan heksana
C Heksana kurang menghasilkan jelaga kerana heksana merupakan sebatian
hidrokarbon tidak tepu
D Heksena banyak menghasilkan jelaga kerana heksena merupakan sebatian
hidrokarbon tepu
10. Etena bertindak balas dengan wap air untuk menghasilkan alkohol.
Pilih keadaan untuk tindak balas ini boleh berlaku.
I I Menggunakan mangkin nikel
II Menggunakan asid fosforik sebagai mangkin
III Suhu 180°C
IV Suhu 300°C
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II dan IV sahaja
11. Rajah 12 menunjukkan formula struktur bagi sebatian X.
28 g sebatian X mengalami pembakaran lengkap pada suhu bilik.
Hitung isi padu gas karbon dioksida yang terbebas.
[Isi padu molar gas = 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik;
Jisim atom relatif: H =1, C=12]
A 9.6 dm3
B 18 dm3
C 24 dm3
D 48 dm3
12. Penyalahgunaan alkohol boleh menyebabkan pelbagai masalah. Antara berikut, yang manakah bukan kesan penyalahgunaan alkohol?
A Kecacatan bayi jika diambil oleh ibu mengandung
B Melambatkan gerak balas fizikal
C Menyebabkan arteriosklerosis
D Menyebabkan sirosis hati
13. Rajah 13 menunjukkan empat tabung uji yang mengandungi logam yang berbeza direndam di dalam air.
Logam yang manakah mempunyai kadar kakisan yang paling tinggi?
A Magnesium
B Kuprum
C Zink
D Stanum
