Font size
WorksheetsSistem dan Aplikasi Bahasa 2SVM
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Antara yang berikut, yang manakah bukan golongan kata?
kata tunggal
kata nama
kata kerja
kata tugas
kata ganda
Kenal pasti kata nama khas untuk ayat di bawah ini :
Siti Rafizah pergi ke Pudu Raya yang terletak di stesen bas Tasik Selatan untuk menjemput suaminya.
Siti Rafizah
Stesen Bas
Pudu Raya
Tasik Selatan
Suami
Kenal pasti kata nama am untuk ayat di bawah ini:
Mereka pergi ke perpustakaan untuk membaca buku.
Mereka
Pergi
Perpustakaan
Buku
membaca
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis. Nyatakan dua jenis kata kerja tersebut.
kata kerja transitif
kata kerja formatif
kata kerja tak transitif
kata kerja tak formatif
Antara ayat berikut, mana dua ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif dengan unsur keterangan?
Perempuan itu menjual sayur di pasar pagi yang berdekatan rumahnya.
Azman dan Hazim asyik berbual-bual apabila cikgu sedang mengajar Bahasa Melayu.
Adik sedang tidur lena di dalam buaian yang baru dibelikan.
Ayat berikut mengandungi kata kerja tak transitif KECUALI
Kita masih menganggap bahawa keadaan kini masih terkawal sedangkan ledakan COVID-19 makin menular.
Pendapatan akan terjana tatkala setiap perindustrian membangun.
Kita perlu bermotivasi untuk melakukan tanggungjawab kita.
Warden yang garang itu sedang menjalani kursus pemantapan sahsiah diri di Imperial Hotel.
Kawan saya suka berjerit-jerit walaupun dia bukan pemenang dalam sesuatu pertandingan.
Antara ayat berikut, mana dua ayat yang mengandungi kata kerja aktif transitif?
Adik menangis sekuat-kuatnya kerana dia terjatuh ke dalam longkang.
Penduduk kampung sedang mencerikan balai raya dalam aktiviti gotong-royong ini.
Keadaan nenek semakin beransur baik di bawah jagaan ibu dan bapa.
Ali membersihkan longkang dengan menggunakan penyapu berus yang baru dibelikan oleh bapa.
“Buah dokong itu rasanya _________ tetapi pokoknya sangat _________,” kata Faiz.
kelat…rendang
manis...lurus
manis...tinggi
masam...rimbun
Para hadirin ________ kerana murid prasekolah itu ________ bercerita.
hairan...handal
terharu...bijak
bangga...layak
kagum...petah
Maklumat palsu yang diperoleh ...........sumber yang tidak sahih haruslah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
dari
daripada
terhadap
Puan Linda sentiasa mengambil berat.......... kebajikan anak-anak buahnya dalam subjek bahasa Melayu walaupun keadaan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).
terhadap
tentang
kepada
Hadiah itu dibalut dengan kertas yang berwarna ____________________ kelihatan cantik.
apabila
kerana
kecuali
agar
Kita harus mengamalkan senaman tiga kali seminggu ____ waktu petang untuk memastikan kesihatan badan kita terjamin.
kepada
ke
dari
di
pada
Kenal pasti EMPAT jenis kata tugas yang betul untuk ayat di bawah ini:
Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap kurikulum di sekolah
yang - kata hubung relatif
dalam - kata arah
dan - kata hubung gabungan
serta - kata hubung gabungan
di - kata sendi nama
Kenal pasti kata bantu dalam ayat di bawah ini dengan betul :
Mangga harum manis ini hanya boleh didapati di Perlis, bermula dari bulan April hingga Jun pada setiap tahun. Mangga ini unik kerana ia akan mengeluarkan aroma yang sangat harum apabila masak dan isinya berwarna oren kekuningan. Sesiapa yang belum merasai buah mangga, mereka harus mencubanya.
manis
boleh
didapati
akan
belum
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah ini, pilih tiga pola ayat FN+FK.
Za'ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bulit Kerdas.
Jimmy ke pusat beli-belah Pavilion dengan menaiki MRT.
Adik berlari ke arah bapa sebaik sahaja bapa balik ke rumah.
Lazada Malaysia adalah antara pusat beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia yang digemari ramai.
Polis itu menangkap penjenayah juga sekian lama berkejaran di kawasan pedalaman itu.
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah ini, pilih tiga pola ayat FN+FA.
Cenderamata itu untuk guru kesayangan saya.
Nasi Beriani yang dijual di kedai mamak itu enak sekali.
Pemuda yang tinggi dan kacak itu ialah abang saya.
Gubahan bunga yang terletak di atas meja itu sangat cantik.
Barangan yang dijual secara dalam talian lebih murah berbanding dengan kedai.
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah ini, pilih dua pola ayat dasar FN+FS.
Surat yang dikirim oleh sahabat penanya adalah dari negara China.
Lili ke Pulau Pinang dengan menaiki feri bersama-sama dengan teman lelakinya.
Pemuda yang kacak itu seorang usahawan berjaya.
Kakak saya menjadi doktor pakar bedah.
Para pelajar perlu ingat _______________ pelajaran sangat penting dalam kehidupan mereka.
walaupun
bahawa
yang
supaya
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah ini, pilih tiga pola ayat dasar FN+FN.
Kakak saya seorang doktor pakar bedah yang terkenal di Hospital Serdang.
Kami jiran bersebelahan sejak sepuluh tahun yang lalu.
Bersukan baik untuk kesihatan diri kerana sukan akan menolong badan untuk mengeluarkan peluh.
Buku itu buku Sejarah yang baru dibeli oleh ibu untuk Kakak.
Murid dapat memperoleh pelbagai kebaikan dengan melakukan aktiviti kokurikulum.
