WorksheetsKuiz Bahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Datuk Imran berjalan dengan menggunakan se_____tongkat kerana kakinya agak lemah
bilah
buah
bentuk
batang
Sejak Sultan Iskandar_____, segala urusan pentadbiran negeri dipangku oleh Datuk Bendehara, memandangkan Putera Mahkota masih terlalu mentah
gering
daulat
sembah
mangkat
Ular sawa itu ____ di tebing sungai untuk mencari mangsanya.
bergerak
menjalar
menyusur
merangkak
Sebagai _____Raju sanggup menerima cabaran bapanya untuk beradu tenaga bermain tenis
anak emas
anak jantan
anak angkat
anak kandung
Datuk memakai topi ______melindungi kepalanya daripada cahaya matahari semasa bekerja di kebun
untuk
apabila
jika
kerana
Kami terpaksa berteduh di perhentian bas _____ hujan turun dengan lebat
atau
jika
kerana
sementara
Beberapa orang _____sedang bersiap sedia untuk menggayakan fesyen pakaian rekaan Melinda Looi.
seniwati
pramugari
biduanita
peragawati
Puan Hasnah sedang menerangkan persembahan tumbuk kalang kepada ____ lawatan itu.
peserta
beserta
menyertai
sertai
"Semenjak ketiadaan ibu, pak long kamulah yang _____ makan minum ayah," kata Encik Taufiq kepada anaknya, Amirah.
susun
mengemas
pelihara
cakna
Air sungai di kampung itu sungguh _____kerana airnya mengalir dari gunung
jernih
terang
keruh
putih
"Shamil, tolong letakkan kotak itu di _____," kata Cikgu Sundram sambil menunjukkan ke arah sudut bilik yang tidak jauh daripadanya.
sana
sini
itu
ini
Ayah singgah di kedai itu untuk membeli se_____ beras yang dipesan oleh ibu
buah
gugus
kampit
paket
Abang mengopek kulit durian itu dengan ____ menggunakan parang.
perlahan
hemah
baik
cermat
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Zana mengetahui banyak perkara tentang sains angkasa melalui pembacaan kerana dia _____.
panjang akal
ulat buku
bulat mata
mata tajam
Pada hujung minggu yang lalu, ayah membawa kami sekeluarga bersantai di taman rekreasi.
Pilih perkataan antonim bagi bersantai.
berkelah
bergembira
beriadah
bekerja
Bunyi yang terlalu bising boleh menyebabkan kerosakan pada _____ telinga kita
kekuda
bebola
gegendang
kekacang
Rambut lelaki yang tidak siuman itu _____ kerana sudah lama tidak bersikat.
bengkak-bengkil
liang-liuk
comot-momot
kusut-masai
A. Samad Said merupakan salah seorang penulis yang bergelar _____ Negara
jutawan
karyawan
jelitawan
sasterawan
Baja ini diperbuat _____ sisa makanan yang bercampurkan larutan gula merah
pada
daripada
dari
dengan
Pilih peribahasa yang sesuai bagi ayat di bawah.
Siew Min yang _____ menjerit dan menangis pabila menonton filem yang seram itu.
pintar seperti kancil
garang seperti harimau
berani seperti singa
takut seperti tikus
