Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam t6 Topik Tasamuh

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian Tasamuh?

a)

Toleransi iaitu bertolak ansur dan mudah memaafkan

b)

Bekerjasama bersama orang lain

c)

Berlaku adil setiap masa

d)

Pemimpin yang berwibawa

2.

Yang manakah contoh kisah nabi mengamalkan sikap Tasamuh dalam keluarga?

a)

Baginda tidak memarahi cucu-cucunya walaupun mereka menaiki belakang Baginda ketika solat.

b)

Baginda berleter kepada cucu baginda kerana mereka menganggunya solat

c)

Baginda tidak memaafkan isterinya yang meakukan kesilapan

d)

Nabi Muhammad tidak memaafkan cucunya yang menganggu Baginda solat

3.

Yang manakah BUKAN ciri Tasamuh?

a)

Mudah memaafkan

b)

Menghormati pendapat orang lain

c)

menyimpan dendam

d)

Berfikiran terbuka

4.

Apakah yang nabi lakukan ketika Anas bin Malik terlupa menyelesaikan tugasan yang Nabi berikan kerana bermain dengan rakan-rakannya?

a)

Nabi memukulnya

b)

Nabi memarahi dan berleter kepadanya

c)

Nabi hanya tersenyum dan mengingatkan Anas untuk menyelesaikan tugasan

d)

Nabi menarik telinganya

5.

Apakah yang berlaku semasa Nabi Muhammad berdakwah di Taif

a)

Penduduk Taif menerima dakwah nabi

b)

Penduduk Taif tidak menghiraukan Nabi

c)

Penduduk Taif membaling batu, menghina dan menghalau Baginda

6.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN sikap tasamuh yang ditunjukkan nabi semasa peristiwa Fathu Mekah

a)

Nabi memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Mekah yang berlindung di rumah sendiri, di masjid dan di rumah Abu Sufyan.

b)

Baginda memberi kebebasan dan kemaafan kepada musyrikin Quraisy atas kesilapan lalu.

c)

Nabi membalas dendam kepada musyrikin Quraisy yang telah melakukan kejahatan kepada umat Islam.

7.

Antara yang berikut, manakah BUKAN kebaikan mengamalkan sikap Tasamuh?

a)

Hati menjadi tenang

b)

Masyarakat hidup dalam harmoni

c)

Sering berlaku pergaduhan

d)

Silaturahim menjadi kukuh

8.

Antara yang berikut, manaah contoh sikap tasamuh?

a)

Menyimpan dendam kepada seseorang

b)

Mudah memaafkan orang lain

c)

Tidak mahu mendengar pendapat orang lain

d)

Berasa bahawa diri sendiri sahaja yang betul.

9.

Antara berikut , yang manakah bukan contoh sikap tasamuh?

a)

Tidak mahu membantu orang bukan Islam yang dalam kesusahan

b)

Tidak menyimpan dendam

c)

Mendengar dan mengambil kira pendapat orang lain.

d)

Bertolak ansur tanpa mengira kaum dan agama.

10.

Kita tidak boleh tasamuh pada perkara yang melibatkan aqidah dan ibadah

a)

Benar

b)

Salah