WorksheetsKUIZ SEJARAH TAHUN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan berdaulat.
Pernyataan berikut merupakan maksud bagi ....
pemerintah
raja atau sultan
ketua negeri
perdana menteri
Apakah negeri yang mempunyai gelaran ketua negeri "raja"
(a)
Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan semasa zaman penjajahan British
Betul
Salah
Filum - Austrik -> Rumpun - X -> Bahasa Melayu
Berikut merupakan ringkasan susur galur Bahasa Melayu. Apakah yang X?
Austria
Austranesia
Australia
Austrik
Penggunaan Bahasa Melayu tersebar di seluruh dunia dan digunakan sebagai bahasa lingua franca.
Apakah negara yang menjadi wilayah penutur Bahasa Melayu?
Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand
Malaysia, Korea, Amerika Syarikat, Arab Saudi
Malaysia, Singapura, Filipina, Cina, India
Malaysia, Singapura, Indonesia, selatan Thailand, Arab Saudi
Bahasa Melayu memainkan peranan dalam sistem pembangunan negara.
Bahasa Melayu berperanan sebagai ___
bahasa perundangan bagi menyampaikan ilmu dan maklumat pada masa kini.
bahasa pengantar bagi menyampaikan ilmu dan maklumat pada masa kini.
bahasa pentadbiran bagi menyampaikan ilmu dan maklumat pada masa kini.
bahasa persuratan bagi menyampaikan ilmu dan maklumat pada masa kini.
X bermaksud perlindungan yang diberikan oleh kuasa asing kepada sesebuah wilayah atau negeri.
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah negeri naungan Siam sehingga awal abad ke-20.
Apakah X?
Ufti
Bunga Mas
Naungan
Negara
Negeri naungan menghantar ufti sebagai tanda persahabatan dan menjamin keselamatan.
Apakah yang dihantar sebagai ufti kepada pemerintah Siam setiap 3 tahun.
Emas
Bunga Mas
Barang kemas
Makanan
Kota A Famosa merupakan antara monumen yang menjadi peninggalan penjajah di negeri X?
Apakah X?
Apakah hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu?
emas, bijih timah, bijih besi
emas, getah
getah, sagu, lada hitam
getah, lada hitam, bijih timah, sagu
British memperkanalkan beberapa perubahan baharu yang bertujuan untuk mengeksploitasi kekayaan hasil bumi dan sumber alam.
Akibat daripada perubahan tersebut, wujud beberapa kesan ekonomi seperti perkembangan insdustri perlombongan, perkembangan pertanian komersial, perkembangan penanaman getah dan sistem perbankan moden.
Apakah bank pertama di Malaysia akibat kesan daripada perubahan berikut?
Bank Simpanan Malaysia
Maybank
Mercantile Bank
Perak merupakan lokasi perjuangan bagi tokoh X?
Apakah nama tokoh X?
Dol Said
Rentap
Dato' Bahaman
Dato' Maharaja Lela
Tokoh X bangkit menentang British kerana beliau kehilangan hak memungut cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar.
Beliau menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang merupakan kawasan pengaruhnya.
Siapakah tokoh yang dimaksudkan?
Dato' Bahaman
Dato' Maharaja Lela
Sharif Masahor
Mat Salleh
Hukuman dibuang negeri merupakan hukuman yang dikenakan terhadap tokoh pahlawan X setelah beliau gagal dalam gerakan menentang James Brooke.
Siapakah tokoh X?
Mat Salleh
Yamtuan Antah
Sharif Masahor
Amtenom
Dimanakah lokasi penentangan tokoh Tok Janggut?
Pemerintahan beraja merupakan corak pentadbiran yang tertua di dunia. Raja merupakan tonggak utama dalam sistem pemerintahan beraja.
Berikut merupakan negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja kecuali ___
Malaysia
Denmark
Amerika Syarikat
Brunei
United Kingdom
Antara faktor kedatangan kuasa asing ialah kekayaan hasil bumi dan sumber alam yang terdapat di Tanah Melayu seperti bijih timah, bijih besi dan emas.
Berikut merupakan faktor lain kecuali ___
kedudukan strategik Melaka di laluan jalan perdagangan antara timur dan barat.
Penyebaran agama Kristian ke serata dunia termasuk Tanah Melayu dan Raja Portugal menggalakkan pelayaran untuk mengembangkan agama Kristian.
Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah pada abad ke 18
Kuasa asing mahu menempa kemasyhuran untuk diri sendiri dan negara
keunikan kaum dan agama yang terdapat di Tanah Melayu
"kerana campur urusan pentadbiran di Sungai Ujong dan beliau tidak setuju dengan tindakan British menyokong Dato' Kelana"
Pernyataan di atas merupakan sebab penentangan tokoh. Siapakah tokoh tersebut?
Tok Janggut
Antenom
Rentap
Haji Abdul Rahman Limbong
Yamtuan Antah
"kerana James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Nanga Skrang dan James Brooke juga menganggap orang Iban sebagai lanun"
Pernyataan di atas merupakan sebab penentangan tokoh. Siapakah tokoh tersebut?
Tok Janggut
Antenom
Rentap
Haji Abdul Rahman Limbong
Yamtuan Antah
"kerana British memperkenalkan undang-undang baharu yang membebankan rakyat seperti peraturan tanah untuk petani menjalankan kegiatan pertanian dan British juga mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang sekiranya penduduk tempatan enggan bayar cukai"
Pernyataan di atas merupakan sebab penentangan tokoh. Siapakah tokoh tersebut?
Tok Janggut
Antenom
Rentap
Haji Abdul Rahman Limbong
Yamtuan Antah
