wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAJUK 1 LASS3013

Total questions: 24

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Isu alam sekitar telah diiktiraf secara umum pada skala global buat pertama kalinya dalam ______ ______.

(a)  

2.

[DEKLARASI STOCKHOLM] Deklarasi Stockholm juga dikenali sebagai

a)

The Conference of Human Environment

b)

The Conference of Nature Rights

c)

The Convention on Human Rights

d)

The Convention of Nature Environment

3.

[DEKLARASI STOCKHOLM] Sambutan _____ _____ pada 5 Jun setiap tahun adalah hari yang disambut oleh semua orang bagi memperingati hari pertama persidangan Stockholm.

a)

Bumi Sedunia

b)

Sayang Bumi

c)

Pelihara Bumi

d)

Hari Bumi

4.

[DEKLARASI STOCKHOLM] "Bentuk dasar seperti apartheid, pengasingan ras dan diskriminasi perlulah dihapuskan." Prinsip manakah yang menjelaskan tentang perkara tersebut?

a)

Sumber semulajadi mestilah dilindungi

b)

Manusia ada hak asasi kepada kebebasan

c)

Keupayaan bumi hendaklah dikekalkan

d)

Pembuangan bahan toksik perlulah dihentikan

5.

[DEKLARASI TBILISI] Berikut merupakan perkara-perkara yang signifikan dalam Deklarasi Tbilisi 1977, kecuali

a)

Persidangan alam sekitar yang pertama di dunia

b)

Mengolahkan 12 prinsip yang berkaitan alam sekitar

c)

Diadakan di Georgia

d)

Dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature dengan kerjasama United Nations

6.

[DEKLARASI TBILISI] Semua jawapan di bawah merangkumi objektif pendidikan alam sekitar, kecuali

a)

Memperoleh satu set nilai dan perasaan yang peka terhadap alam sekitar

b)

Membantu untuk meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar

c)

Menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif

d)

Memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas mengenai alam sekitar

7.

[DEKLARASI TBILISI] Pada pendapat anda, yang manakah merupakan prinsip-prinsip Tbilisi 1977?

a)

Pembelajaran alam sekitar sepanjang hayat

b)

Mengadakan hukuman tertentu terhadap orang yang mencemari alam sekitar

c)

Menilai isu utama masalah alam sekitar

d)

Mempromosikan nilai dan keperluan dalam mencegah dan menyelesaikan masalah alam sekitar

8.

[LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979] Pendidikan alam sekitar mula diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia (a)  

9.

[LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979] Apakah 5 mata pelajaran di sekolah rendah yang menerapkan pendidikan alam sekitar?

a)

Sejarah, Geografi, Matematik, Sains & PJK

b)

Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Geografi, Bahasa Inggeris & Sains

c)

Geografi, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral & PJK

d)

Pendidikan Seni, PJK, Sejarah, Geografi & Sains

10.

[LAPORAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 1979] Kelestarian alam sekitar merupakan antara 8 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bagaimana EMK tersebut dapat memupuk kesedaran murid terhadap kepentingan alam sekitar?

a)

Memupuk etika murid untuk menghargai alam dan kehidupan

b)

Mendedahkan murid kepada isu-isu semasa yang mencabar di peringkat tempatan, negara dan global

c)

Mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan

d)

Menyediakan murid untuk menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan

11.

[PERSIDANGAN MALTA] Yang manakah antara berikut merupakan matlamat bagi Persidangan Malta 1991?

a)

Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial

b)

Mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia

c)

Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan, nasional dan antarabangsa

d)

Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi masalah sebenar alam sekitar

12.

[PERSIDANGAN MALTA] Hasil Persidangan Malta telah mewujudkan Akta Perlindungan Alam Sekitar 1991 yang menekankan perlindungan flora dan fauna. Perbincangan tersebut meliputi:

a)

Menteri berkuasa membuat peraturan berkaitan dengan eksport dan import flora dan fauna bagi tujuan melindungi identiti sumber biologi dan sumber air kawasan mereka

b)

Menteri hendaklah mengisytiharkan bangunan atau kawasan yang mempunyai sejarah dan arkeologi sebagai bangunan yang dilindungi

c)

Menteri berkuasa membuat peraturan khas untuk pemuliharaan karakter flora, fauna, bangunan dan perkampungan

d)

Menteri tidak boleh sesuka hati untuk mengumumkan spesis dan kawasan spesis yang tertakluk kepada akta untuk dilindungi

13.

[LAPORAN BRUNDTLAND] Siapakah pengasas kepada Laporan Bruntdland?

a)

Gro Harlem Brundtland

b)

United Nations (UN)

c)

World Commission on Environment and Development (WCED)

d)

Suruhanjaya Dunia

14.
  1. [LAPORAN BRUNDTLAND] Berikut merupakan isu-isu yang menjadi faktor penghasilan Laporan Brundtland kecuali

a)

Jangkaan hidup manusia yang menurun

b)

Kegagalan dalam menguruskan alam sekitar

c)

Krisis pembangunan industri

d)

Pembakaran hutan yang berterusan

15.

[LAPORAN BRUNDTLAND] Apakah antara cabaran-cabaran yang dikesan dalam Laporan Brundtland?

a)

Peningkatan populasi masyarakat

b)

Kelangsungan sumber makanan

c)

Kegiatan perindustrian urban

d)

Kegiatan perindustrian pesat

16.

[LAPORAN BRUNDTLAND] Apakah matlamat utama penubuhan Laporan Brundtland?

a)

Membantu memperhalusi usaha membaiki isu alam sekitar yang timbul

b)

Perkongsian cadangan mengetengahkan alam sekitar antara negara-negara terpilih yang mencapai kemajuan dari segi ekonomi dan sosial

c)

Mempertimbangkan cara-cara yang dapat dilakukan oleh komuniti antarabangsa dengan lebih efektif tentang isu alam sekitar

d)

Membuat, mengusulkan dan melaksanakan strategi alam sekitar dalam jangka masa panjang untuk kesepaduan sosial

17.

[DEKLARASI LANGKAWI] Deklarasi Langkawi ditubuhkan pada 21 (a)   1989.

18.

[DEKLARASI LANGKAWI] Perkara 3 dalam Deklarasi Langkawi menyatakan bahawa masalah utama alam sekitar yang dihadapi oleh dunia ialah kesan rumah hijau. Jelaskan akibat utama perubahan iklim daripada kesan rumah hijau.

a)

Tsunami

b)

Hujan ribut

c)

Pembiakan haiwan dan tumbuhan

d)

Peningkatan paras air laut dunia

19.

[DEKLARASI LANGKAWI] Apakah faktor penubuhan Deklarasi Langkawi?

a)

Kesan rumah hijau dan hujan batu

b)

Pelupusan sampah dan kepupusan spesis

c)

Pelupusan ozon dan degradasi

d)

Hujan batu dan pencemaran marin

20.

[DEKLARASI LANGKAWI] Berikut merupakan keberkesanan penubuhan Deklarasi Langkawi 1989, kecuali

a)

Membenarkan kegiatan penggunaan pukat tarik dan hanyut

b)

Mengukuhkan tindakan antarabangsa bagi memastikan pengurusan pembuangan sisa berbahaya yang selamat

c)

Menyokong usaha melindungi marin daripada pencemaran termasuk menghalang pembuangan sisa toksik dalam lautan

d)

Menyokong usaha meningkatkan pemuliharaan tenaga dan penggunaan tenaga yang cekap

21.

[AGENDA 21] Berikut merupakan objektif utama dalam mencapai agenda 21 di Malaysia yang merangkumi perkara asas, kecuali

a)

Keadilan sosial

b)

Demokrasi dalam sistem politik

c)

Keseimbangan ekonomi

d)

Kelestarian alam sekitar

22.

[AGENDA 21] Manakah antara berikut yang bukan ciri-ciri pelaksanaan agenda 21? 

a)

Menggabungkan satu proses penyertaan bersama penduduk tempatan

b)

Mempunyai satu pelan tindakan dalam jangka masa pendek

c)

Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek

d)

Menyatakan keperluan bersama ekonomi, ekologi dan sosial 

23.

[AGENDA 21] Apakah tujuan Agenda 21 ini dilaksanakan di Malaysia?

a)

Ke arah pembangunan infrastruktur yang maju

b)

Ke arah wawasan 2050

c)

Ke arah pembangunan mampan

d)

Ke arah kemajuan teknologi 

24.

[AGENDA 21] Local Agenda 21 telah memberi banyak faedah kepada individu, persatuan dan wakil kerajaan. Pilih jawapan yang tepat bagi faedah LA21.

a)

Sebarang pendapat yang releven akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program

b)

Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi

c)

Melaksanakan program-program dengan lebih berkesan hasil daripada kerjasama daripada pihak berkepentingan yang lain

d)

Membentuk strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21