wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 : Perniagaan dan Persekitaran

Total questions: 50

Worksheet time: 49mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perniagaan?

a)

Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan.

b)

Aktiviti yang dijalankan untuk kebajikan.

c)

Aktiviti untuk mengisi masa lapang

d)

Aktiviti yang wajib dilakukan oleh semua orang

2.

Berikut merupakan ciri-ciri organisasi perniagaan kecuali ,

a)

Matlamat utama ialah keuntungan

b)

Matlamat utama ialah kebajikan sosial .

c)

Sumber kewangan daripada modal dan keuntungan syarikat .

d)

Aktiviti utama organisasi adalah penjualan barangan dan perkhidmatan.

3.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai organisasi bukan perniagaan.

a)

Matlamat utama adalah kebajikan sosial.

b)

Matlamat utama adalah keuntungan.

c)

Aktiviti utama organisasi adalah penjualan barangan dan perkhidmatan.

d)

Aktiviti utama organisasi adalah bercorak kemasyarakatan.

4.

Formula mengira Untung

(a)  

5.

Pilih dua kepentingan untung kepada perniagaan.

a)

Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat.

b)

Memudahkan pembangunan prasarana baharu .

c)

Memberi keyakinan/ dorongan kepada pelabur.

d)

Meningkatkan taraf ekonomi negara.

6.

Berikut merupakan peranan perniagaan kepada ekonomi , kecuali

a)

Menyediakan barangan dan perkhidmatan

b)

Mempelbagaikan barangan di pasaran .

c)

Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

d)

Membangunkan modal insan

7.

Antara berikut , yang manakah kepentingan perniagaan kepada masyarakat?

a)

Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan.

b)

Mewujudkan petempatan baharu

c)

Mewujudkan industri sokongan

d)

Meningkatkan kemudahan awam

8.

Berikan dua peranan untung kepada ekonomi

a)

Mewujudkan petempatan baru

b)

Mengurangkan kadar pengangguran

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

d)

Meningkatkan ekonomi negara

9.

Antara berikut yang manakah peranan untung kepada negara ?

a)

Menyumbang kepada pendapatan negara

b)

Menjaga alam sekitar

c)

Mempelbagaikan pilihan barangan

d)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

10.

Merujuk kepada input yang digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan produk.

(a)  

11.

Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan.

(a)  

12.

Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.

(a)  

13.

Orang yang membentuk perniagaan

(a)  

14.

Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan

(a)  

15.

Berikan dua faktor persekitaran ekonomi yang mempengaruhi perniagaan.

a)

Pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi

b)

Persaingan harga

c)

Kedudukan pasaran wang

d)

Perubahan populasi

16.

Berikut merupakan persekitaran persaingan dan jaringan kecuali ,

a)

Persaingan yang dihadapi

b)

Etika perniagaan

c)

Persaingan harga

d)

Jenis struktur pasaran seperti monopoli dan persaingan oligopolistik

17.

Berikan dua maklumat yang berkaitan dengan persekitaran sosiobudaya.

a)

Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum

b)

Pusingan perniagaan

c)

Perubahan populasi

d)

Persaingan harga

18.

Pilih dua persekitaran politik dan perundangan.

a)

Keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara

b)

Persaingan harga

c)

Perubahan-perubahan pasaran

d)

Peratutan , kawalan, sokongan dan galakan kerajaan , sistem percukaian

19.

Berikut merupakan contoh-contoh persekitaran teknologi, kecuali

a)

Teknologi komputer dalam perniagaan

b)

Kemudahan prasarana

c)

Penggunaan E-mail

d)

Penggunaan E-commerce

20.

Pilih dua contoh prasarana untuk aktiviti perniagaan

a)

Jalanraya

b)

Kemudahan elektrik

c)

Kapal terbang

d)

Penghawa dingin

21.

Apakah faktor antarabangsa yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Dasar perdagangan

b)

Undang-undang perniagaan yang melibatkan dua negara atau lebih.

c)

Perubahan penggunaan sains

d)

Kemudahan asas yang disediakan

22.

Berikut merupakan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan kecuali ,

a)

Pelanggan

b)

Pesaing

c)

Kerajaan

d)

Rakan

23.

Pilih dua ciri-ciri milikan tunggal.

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Liabiliti terhad

c)

Operasi dan modal yang kecil

d)

Memerlukan modal yang besar

24.

Pilih dua kebaikan milikan tunggal.

a)

Mudah ditubuhkan

b)

Liabiliti tidak terhad

c)

Mudah diuruskan

d)

Modal terhad

25.

Berikut merupakan ciri-ciri perkongsian, kecuali

a)

Dimiliki sekurang-kurangnya 2-20 orang pemilik

b)

Risiko perniagaan dikongsi bersama

c)

Liabiliti terhad

d)

Liabiliti tidak terhad

26.

Berikan dua kelemahan Perkongsian

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Berkongsi kepakaran

c)

Penubuhan tidak kekal lama

d)

Sumber modal lebih banyak

27.

Berikan dua maklumat mengenai syarikat sendirian berhad.

a)

Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan sahaja

b)

Harus mempunyai taraf kewarganegaraan Malaysia

c)

Pemegang saham adalah pemilik syarikat

d)

Liabiliti tidak terhad

28.

Berikut merupakan ciri-ciri syarikat awam berhad kecuali,

a)

Pemegang saham adalah pemilik syarikat

b)

Liabiliti pemegang saham adalah terhad

c)

Agihan keuntungan dalam bentuk dividen

d)

Ahli 2-50 orang

29.

Berikan dua ciri-ciri koperasi

a)

Bilangan ahli sekurang-kurangnya 50 orang

b)

Agihan untuk dalam bentuk Dividen dan bonus

c)

Agihan untuk dalam bentuk gaji

d)

Modal diperolehi dari ahli melalui jualan

30.

Berikan dua kebaikan koperasi.

a)

Keuntungan dan kebajikan kepada ahli

b)

Liabiliti ahli bebas

c)

Liabiliti ahli terhad

d)

Cukai lebih tinggi daripada perniagaan

31.

Pilih aktiviti perniagaan yang telah dipelajari.

a)

Pengeluaran

b)

Kebajikan

c)

Perkhidmatan

d)

Kemasyarakatan

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti berasaskan pengeluaran.

a)

Melibatkan barang fizikal

b)

Melibatkan barang yang bukan fizikal

c)

Boleh disimpan

d)

Tidak boleh disimpan

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan ekstraktif?

a)

Proses pengeluaran barang siap

b)

Aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah

c)

Aktiviti menjual pelbagai jenis barangan

d)

Aktiviti memasang komponen

34.

Barangan yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan sendiri

(a)  

35.

Perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barang dalam bentuk separuh siap atau barangan siap

(a)  

36.

Memproses bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap atau separuh siap

(a)  

37.

Aktiviti memasang komponen pada sesuatu barang bagi menghasilkan barangan siap .

(a)  

38.

Aktiviti menjual pelbagai jenis barang keperluan harian dalam kuantiti yang kecil.

a)

Runcit

b)

Borong

c)

Kewangan

d)

Perhotelan

39.

Perniagaan yang melibatkan pembelian barang dengan kuantiti yang banyak.

a)

Perhotelan

b)

Runcit

c)

Borong

d)

Pendidikan

40.

Berikan dua berkaitan pihak swasta.

a)

Menjalankan aktiviti perniagaan

b)

Mengurangkan karenah birokrasi di sektor awam

c)

Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan

d)

Menjalankan aktiviti kemasyarakatan

41.

Berikut merupakan berkaitan sektor awam kecuali,

a)

Menyediakan kemudahan awam

b)

Berasaskan keuntungan

c)

Diurus sepenuhnya oleh pihak kerajaan

d)

Bermatlamat menjaga kebajikan rakyat

42.

Pilih dua yang berkaitan dengan Badan Berkanun.

a)

Menjaga kewibawaan sektor swasta

b)

Menyediakan sumber manusia

c)

Menjalankan aktiviti perniagaan

d)

Pendapatan cukai oleh pihak kerajaan

43.

Berikut merupakan kepentingan agensi kerajaan kepada perniagaan kecuali,

a)

Perniagaan dapat beroperasi secara sah

b)

Mendapat kemudahan infrastruktur

c)

Dapat menaikkan harga barangan

d)

Mendapat sumber pembiayaan

44.

Berikut merupakan perkembangan yang berlaku dalam perniagaan kecuali ,

a)

Primer

b)

Sekunder

c)

Tertier

d)

Pengurusan kewangan

45.

Pembalakan dan Perikanan adalah contoh tahap perniagaan

a)

Primer

b)

Sekunder

c)

Tertier

46.

Merupakan aktiviti aktiviti pembinaan atau pemprosesan bahan-bahan mentah.

a)

Primer

b)

Sekunder

c)

Tertier

47.

Tahap huluan dan tahap hiliran merupakan peringkat?

a)

Industri

b)

Pasaran

c)

antarabangsa

48.

Berikan tiga contoh perniagaan yang berkaitan pendidikan.

a)

Pusat tuisyen

b)

Sekolah swasta

c)

Sekolah kerajaan

d)

Pusat latihan teknikal

49.

Pilih maklumat yang berkaitan tahap domestik

a)

Perniagaan yang beroperasi dalam negara

b)

Pasaran/ pelanggan dalam negara

c)

Pasaran lebih luas merentasi sempadan

d)

Keadaan yang kurang stabil dan sukar ditanganii

50.

Pilih pasaran yang digunakan dalam tahap domestik

a)

Hanya dalam lingkungan sempadan negara

b)

Lebih luas merentasi sempadan negara

c)

Pasaran bukan di negara sendiri