wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI 1 : 3766/1 PERNIAGAAN SPM 2023

Total questions: 40

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Apakah kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan ?
a)
Menjadikan keluarga usahawan terkenal
b)
Melambangkan imej perniagaan
c)
Melancong ke seluruh dunia
d)
Memiliki kereta mewah
2.
Kak Ton mengubah Kedai Runcit Kak Ton kepada Pasar Mini Kak Ton & Yati. Mengapakah Kak Ton mengambil tindakan tersebut?
a)
Menanggung liabiliti terhad
b)
Modal yang kecil
c)
Boleh menambahkan modal dengan terbitan saham
d)
Pluto
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “berhad” (Bhd.) pada nama sesetengah perniagaan ?
a)
Bilangan ahli tidak melebihi 50 orang B C D
b)
Tidak dibenarkan membuka cawangan
c)
Modal dibenar sehingga RM5 juta sahaja
d)
Liabiliti terhad setakat modal yang dilaburkan
4.

- Peniaga dibenarkan mengguna jenama produk pemilik asal.

- Mengendalikan perniagaan mengikut sistem yang telah ditetapkan.

- Membuat bayaran dalam bentuk fi.


Apakah bentuk perniagan tersebut?

a)

Milikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Usaha sama

d)

Francais

5.
Apakah kekurangan perniagaan bersaiz besar ?
a)
Komunikasi kurang berkesan
b)
Sukar menyediakan latihan
c)
Kurang daya saing
d)
Kekurangan modal
6.

Mengekstrakkan sumber semula jadi

Mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua.


Apakah sektor yang berkaitan dengan penyataan tersebut?

a)

Sektor asli

b)

Sektor utama

c)

Sektor kedua

d)

Sektor ketiga

7.
Pernyataan manakah menerangkan tentang taraf perintis?
a)
Potongan cukai kepada pengeksport yang menjual barangan tempatan
b)
Pelepasan cukai kepada perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan berasaskan bahan mentah tempatan
c)
Pengecualian cukai selama lima tahun kepada syarikat yang menyertai sektor yang dipromosi oleh kerajaan
d)
Pelepasan cukai kepada syarikat yang terlibat dalam perniagaan makanan, pembinaan jalan dan pembelian aset modal
8.
Apakah kesan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan?
a)
Penduduk akan kehilangan pekerjaan
b)
Penduduk meningkatkan pembelian barang mewah
c)
Kuasa beli isi rumah menjadi semakin baik dan meningkat
d)
Perkembangan aktiviti sesebuah perniagaan menjadi semakin pesat
9.
Apakah kekuatan dalaman yang boleh memacu pertumbuhan dan perkembangan sesuatu perniagaan?
a)
Keadaan politik yang stabil
b)
Aktiviti pemasaran yang berkesan
c)
Perkembangan ekonomi yang pesat
d)
Penggunaan peralatan teknologi baharu
10.

Encik Lim merupakan seorang majikan di Syarikat NAS Sdn. Bhd. Beliau telah mewujudkan suasana kerja yang kondusif, sentiasa menjaga hubungan baik dan bertoleransi dengan pekerjanya.


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Encik Lim?

a)

Gaya pengurusan autokratik

b)

Gaya pengurusan sokongan

c)

Gaya pengurusan sederhana

d)

Gaya pengurusan demokratik

11.

Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai. Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Boleh diukur (Measurable)

12.
Apakah maksud titik pulang modal (TPM)?
a)
Kaedah yang digunakan untuk menentukan keuntungan yang diperolehi perniagaan
b)
Kaedah yang digunakan untuk menentukan penggunaan bahan mentah untuk satu tempoh pengeluaran
c)
Kaedah yang digunakan untuk menentukan jumlah penggunaan kos tetap dan kos berubah sesuatu pengeluaran
d)
Kaedah yang digunakan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperolehi bersamaan dengan jumlah kos yang terlibat
13.

Kos tetap 90 000

Kos berubah seunit 65

Harga seunit 110.


Berapakah titik pulang modal bagi pengeluaran kasut tersebut?

a)

2000 unit

b)

1385 unit

c)

818 unit

d)

514 unit

14.
Pernyataan manakah menerangkan peranan bahagian fungsian sumber manusia?
a)
Mengurus, menyimpan dan menerima rekod semua dokumen perniagaan
b)
Memastikan organisasi perniagaan mempunyai bahan mentah yang mencukupi
c)
Membentuk sistem tindakan yang berkaitan dengan disiplin pekerja
15.
Bagaimanakah pengurus bahagian fungsian pengeluaran bertanggungjawab kepada kawalan semasa?
a)
Memastikan semua input berada dalam keadaan baik
b)
Memeriksa kualiti produk supaya berada pada standard yang betul
c)
Memastikan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi.
d)
Melaksanakan kawalan pengeluaran, kawalan utiliti mesin dan kawalan staf
16.
Pernyataan manakah menjelaskan tentang pasaran baharu?
a)
Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran baharu
b)
Mencari pasaran baharu untuk memasarkan produk yang sedia ada
c)
Memasarkan produk yang baharu dikeluarkan di pasaran sedia ada
d)
Menambah kuantiti produk untuk menampung pertambahan pengguna
17.

Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan kesilapan tugas dan tekanan kerja.


Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks tersebut?

a)

Prestasi pasukan

b)

Latihan peningkatan kemahiran

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni

18.
Apakah kepentingan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kepada pekerja?
a)
Menjadi petunjuk kepada prestasi pencapaian kerja pekerja
b)
Menjadi panduan utama melaksanakan pencapaian kerja
c)
Menjadi piawaian kepada hasil kerja
d)
Menjadi rekod prestasi
19.
Apakah contoh sumber teknologi ?
a)
Komputer riba
b)
Lesen perisian
c)
Mesin berteknologi tinggi
d)
Bangunan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV)
20.

Maklumat berikut berkaitan dengan prosedur mengurus sumber perniagaan:

Menyediakan jadual pemeriksaan mesin

Menyediakan jenis kerosakan mesin

Menyediakan senarai semak penyelenggaraan mesin.


Mengapakah tindakan ini penting bagi sesebuah perniagaan ?

a)

Dapat meningkatkan jualan

b)

Pekerja sentiasa bermotivasi

c)

Produk yang dikeluarkan tidak ditiru

d)

Proses pengeluaran berjalan dengan lancar

21.
Pernyataan manakah berkaitan dengan harta intelek ?
a)
Hasil kreativiti intelektual seseorang
b)
Harta dari keuntungan perniagaan
c)
Hak eksklusif kepada pencipta karya
d)
Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna
22.

Bagaimanakah kilang yang menghasilkan reka bentuk motosikal sendiri dapat melindungi produknya?

a)

Mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan

c)

Mendaftar paten motosikal dengan MyIPO

23.

 Kemudahan pembelian invois yang disediakan oleh bank

 Invois dibeli dengan harga diskaun.


Apakah jenis pembiayaan tersebut

a)

Pemfaktoran

b)

Ar-Rahnu

c)

Overdraf

d)

Pajakan

24.
Pernyataan manakah berkaitan dengan Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC) ?
a)
Memberi pinjaman kepada usahawan
b)
Menyediakan latihan industri kepada golongan siswazah
c)
Memberi bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah
d)
Memberi jaminan kredit kepada usahawan untuk dapatkan pinjaman bank
25.

Puan Suzy sedang mempertimbangkan sama ada hendak melabur dalam Perniagaan Cerana atau dalam Perniagaan Hikmah.


Antara analisis nisbah yang berikut, yang manakah dapat membantu beliau membuat keputusan untuk melabur?

a)

Untung tokokan

b)

Margin untung kasar

c)

Pulangan atas modal

d)

Kadar pusing ganti stok

26.
Apakah contoh yang sesuai bagi kos berubah yang perlu dibiayai oleh usahawan?
a)
Pembelian mesin
b)
Pembelian bahan mentah
c)
Pembayaran faedah pinjaman
d)
Pembayaran sewaan bangunan
27.
Encik Sudin merupakan pemilik kilang kain batik. Batik keluaran syarikatnya dieksport ke Indonesia. Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada negara?
a)
Mewujudkan kerjasama serantau
b)
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
c)
Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan ahli keluarga
28.
Antara berikut, individu manakah yang mempunyai ciri-ciri usahawan?
a)
Hery menjual makanan sejuk beku yang dibeli daripada pembekal
b)
Pn. Nina menjadi ejen untuk produk Dherbs selama 10 tahun
c)
Encik Amir memasarkan sambal bilis hasil keluarannya ke Arab Saudi
29.
Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?
a)
Membantu usahawan melakukan penjenamaan semula produknya
b)
Memberitahu dan memujuk pengguna membeli produk
c)
Menjamin keuntungan yang lumayan
d)
Menentukan harga yang sesuai
30.
Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
a)
Syarikat Mega Berhad
b)
Perniagaan Cemerlang PLT
c)
Klik Niaga Gemilang Enterprise
d)
Syarikat Pendidikan Pintar Sdn Bhd
31.
Encik Kassim membuat pembelian barang niaga secara tunai dengan Perniagaan Jana Duit Sdn. Bhd. Berdasarkan pernyataan di atas, bahagian manakah maklumat tersebut perlu<br />direkodkan dalam Penyata Aliran Tunai?
a)
Bayaran dari penghutang
b)
Jualan tunai
c)
Modal
d)
Belian tunai
32.
Apakah dokumen yang akan dihantar oleh peniaga kepada pembeli jika berlaku pembelian secara kredit?
a)
Resit
b)
Invois
c)
Penyata Bank
d)
Nota debit
33.

Antara berikut, yang manakah merupakan Akta Penubuhan Perniagaan ?

a)

Akta Syarikat 2016

b)

Akta Kontrak 1950

c)

Akta Perihal Dagangan 1972

d)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

34.

Yang manakah merupakan campuran pemasaran yang terdapat dalam perniagaan ?

a)

Pelanggan

b)

Pembekal

c)

Produk

d)

Pesaing

35.

Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan tentang Rancangan Perniagaan ?

a)

Dokumen bertulis tentang latar belakang perniagaan secara terperinci

b)

Dokumen bertulis tentang kedudukan kewangan perniagaan

c)

Dokumen bertulis tentang hala tuju dan matlamat perniagaan

d)

Dokumen bertulis tentang maklumat perniagaan

36.

Pernyatan yang manakah menerangkan rancangan operasi?

a)

Menerangkan maklumat perancangan kewangan

b)

Menerangkan keperluan operasi perniagaan

c)

Menerangkan sumber modal perniagaan

d)

Menerangkan maklumat sumber manusia

37.

Berikut ialah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan kecuali

a)

Modal

b)

Kemahiran

c)

Pelanggan

d)

Lokasi yang sesuai

38.

P = Jualan bersih - Kos jualan


Apakah P?

a)

Kos belian

b)

Untung kasar

c)

Belian bersih

d)

Untung bersih

39.

Maklumat berikut ialah prosedur mengurus sumber fizikal yang penting untuk memudahkan proses penghasilan produk

• Perlindungan insurans keselamatan

• X


Apakah prosedur X?

a)

Latihan penggunaan dan pemasangan sumber fizikal

b)

Merangka bajet bagi kos pengurusan sumber fizikal

c)

pemeriksaan dan jadual penggunaan sumber fizikal

d)

Penyelenggaraan dan baik pulih sumber fizikal

40.

Gaya pengurusan manakah yang dapat membentuk persekitaran organisasi kondusif, wujud toleransi, dan hubungan baik antara majikan dan pekerja?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

pengurusan laissez-faire

c)

Gaya pengurusan demokratik