wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 : JIRIM DAN STRUKTUR ATOM

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Bahan manakah yang merupakan suatu unsur?

a)

Udara

b)

Stim

c)

Karbon

d)

Naftalena

2.

Bahan yang manakah terdiri daripada ion?

a)

Karbon dioksida

b)

Sulfur dioksida

c)

Kalsium klorida

d)

Hidrogen klorida

3.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pemejalwapan?

a)

Wap bromin tersebar ke seluruh balang gas

b)

Air bertukar menjadi ais dalam peti sejuk

c)

Bebola naftalena dalam almari menjadi lebih kecil

d)

lsi padu minyak wangi berkurang dalam botol yang terbuka

4.

Antara yang berikut, yang manakah adalah perbezaan isotop bagi unsur?

I Bilangan proton

II Sifat fizik

III Sifat kimia

IV Bilangan nukleon

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

Apakah maksud isotop?

a)

Atom-atom unsur yang sama dengan nombor nukleon yang sama

b)

Atom-atom unsur yang sama dengan bilangan neutron yang berbeza

c)

Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor proton yang berbeza

d)

Atom-atom unsur yang berbeza dengan nombor nukleon yang sama

6.

Berapakah bilangan neutron dalam isotop uranium

a)

92

b)

143

c)

235

d)

327

7.

Seorang ahli teknologi makanan ingin memusnahkan bakteria yang merosakkan ubi kentang dengan menggunakan radio isotop. Antara yang berikut, yang manakah sesuai digunakan?

a)

Karbon-14

b)

Kobalt-60

c)

Fosforus-32

d)

Natrium-24

8.

Antara berikut susunan elektron manakah yang mewakili atom bagi unsur di atas

a)

2.8.1

b)

2.8.2

c)

2.8.3

d)

2.8.4

9.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang atom ini?

a)

Nombor proton ialah 2

b)

Nombor nukleon ialah 2

c)

Jumlah bilangan elektron ialah 4

d)

Bilangan elektron valens ialah 4

10.

Pasangan zarah manakah yang mempunyai bilangan elektron yang sama?

a)

U dan V

b)

W dan Z

c)

W dan V-

d)

Z dan U2

11.

Apakah yang membentuk jirim?

a)

ciri kimia

b)

isipadu

c)

jisim

d)

zarah-zarah

12.

Jelaskan mengapa pepejal mempunyai bentuk yang tetap.

a)

Pepejal mempunyai bentuk yang tetap kerana terdapat ruang yang besar antara zarah-zarahnya.

b)

Pepejal mempunyai bentuk yang tetap kerana daya tarikan antara zarahnya lemah, maka zarah-zarahnya tidak bebas bergerak dan hanya bergetar sahaja.

c)

Pepejal mempunyai bentuk yang tetap kerana daya tarikan antara zarahnya sangat kuat, maka zarah-zarahnya tidak bebas bergerak dan hanya bergetar sahaja.

d)

Pepejal mempunyai bentuk yang tetap kerana pepejal mudah dimampatkan

13.

Jelaskan mengapa gas mudah dimampatkan.

a)

kerana tidak mempunyai zarah-zarah.

b)

kerana gas tidak mempunyai isipadu

c)

kerana zarah-zarah gas lebih kecil dan ringan

d)

kerana terdapat ruang yang besar antara zarah-zarahnya.

14.

Rajah 1 menunjukkan tiga keadaan jirim .

Apakah proses X dan Y?

a)

X: Pemejalwapan Y: Pembekuan

b)

X: Peleburan Y: Pendidihan

c)

X: Kondensasi Y: Peleburan

d)

X: Pendidihan Y: Pemejalwapan

15.

Antara yang berikut, manakah tidak dinyatakan dalam Teori kinetik jirim?

a)

Zarah-zarah sentiasa bergerak secara rawak.

b)

Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni dan diskrit.

c)

Tenaga kinetik zarah-zarah meningkat apabila suhu meningkat.

d)

Daya tarikan adalah sama untuk semua jirim.

16.

Rajah diatas menunjukkan perubahan keadaan jirim.

Proses yang manakah melibatkan pembebasan haba?

a)

P, R dan T

b)

Q, S dan T

c)

P, S dan T

d)

Q, R dan U

17.

Namakan proses diatas apabila pepejal iodine yang dipanaskan melekat pada permukaan kelalang dasar bulat?

a)

Sublimation/Pemejalwapan

b)

Melting/Peleburan

c)

Boliling/Pendidihan

d)

Condensation/Kondensasi

18.

Perubahan keadaan jirim melibatkan perubahan haba.Nyatakan proses yang manakah melibatkan tentang haba diserap.

a)

Pepejal kepada Gas

b)

Cecair kepada gas

c)

Gas kepada cecair

d)

Cecair kepada pepejal

19.

Namakan proses diatas.....

a)

Pemejalwapan

b)

Peleburan

c)

Evaporasi

d)

Pembekuan

20.

Semasa peleburan ____

a)

Haba diserap

b)

Haba dibebaskan

c)

Haba hilang

d)

Haba terperangkap

21.

Baju yang dijemur akan mengalami proses ________.

a)

Pendidihan

b)

Peleburan

c)

Penyejatan

d)

Kondensasi

22.

Ubat gegat/ naftalena akan mengalami proses_______.

a)

Pendidihan

b)

Pemejalwapan

c)

Peleburan

d)

Pembekuan

23.
Antara berikut adalah sifat bagi cecair kecuali...
a)
Boleh mengalir
b)
Mempunyai jisim
c)
Mengambil bentuk bekas yag diisikan
d)
Boleh dimampatkan
24.

Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?

a)

Suhu di mana ais bertukar kepada air

b)

Suhu di mana air bertukar kepada ais

c)

Suhu di mana air bertukar kepada stim

d)

Suhu di mana stim bertukar kepada air

25.

Jadual 1 menunjukkan takat lebur dan takat didih bahan K, L, M dan N.

Bahan yang manakah merupakan cecair pada suhu bilik?

a)

K

b)

L

c)

M

d)

N

26.

Bahan X wujud dalam keadaan pepejal pada 200°C. Antara berikut yang manakah takat lebur dan takat didih bahan X?

a)

Takat lebur: -50°C

Takat didih: 100°C

b)

Takat lebur: 35°C

Takat didih: 185°C

c)

Takat lebur: 115°C

Takat didih: 668°C

d)

Takat lebur: 250°C

Takat didih: 750°C

27.

Antara berikut, yang manakah betul tentang jenis zarah sesuatu bahan?

a)

Atom: Kuprum

Molekul: Oksigen

Ion: Merkuri

b)

Atom: Natrium

Molekul: Ammonia

Ion: Natrium klorida

c)

Atom: Ferum

Molekul: Karbon dioksida

Ion: Magnesium

d)

Atom: Bromin

Molekul: Nitrogen

Ion: Karbon monoksida

28.

Proses peleburan melibatkan penyerapan haba.

a)

Ya

b)

Tidak

29.

Antara proses berikut, yang manakah melibatkan pembebasan haba?

a)

Pemejalwapan

b)

Pendidihan

c)

Kondensasi

30.

Gas karbon dioksida adalah molekul

a)

Benar

b)

Salah

31.

Bagaimanakah sesuatu ion terbentuk?

a)

Dengan cara membebaskan dan menerima elektron

b)

Dengan cara membebaskan dan menerima proton

c)

Dengan cara membebaskan dan menerima neutron

32.

Berapakah bilangan elektron yang dibebaskan oleh natrium untuk membentuk ion natrium?

a)

2

b)

8

c)

1

33.

Mengapakah berlaku pemindahan elektron antara atom?

a)

Untuk membentuk ion positif

b)

Untuk mencapai kestabilan elektron

34.

Ion klorida terbentuk setelah.....

a)

membebaskan 1 elektron

b)

Menerima 1 elektron

35.

Tenaga kinetik zarah paling tinggi dalam keadan

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

36.

Apakah keadaan fizik bahan ini pada NO

a)

pepejal

b)

cecair

c)

cecair dan pepejal

37.

Maklumat berikut tentang atom silikon.

· Nombor proton = 14

· nombor nukleon = 28


Apakah bilangan elektron valens dalam atom silikon?

a)

2

b)

4

c)

8

d)

14

38.

Rajah berikut menunjukkan perwakilan atom X, Y dan Z. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang atom ini?

a)

X dan Y ialah atom bagi unsur yang sama.

b)

X dan Z ialah atom bagi unsur yang sama.

c)

Atom X mempunyai bilangan elektron yang lebih banyak berbanding dengan atom Y.

d)

Atom Z mempunyai bilangan neutron yang lebih banyak berbanding dengan atom Y.

39.

Pasangan zarah manakah yang mempunyai bilangan elektron yang sama?

a)

U dan V

b)

W dan Z

c)

W dan V-

d)

Z dan U2

40.

Apakah jenis zarah bagi Nitrogen dioksida

a)

atom

b)

molekul

c)

ion