Font size
WorksheetsKUIZ ALAM SEKITAR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud Alam Sekitar?
Benda hidup dan benda bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi.
Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia yang hidup di bumi
Benda-benda dalam alam semesta yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat.
Berikut merupakan langkah untuk menjimatkan tenaga elektrik ?
Menggunakan pemanas air untuk mandi pada waktu tengahari
Membuka suhu penghawa dingin 18 darjah celcius
Menutup suiz kipas dan lampu jika tidak digunakan
Lengkapkan slogan Kelab Alam Sekitar berikut?
ALAM LESTARI, ( ) ( )?
BUMI TERPELIHARA
SURIA MENERANGI
SURIA MENYINARI
Apakah logam paling berharga yang terdapat dalam e-waste?
Zink dan titanium
Besi dan kuprum
Emas dan perak
Berikut adalah jenis-jenis tong kitar semula. Kertas dan kotak perlu dibuang ke dalam tong berwarna?
Biru
Coklat
JIngga
Apakah yang dimaksudkan dengan 3R?
Elakkan plastik sekali guna dan buang sampah ke dalam tong sampah
Guna semula, kitar semula, kurangkan penggunaan
Jimatkan penggunaan elektrik dan air
Hafiz mempunyai beberapa barangan elektronik yang telah rosak dan usang. Apakah nama jenis sisa elektronik ini?
(a)
Hana merupakan seorang murid tahun 2 di SK Taman Suria. Setiap Hari Khamis , Hana akan menghantar barangan kitar semula ke sekolah. Apakah jenis barang kitar semula yang boleh dihantar ke sekolah?
Bekas-bekas plastik sekali guna
Tayar kenderaan dan barangan kayu
Sisa-sisa makanan
Kertas, botol air mineral, tin minuman, kaca
Apakah fungsi lapisan ozon kepada bumi?
Mengumpulkan gas-gas rumah hijau
Meningkatkan suhu bumi
Menstabilkan suhu bumi
Antara berikut yang mana menunjukkan aktiviti rendah karbon?
Menaiki kenderaan awam
Menetapkan penghawa dingin pada suhu 20 darjah celcius
Tidur dengan lampu terbuka
Membuang kulit limau ke dalam tong sampah
Alya Aina membeli nasi lemak dikantin. Tiba-tiba dia berasa kenyang. Apakah yang boleh dilakukan terhadap nasi lemak yang tidak habis dimakan?
Membiarkan nasi lemak di atas meja
Membuang lebihan nasi lemak ke dalam tong sampah
Dikumpulkan bersama sisa makanan yang lain
Setiap hari Ahad, SK Taman Suria mengadakan Program Hari Tanpa Plastik Sekali Guna. Antara berikut yang manakah bekas yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk membungkus makanan.
Berikut merupakan kesan penggunaan elektrik berlebihan ?
Bayaran bil bulanan menurun
Suhu bumi menurun
Pembebasan oksigen yang banyak
Pembebasan gas karbon dioksida berlebihan
Berikut merupakan plastik yang TIDAK boleh dikitar semula?
Pak Mad seorang peniaga gerai makanan. Setiap hari 2 kilogram minyak masak terpakai dihasilkan. Apakah yang patut Pak Mad lakukan kepada minyak masak tersebut?
Menjual minyak masak terpakai kepada pengumpul minyak masak berlesen
Membuang minyak masak terpakai ke dalam parit berdekatan
Menggunakan minyak masak terpakai sehingga habis
Hazim ingin membasuh kasut sekolahnya. Apakah cara yang paling baik untuk membasuh kasut secara lestari?
Membasuh kasut menggunakan baldi tadahan air
Membasuh kasut menggunakan paip air yang mengalir
Membasuh kasut dalam mesin basuh
Antara berikut yang manakah gas rumah hijau yang paling banyak dibebaskan ke atmosfera disebabkan kegiatan manusia?
Metana
Wap air
Karbon dioksida
Nitrogen
Sebagai seorang murid yang mencintai alam sekitar, apakah yang boleh anda lakukan untuk menjaga alam sekitar?
Membuang sampah merata
Menyertai program-program alam sekitar seperti kitar semula
Menggunakan elektrik dalam jangka masa yang lama
Membeli peralatan beg dan kasut yang diperbuat daripada kulit haiwan
E-waste ialah singkatan bagi elektronik waste yang merujuk kepada bahan buangan elektronik yang telah rosak atau usang. Berikut contoh barangan e-waste yang boleh dikitar semula?
CD
Motosikal
Televisyen
Amalan rendah karbon dapat mengelakkan fenomena pemanasan global. Berikut adalah kesan-kesan pemanasan global kecuali?
Peningkatan paras air laut
Peningkatan suhu bumi
Banjir dan jerebu
Pembiakan terumbu karang
