WorksheetsUlangkaji 2 Tatabahasa BM Tahun 4
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Kami sempat _________ sotong semasa menghabiskan cuti di Terengganu.
menjala
memukat
mencandat
memancing
Puan Jamilah dan keluarganya telah ___________ di negeri Kedah sejak tiga tahun yang lalu.
bertukar
berpindah
berkunjung
bermastautin
Murid-murid itu __________ dinding kelas mereka dengan kertas dinding yang menarik.
menghiasi
mewarnai
memenuhi
melengkapi
Adik _________ semasa dalam perjalanan ke kampung kerana jalan yang bengkang-bengkok.
terhawa
termuntah
tersedak
tersedu
Pilih ayat yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.
Ikan makan kucing itu.
Kucing itu makan ikan.
Kucing itu telah dimakan oleh ikan itu.
Ikan itu telah dimakan oleh kucing.
Pilih ayat yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.
Kanak-kanak itu telah menyepak bola ke sarang tebuan.
Kanak-kanak itu telah tersepak bola ke sarang tebuan.
Kanak-kanak itu telah disepak oleh bola.
Sarang tebuan itu telah tersepak bola kanak-kanak itu.
Pilih ayat yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.
Sampah itu telah dibuang oleh Sari.
Sari sedang membuang sampah.
Sari telah membuang sampah itu.
Sari telah dibuang oleh sampah itu.
Pilih ayat yang mengandungi kata kerja pasif yang betul.
Dompet Karina telah diragut oleh pencuri.
Pencuri itu telah diragut dompet itu.
Dompet itu meragut pencuri itu.
Pencuri itu meragut dompet itu.
Malam itu ___________ sungguh kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
Amir sangat _________ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Dua ekor harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat __________ .
ganas
comel
gebu
tembam
Persahabatan antara Puan Nia dan Puan Ainon sungguh __________ . Mereka sentiasa bersama walau pergi ke mana-mana sahaja.
hangat
dingin
beku
akrab
