Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 T4 – SET 1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Kerajaan British Malaya memperkenalkan pilihan raya di negara kita?

a)

Melatih penduduk tempatan untuk mengundi

b)

Persediaan ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti

c)

Mengukuhkan amalan demokrasi negara merdeka

d)

Membentuk perpaduan

2.

Pada tahun 1952 Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan.

Apakah keunikan pilihan raya tersebut?

a)

Bermulanya kerjasama erat parti UMNO-MCA

b)

Parti politik yang sah dibenarkan bertanding

c)

Pilihan raya pertama majlis perbandaran

d)

Calon dari pelbagai kaum bertanding

3.

Pada 21 April 1954, Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, T.H Tan dan Dato Abdul Razak berangkat ke London.

Apakah tuntutan rombongan tersebut ke London ?

a)

Memberi hak kewarganegaraan yang adil

b)

Meluluskan satu Rang Undang-undang

c)

Menentukan bilangan anggota MPP

d)

Membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya

4.

Pernyataan berikut adalah syarat menjadi pengundi berdaftar dalam Pilihan Raya 1955 :

  • - Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

  • - Berumur 21 tahun ke atas

  • - X

  • Apakah X ?

a)

Lahir di Persekutuan Tanah Melayu 

b)

Fasih bertutur dalam bahasa Kebangsaan

c)

Mengemukakan kertas penamaan calon

d)

Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu

5.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955?

a)

Berdaftar dalam senarai pemilih pillihan raya

b)

Berpengetahuan luas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

c)

Telah tinggal di PTM dalam tempoh 18 bulan

d)

Menetap di PTM dalam tempoh 6 bulan

6.

Pernyataan berikut adalah syarat menjadi calon pilihan raya umum pada masa kini :

"Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh Mahkamah"

Mengapakah calon pilhan raya perlu memenuhi syarat tersebut ?

a)

Pilihan raya bersih dapat dijalankan

b)

Keselamatan para pengundi

c)

Pemimpin negara yang terpilih bersih

d)

Mengelakkan kekacauan sewaktu pengundian

7.

Manakah yang tepat tentang Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?  

a)

Raja-Raja Melayu meluluskan undang-undang

b)

Pegawai kerajaan ketuai Majlis Tempatan

c)

Ahli dipilih dalam pilihan raya

d)

Ketua Menteri mewakili negeri

8.

Kabinet pertama negara kita ditubuhkan pada tahun 1955. Antara peranannya ialah meminta kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.

Apakah maksud kuasa veto?

a)

Kuasa pembatal

b)

Perkongsian kuasa

c)

Model wesminister

d)

Pemerintahan ala British

9.

Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 ialah mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun, dan mewajibkan pendidikan kepada semua kaum.

Apakah maksud manifesto?

a)

Perlembagaan politik

b)

Hasrat masyarakat pelbagai kaum

c)

Dasar parti politik

d)

Masalah rakyat

10.

Pada tahun 2021, Kerajaan Malaysia telah membuat pindaan umur pengundi iaitu 18 tahun.

Apakah alasan munasabah pindaan tersebut dilakukan?

a)

Bilangan penduduk bertambah

b)

Kecekapan jentera pilhan raya

c)

Pertambahan kawasan pilihan raya

d)

Peningkatan kadar kematangan rakyat