wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Endokrin

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi utama sistem endokrin?

a)

Membantu dalam tindakan refleks

b)

Menyingkirkan bahan toksik dalam badan

c)

Untuk koordinasi badan

d)

Mengankut oksigen ke sel-sel badan

2.

Rajah berikut menunjukkan Jackson yang dikejar oleh seekor anjing.

Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah akan dirangsangkan dalam keadaan ini?

a)

Pankreas

b)

Kelenjar adrenal

c)

Kelenjar pituitari

d)

Testis

3.

Rajah menunjukkan kelenjar endokrin manusia

Antara bahagian A, B, C dan D, kelenjar yang manakah dikenali sebagai kelenjar induk?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Baca pernyataan di bawah.

Air tidak dapat diserap semula di duktus pengumpul ginjal

Kekurangan hormon manakah akan menyebabkan keadaan di atas berlaku?

a)

Glukagon

b)

Insulin

c)

Tiroksina

d)

Hormon antidiuresis

5.

Rajah menunjukkan satu kelenjar endokrin X.

Apakah kesan yang mungkin berlaku jika kelenjar X ini dibuang?

a)

Diebetes mellitus

b)

Penyakit Addison

c)

Kekerdilan

d)

Kegergasian

6.

Rajah berikut menunjukkan kelenjar endokrin

Antara kelenjar endokrin berikut, yang manakah dilabel dengan betul?

a)

A. Kelenjar pituitari

b)

B. Kelenjar adrenal

c)

C. Testis

d)

D. Tiroid

7.

Maklumat yang berikut adalah mengenai kelenjar endokrin

- Merembeskan hormon pertumbuhan

- Mengawal aktiviti kelenjar lain

Antara kelenjar berikut, yang manakah merujuk kepada maklumat tersebut?

a)

Kelenjar tiroid

b)

Ovari

c)

Kelenjar pituitari

d)

Testis

8.

Pasangan yang manakah benar mengenai kelenjar endokrin dan hormon yang dirembesnya?

a)

Pankreas - Insulin

b)

Kelenjar tiroid - Hormon pertumbuhan

c)

Testis - Progesteron

d)

Kelenjar adrenal - Tiroksina

9.

Apabila aras glukosa dalam darah seorang pesakit terlalu tinggi, apakah hormon yang perlu disuntik ke dalam aliran darahnya?

a)

Glukagon

b)

Insulin

c)

Tiroksina

d)

Estrogen

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada hormon tiroksina yang berlebihan di dalam badan?

a)

Kadar metabolisma rendah

b)

Sukar tidur dan kuat selera makan

c)

Keguguran kandungan

d)

Aras glukosa rendah