wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT T2- 2.3 Reka Bentuk Elektrik

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN elemen sistem elektrik?

a)

Arus Ulang Alik

b)

Sumber

c)

Kawalan

d)

Medium

2.

Apakah definisi bagi beban dalam sistem elektrik?

a)

Memutus dan menyambungkan wayar

b)

Perantara antara sumber dengan beban

c)

Pengawalan arus elektrik secara selamat dengan cara memutus dan menyambungkan litar

d)

Sebarang peralatan elektrik yang disambungkan pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi dan beroperasi

3.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber yang tidak boleh diperbaharui?

a)

Gas

b)

Matahari

c)

Arang batu

d)

Tenaga Nuklear

4.

Antara berikut, yang manakah peralatan yang menggunakan arus terus?

a)

Dinamo

b)

Meter rumah

c)

Mesin pengisar

d)

Periuk nasi elektrik

5.

Apakah tujuan sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen jana kuasa hingga ke rumah menggunakan arus ulang-alik?

a)

Memastikan arus mengalir secara dua hala

b)

Meninggikan dan merendahkan arus yang diterima

c)

Mengurangkan kehilangan kuasa semasa proses penghantaran

d)

Melindungi keselamatan pengguna daripada terkena renjatan elektrik

6.

Tiga aspek penting dalam reka bentuk peralatan elektrik.

  1. 1.Keselamatan

  2. 2.Sambungan litar

  3. 3.?

Apakah aspek yang ketiga?

a)

Bekalan arus elektrik

b)

Jenis komponen digunakan

c)

Kedudukan peranti

d)

Warna peralatan elektrik

7.

Apakah jenis litar yang ditunjukkan pada gambar?

a)

Litar Pintas

b)

Litar Tutup

c)

Litar Salah Kekutuban

d)

Litar Buka

8.

Berikut merupakan parameter elektrik kecuali...

a)

Voltan

b)

Arus

c)

Ampere

d)

Kuasa

9.

Apakah hubungan rintangan dan arus elektrik yang betul?

a)

Berubah-ubah

b)

Berkadar songsang

c)

Berkadar selari

d)

Berkadar terus

10.

Diberi nilai arus dalam sebuah litar ialah 5A dan rintangan 2Ω. Kirakan nilai voltan bagi litar tersebut.

a)

10 V

b)

5 V

c)

2.5 V

d)

25 V

11.

Apakah hubungan voltan dengan arus elektrik?

a)

Berkadar selari

b)

Berkadar siri

c)

Berkadar songsang

d)

Berkadar terus

12.

Antara berikut, yang manakah nilai voltan bagi dua biji bateri bersaiz AA?

a)

0.75 V

b)

2 V

c)

4 V

d)

3 V

13.

Yang manakah antara berikut merupakan dua jenis sambungan wayar dalam litar yang betul?

a)

Litar Bersiri dan Litar Selari

b)

Litar Siri dan Litar Selari

c)

Litar Buka dan Litar Tutup

d)

Litar Pintas dan Litar Salah Kekutuban

14.

Apakah tujuan pengujian dilakukan pada gajet berfungsi?

a)

Memastikan tiada kebocoran arus elektrik pada gajet

b)

Memastikan gajet pada litar berfungsi seperti yang dikehendaki

c)

Memastikan pengguna selamat daripada terkena renjatan elektrik

d)

Memastikan elemen dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi nilainya