wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BULAN KEBANGSAAN DAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Upacara menaikkan bendera Malaysia terbesar di bangunan Angkasapuri disempurnakan oleh YB Datuk Mohamed bin Rahmat sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-31 pada tahun 1988. Apakah tajuk lagu yang dinyanyikan oleh kira-kira 3500 orang kakitangan Kementerian Penerangan sejurus bendera dinaikkan?

a)

Cinta kita

b)

Bendera kita

c)

Jalur Gemilang

d)

Sampai Syurga

2.

Perasmian pembukaan ibu pejabat Edaran Otomobil Nasional pada tahun 1985 telah disempurkan oleh

a)

  Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

b)

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

c)

Dato’ Sri Ismail Bin Sabri

d)

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

3.

Lembaga Letrik Negara LLN ditubuhkan secara rasmi sebagai badan berkanun pada 1949. Di antara berikut manakah fungsi yang betul bagi LLN?

a)

Membekalkan tenaga solar kepada penduduk Malaysia

b)

Mengawal dan memperluaskan penggunaan tenaga elektrik ke seluruh negara

c)

Mengawal selia penggunaan tenaga elektrik dan komunikasi digital

d)

Mengawasi penggunaan tenaga elektrik oleh industri pembinaan di Malaysia

4.

Di antara berikut negara manakah yang tidak mengambil bahagian dalam Pesta Bola sepak sempena ulang tahun ke 7 kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur?

a)

Malaysia

b)

Thailand

c)

Singapura

d)

India

5.

Siapakah atlet Wanita pertama negara yang berjaya menaiki podium di Sukan Olimpik yang diadakan di London pada tahun 2012 dan menduduki tempat ketiga dalam acara terjunan 10 meter?

a)

Oii Tze Liang

b)

Nur Dhabitah Sobri

c)

Pandalela Rinong

d)

Chew Yi Wey

6.

Perusahaan Otomobil Nasional (Nasional) secara rasminya telah melancarkan kereta model hatchback 5 pintu baharunya pada tahun 2012. Apakah model kereta tersebut? 

a)

Proton Satria Neo CPS

b)

  Proton Saga FLX

c)

Proton Suprima S

d)

Proton Exora CPS

7.

Perkembangan Bahasa Melayu dipercayai wujud bermula pada zaman prasejarah yang dikenali sebagai

a)

Bahasa Melayu Klasik

b)

Bahasa Melayu Purba

c)

Bahasa Melayu Kuno

d)

Bahasa Melayu sastera

8.

Antara berikut yang manakah bukan di antara surat khabar melayu yang terawal diterbitkan?

a)

Soerat Kabar Bahasa Malaijoe 1856, di Hindia Belanda

b)

Jawi Peranakan 1876, di Singapura

c)

Seri Perak 1893, di Taping

d)

Siakap Keli Press 2012, Bandar Baru Bangi

9.

Apakah maksud yang paling sesuai untuk perumpamaan “Bagai tikus membaiki labu”?

a)

Merosakkan lagi barang yang dibaiki

b)

Membuat kerja dengan sambil lewa

c)

Membuat pekerjaan yang sia-sia

d)

Memberi nasihat tetapi tidak berkesan

10.

Apakah simpulan Bahasa yang betul bagi menggambarkan “individu yang berkelakuan luar biasa pada masa-masa tertentu”?

a)

  Hilang akal

b)

Ada angin

c)

Beralih angin

d)

Atas angin

11.

Di antara yang berikut, yang manakah bukan dalam kumpulan puisi tradisional?

a)

Bicara berirama

b)

Seloka

c)

syair

d)

pantun

12.

Manakah di antara berikut definisi yang betul tentang puisi oleh Pendeta Bahasa Za’ba?

a)

Puisi ialah penulisan tentang kehidupan Masyarakat dan disampaikan dalam bentuk nyayian dan syair

b)

Puisi ialah gabungan karya oleh pencinta Bahasa

c)

Puisi merupakan cara individu atau masyarakat menyampaikan cerita  melalui bahasa yang indah.

d)

Puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.