wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Alah bisa tegal biasa!

Total questions: 8

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Ahmad ternampak seekor anjing yang sedang berlari ke arahnya. Anjing itu menyalak dan semakin menghampiri Ahmad. Dia pun melarikan diri dengan sekuat-kuat hatinya kerana takut dikejar anjing itu.

a)

berani mati

b)

langkah seribu

c)

panjang akal

2.

Liyana memberitahu ayahnya tentang rancangan berbasikal bersama teman-temannya. Setelah berbincang tentang langkah-langkah keselamatan yang harus diikutinya, ayah Liyana membuat ketentuan terakhir. Liyana diberikan kebenaran untuk berbasikal dengan teman-temannya.

a)

kata putus

b)

muka tembok

c)

tulang belakang

3.

Amir seorang yang amat disenangi guru-guru dan rakan-rakannya. Dia sering diberikan kepercayaan untuk menjadi ketua kerana sikapnya yang cepat dan cekap menyelesaikan tugas.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti garam jatuh di air

c)

bagai aur dengan tebing

4.

"Jika kita mahu mencapai sesuatu, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kalau kita tidak mahu, kita akan memberikan bermacam-macam alasan pula," kata Kak Ros kepada Upin dan Ipin.

a)

air dicencang tiada putus

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

5.

Encik Lee seorang yang tidak suka melakukan kerja berat. Dia hendak cepat kaya tetapi tidak mahu berkerja keras. Perbuatannya selama ini bagai menghitung bulu kambing.

a)

usaha yang sia-sia

b)

tidak tahu malu

c)

sombong

6.

Kereta mainan kesayangan Aqil rosak. Aqil tidak mahir dalam membaiki permainan yang rosak. Dia akan buang sahaja. Namun, kali ini dia mahu cuba membaiki kereta mainan tersebut. Perbuatannya bagai tikus membaiki labu.

a)

orang yang cetek ilmu pengetahuannya kerana tidak terdedah dengan isu semasa di sekelilingnya

b)

orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya barang yang dibaiki itu bertambah rosak

c)

orang yang melupakan budi baik serta pertolongan orang lain apabila telah hidup senang

7.

Aisha kasihan melihat adiknya yang menangis tersedu-sedan. Buku nota bahasa Melayu adiknya terkoyak akibat perbuatan nakal rakan sekelasnya. Adiknya perlukan buku nota itu untuk mengulang kaji pelajarannya. Aisha tidak sanggup melihat adiknya bersedih seperti kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

a)

perselisihan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

b)

tidak banyak bercakap tetapi berfikir

c)

apabila seseorang teraniaya, kaum keluarganya akan terasa

8.

Radhiah dan Adilah telah bekerjasama bagi projek Sains tahun ini. Banyak cabaran ynag harus mereka lalui. Namun begitu, mereka sentiasa cari jalan untuk mengatasi semua masalah bersama-sama.

a)

melibatkan diri dalam hal orang lain

b)

tidak berasa takut walaupun menghadapi bahaya

c)

berusaha untuk mencapai sesuatu perkara