wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRILLING TAHSIN IBADAH BPA5

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

PRAKTIKAL SOLAT

Apakah contoh Rukun Qauli di dalam solat?

a)

Melafazkan niat solat fardu

b)

Membaca Surah Al-Fatihah

c)

Sujud

d)

I’tidal

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan I’tidal?

a)

Bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tomakninah

b)

Bangkit dari sujud dan kembali berdiri tegak beserta dengan tomakninah

c)

Diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya

d)

Duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua

3.

Apakah anggota sujud yang wajib dirapatkan ke tempat sujud?

a)

Kedua-dua lengan tangan

b)

Kedua-dua tapak tangan

c)

Hidung

d)

Mulut

4.

Antara yang berikut, yang manakah perkara yang membatalkan solat?

a)

Membaca dan melihat al-Quran

b)

Solat dalam keadaan terlalu mengantuk

c)

Mendongak ke langit

d)

Berhadas semasa solat

5.

Berapakah rukun solat yang wajib dilaksanakan untuk menyempurnakan solat?

a)

9

b)

15

c)

13

d)

5

6.

SOLAT MUSAFIR ( JAMAK DAN QASAR )

Apakah tiga solat yang boleh dipendekkan ( Qasar )?

a)

Zuhur, Maghrib, Isya’

b)

Zuhur, Asar, Isya’

c)

Asar, Maghrib, Isya’

d)

Subuh, Zuhur, Isya’

7.

Berapakah jenis Solat Jamak?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

8.

Berapakah jarak perjalanan yang diharuskan Solat Qasar dan Jamak?

a)

71 km dan lebih

b)

75 km dan lebih

c)

81 km dan lebih

d)

84 km dan lebih

9.

Berapakah tempoh dibolehkan Solat Jamak dan Qasar?

a)

3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang

b)

4 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang

c)

3 hari 3 malam, termasuk hari datang dan hari pulang

d)

2 hari 2 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang

10.

Yang manakah lebih afdhal ketika bermusafir, mengqasar solat atau solat secara sempurna?

a)

Solat secara sempurna

b)

Mengqasar solat

11.

BERSUCI

Berikut merupakan cara beristinjak KECUALI

a)

menggunakan benda kesat dan air mutlak

b)

menggunakan benda kesat

c)

menggunakan air mutlak

d)

menggunakan benda licin

12.

Menipiskan debu tanah pada kedua-dua tapak tangan merupakan salah satu daripada ;

a)

Perkara yang membatalkan tayamum

b)

Rukun tayamum

c)

Sunat tayamum

d)

Syarat tayamum

13.

Tayamum akan terbatal jika terdapat sumber-sumber air mutlak KECUALI

a)

Air hujan

b)

Air mata air

c)

Air tanah

d)

Air embun

14.

Rukun wudhu’ terdiri daripada berapa perkara?

a)

6

b)

9

c)

7

d)

8

15.

Adakah sah solat sekiranya wudhu’ yang kita ambil dari sebuah kolam yang digunakan sama oleh orang yang bukan islam?

a)

Solat dan wudhu’ adalah sah seandainya air tersebut mencukupi syarat-syarat air mutlak iaitu air yang hukumnya suci lagi menyucikan

b)

Tidak sah solat kerana air tersebut digunakan oleh orang yang berlainan agama

16.

HAJI DAN UMRAH

Nyatakan maksud Umrah dari segi istilah

a)

ziarah

b)

tujuan dan maksud

c)

mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

d)

mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syarat-syaratnya.

17.

Salah satu Rukun Haji yang tidak terdapat dalam Rukun Umrah ialah

a)

Tawaf

b)

Wukuf

c)

Sa’ie

d)

Tahlul

18.

Wukuf di Arafah dilaksanakan pada

a)

8 Zulhijjah

b)

9 Zulhijjah

c)

10 Zulhijjah

d)

11 Zulhijjah

19.

Bermalam di Mina - Bermalam di Mudzalifah

Jemaah Haji sengaja meninggalkan amalan di atas menyebabkan hajinya

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sah dan wajib membayar dam

d)

Batal dan wajib membayar dam

20.

Apakah hukum upah haji?

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Sunnah

d)

Haram