wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CIRI NEGARA RAHMAH

Total questions: 7

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Yang berikut merupakan antara 12 ciri negara rahmah, kecuali...

a)

Hubungan etnik dan penganut agama yang harmoni

b)

Agihan kekayaan yang saksama

c)

Institusi keluarga yang dipinggirkan

d)

Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

2.

Berikut merupakan cara proses semak dan imbang yang berkesan dapat diimplementasikan dalam pentadbiran, kecuali...

a)

Setiap pemerintah perlu mengambil kira sejarah atau peristiwa lampau yang relevan sebagai pengajaran

b)

Setiap pemerintah perlu terbuka kepada kritikan dan nasihat daripada rakyat

c)

Setiap pemerintah perlu mengambilan kira pandangan daripada golongan pakar dan berpengalaman

d)

Setiap pemerintah perlu melakukan apa yang dirasakannya betul semata-mata

3.

Apakah itu siasah syar'iyyah?

a)

Pengurusan pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama semua rakyat, sejajar kehendak syariah

b)

Pengurusan pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama semua rakyat tetapi tidak menurut kehendak syariah secara sepenuhnya

c)

Pengurusan pemimpin yang tidak adil kerana mendiskriminasi kaum-kaum tertentu, namun mengikut kehendak syariah

d)

Pengurusan pemimpin yang tidak adil kerana mendiskriminasi kaum-kaum tertentu dan tidak mengikut kehendak syariah secara sepenuhnya

4.

Apakah kesan daripada institusi keluarga yang utuh?

a)

Anak-anak akan dapat menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih cemerlang.

b)

Anak-anak akan mengikut kehendak pembelajaran dan perancangan ibu bapa mereka semata-mata

c)

Anak-anak akan mementingkan kejayaan di dunia semata-mata seperti kerjaya dan pelajaran

d)

Anak-anak akan hanya berakhlak mulia kepada keluarga sahaja dan tidak kepada masyarakat sekeliling

5.

Berikut merupakan cara-cara negara Islam dapat keluar daripada kemelut sistem ekonomi yang kejam dan kapitalis, kecuali...

a)

Menggunakan mata wang sendiri seperti dinar

b)

Berdaya tahan dengan keadilan dan kesaksamaan

c)

Mewujudkan pasaran bersama yang patuh syariah dan berdaya saing

d)

Memencilkan diri dan tidak berurusan dengan ekonomi negara-negara luar

6.

Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menjamin pembangunan yang lestari?

a)

Perbincangan dengan pakar

b)

Pembangunan sumber manusia

c)

Analisis impak alam sekitar

d)

Peningkatan projek infrastruktur

7.

Apakah syarat untuk hubungan antara negara Islam dan negara bukan Islam kekal damai?

a)

Kepentingan hasil bumi dan sumber pada negara bukan Islam tersebut

b)

Wujud hubungan ekonomi dan perdagangan yang mampan antara kedua-dua negara

c)

Negara bukan Islam tidak menceroboh atau menyerang negara Islam tersebut, serta tidak mengganggu umat Islam

d)

Negara Islam mesti mengikut telunjuk dan arahan negara bukan Islam tersebut semata-mata