NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Rajah 1 menunjukkan satu situasi yang berlaku di dalam makmal. Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mengendalikan situasi tersebut?
Lap dengan menggunakan kain basah
Menggunakan air untuk membersihkan tempat itu
Menabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan itu
Menggunakan sabun untuk membersihkan tumpahan itu
Antara situasi berikut, yang manakah memerlukan CPR?
Cedera parah
Tidak bernafas
Denyutan jantung lemah
Membuka mata apabila dipanggil
Rajah 2 menunjukkan bacaan suhu badan Radi. Antara yang berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menyebabkan bacaan suhu sebegitu?
Makan berlebihan
Jangkitan patogen
Kurang selera makan
Cukup tidur 8 jam sehari
Antara gas rumah hijau berikut, yang manakah merupakan komponen utama dalam Jejak Kaki Karbon?
Ozon
Metana
Sulfur dioksida
Karbon dioksida
Rajah 3 menunjukkan satu motorsikal elektrik. Mengapakah motorsikal itu dianggap sebagai satu ciptaan bagi Teknologi Hijau?
Tenaga elektrik digunakan
Minyak biodiesel digunakan
Bahan api biojisim digunakan
Gas rumah hijau tidak dibebaskan
Robin ialah seorang pesakit hemofilia (hh) dan isterinya seorang pembawa hemofilia (Hh). Apakah kebarangkalian bahawa anak-anak mereka pesakit hemofilia?
25%
50%
75%
100%
Antara tisu berikut, yang manakah tisu penghubung yang menyambungkan dua tulang?
Ligamen
Tendon
Otot triseps
Otot biseps
Rajah 4 menunjukkan seekor haiwan yang perlu mengangkangkan kakinya ketika minum air dari sebatang sungai. Mengapakah haiwan ini terpaksa mengangkangkan kakinya?
Untuk menguatkan otot kaki
Untuk merendahkan pusat graviti badan
Untuk meninggikan pusat graviti badan
Untuk mengurangkan luas tapak pada tanah
Rajah 5 menunjukkan sistem endokrin manusia. Apakah fungsi organ endokrin P?
Mengawal kadar metabolisme
Mengawal pertumbuhan badan
Menambah kadar degupan jantung
Mengawal paras glukosa dalam darah
Antara berikut, manakah ciri minda yang sihat?
Berprasangka buruk
Sedia menerima cabaran
Berfikiran terbuka dan emosional
Tidak mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas sewajarnya
Rajah 6 menunjukkan suatu ion natrium. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
Atom natrium kehilangan satu elektron
Atom natrium menerima satu proton
Atom natrium menerima satu elektron
Atom natrium mempunyai sembilan elektron
Apakah maksud isotop?
Atom-atom suatu unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan
Atom-atom suatu unsur yang mempunyai bilangan neutron yang sama tetapi bilangan proton yang berlainan
Atom-atom logam yang mempunyai bilangan neutron yang sama
Atom-atom logam yang mempunyai bilangan proton yang sama
Rajah 7 menunjukkan susunan atom dalam satu bahan. Apakah fungsi menambahkan atom T?
Mengurangkan ketumpatan bahan
Merendahkan kekuatan regangan bahan
Meningkatkan kekonduksian elektrik bahan
Menghalang atom-atom tulen daripada menggelongsor dengan mudah
Apakah bahan yang ditambahkan kepada lateks untuk menggumpalkannya?
Larutan natrium hidroksida
Air kapur
Asid formik
Larutan ammonia
Apakah yang menyebabkan penuaan dalam badan manusia?
Kolagen
Radikal bebas
Bahan antioksidan
Bahan aktif dalam makanan tambahan
Mengapakah epal yang dipotong menjadi perang apabila dibiarkan terdedah kepada udara?
Epal menjadi busuk
Epal masih mentah
Epal mengalami pengoksidaan
Epal kehilangan air
Gaya hidup masyarakat masa kini yang sibuk bekerja telah menimbulkan pelbagai penyakit. Ekoran daripada itu, pelbagai produk kesihatan diperkenalkan di pasaran dengan pelbagai fungsi.
Pada pendapat anda, mengapakah permintaan terhadap produk kesihatan semakin meningkat sejak kebelakangan ini?
Produk kesihatan mudah diperolehi
Dapat mengelakkan penyakit berjangkit
Dapat mengurangkan kos untuk merawat penyakit
Dapat membantu masyarakat yang tidak mengamalkan makanan seimbang
Rajah 8 menunjukkan titik-titik pada sebahagian pita detik bagi sebuah troli yang menuruni landasan. Apakah jenis gerakan troli itu?
Halaju sifar
Halaju seragam
Halaju berkurangan
Halaju bertambah
Rajah 9 menunjukkan suatu proses untuk menghasilkan tenaga nuklear. Apakah proses yang ditunjukkan?
Pembelahan nukleus
Pelakuran nukleus
Tindak balas nuklear
Reaktor nuklear
Antara yang berikut, yang manakah alasan bagi pemilihan sumber tenaga nuklear dalam sesebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber utamanya?
Kekurangan sumber tenaga lain
Keluasan negara yang kecil dengan jumlah penduduk yang tidak ramai
Kos pembinaan yang murah
Mempunyai teknologi yang kurang canggih
