Font size
WorksheetsPERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU
Total questions: 45
Worksheet time: 23mins
....... awal di tanah rancangan FELDA pada dekad 1970-an dahulu menghadapi pelbagai cabaran untuk menukarkan kawasan hutan menjadi tanah pertanian.
Penghuni
Petani
Penduduk
Peneroka
Seseorang itu tidak harus .......... dengan gelaran yang kurang menyenangkan dirinya kerana hal itu tidak berperikemanusiaan.
digelar
dipanggil
dikecam
ditegur
Kerugian akibat kebakaran itu ......... berjuta-juta ringgit.
dinilaikan
dianggap
ditaksirkan
ditafsirkan
Perbelanjaan secara ....... perlu dilaksanakan ketika zaman kegawatan ekonomi ini.
berjimat
bercermat
berhemah
berhemat
Para pekerja syarikat telekomunikasi mendapat ....... tahunan kerana mereka telah bekerja dengan cemerlang dan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat.
insentif
intensif
ganjaran
bonus
Pelabur-pelabur asing mendapat berbagai-bagai ....... untuk menggalakkan mereka menanam modal di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.
insentif
bonus
ganjaran
intensif
Para pekerja asing di pasar borong itu dibayar ....... dua minggu sekali kerana mereka turut melakukan pekerjaan sampingan pada waktu petang.
upah
gaji
pendapatan
wang
Pegawai itu ........... di mahkamah kerana dituduh ........ wang syarikat.
dibicarakan ....... mensonglap
dihadapkan ...... menggelapkan
didakwa ....... menggelapkan
dihadapkan ...... menyelewengkan
Kendatipun wajah kedua-dua orang pemuda itu agak ...... namun perangai mereka amat berbeza.
seiras
sepadan
serupa
setanding
Sikap remaja yang berfikiran ..... menyebabkan ...... sosial terus berlaku dalam kalangan generasi muda.
cetek ..... kepincangan ....
singkat ..... kepincangan ....
cetek ..... kebejatan ....
singkat ..... kebejatan ....
Pusat sumber yang lengkap dengan pendingin hawa dan kemudahan melayari Internet menyediakan ......... ......... untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran.
suasana kondusif
prasarana kondusif
tempat selesa
suasana konklusif
Perpustakaan di universiti yang lengkap dengan ....................... dan kemudahan melayari Internet menyediakan prasarana yang canggih untuk memudahkan para mahasiswa menyiapkan tugasan.
media massa
pelbagai multimedia
kepelbagaian multimedia
multimedia
Parti politik itu akan mengadakan pemilihan ....... yang baharu pada bulan hadapan.
pucuk kepimpinan
barisan pemimpin
teraju kepimpinan
pucuk pemimpin
Penyakit demam denggi boleh dikategorikan sebagai ....... kerana penyakit itu sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti yang kurang mementingkan kebersihan di persekitaran tempat tinggal mereka.
endemik
sporadik
pandemik
epidemik
.......................... merupakan bantuan kewangan segera yang ditawarkan oleh kerajaan kepada majikan yang mengalami pengurangan pendapatan akibat PKP, supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM 4000 ke bawah.
Program Rangsangan Ekonomi
Program Subsidi Upah
Pakej Prihatin Rakyat
Pakej Rangsangan Syarikat
Pesakit influenza perlu mengamalkan ...... batuk dan bersin yang betul, dengan cara menutup hidung serta mulut dengan tisu, kemudian membuang tisu ke dalam tong sampah tertutup.
kaedah
etika
kebiasaan
tatasusila
............. diadakan pada setiap tahun untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang sukan.
Perlawanan Merentas Desa
Kejohanan Merentas Desa
Kejuaraan Merentas Desa
Pertandingan Merentas Desa
........... bagi semua institusi pendidikan tinggi awam dan juga swasta telah ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Proses pengajian
Sesi pembelajaran
Tempoh pembelajaran
Sesi pengajian
Kaedah pembelajaran secara ........ menggunakan aplikasi Telegram, Whatssap dan Google Classroom memudahkan murid-murid mengulang kaji topik-topik tertentu apabila kuiz-kuiz dan nota ringkas dapat diakses pada bila-bila masa sahaja.
atas talian
online
dalam talian
jalur lebar
Buku "A Doctor In The House" yang ditulis sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap sebagai ............... kerana mengisahkan pengalaman kehidupannya sejak remaja sehinggalah beliau berjaya menjadi seorang doktor, seterusnya menceburi bidang politik.
autobiografi
dokumentasi
dokumentari
biografi
Setiap hari saya suka memasukkan baju-baju kotor ke dalam bakul khas.
memasukan
memasukkan
Antara pelajar-pelajar yang datang ke sekolah itu ialah pelajar dari sekolah berhampiran.
pelajar
pelajar-pelajar
Ibubapa dinasihatkan agar sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka.
ibu bapa
ibubapa
Ibu tidak membenarkan saya menonton television sehingga lewat malam.
television
televisyen
Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.
kadang kala
kadang-kala
Kadang-kala ibu memarahi kakak walaupun bukan kakak yang melakukan kesalahan.
kadang kala
kadang-kala
Encik Salim mengeluarkan wang ___________ di dalam bank untuk membiayai rawatan anaknya.
taruhan
simpanan
semakan
tabungan
Kerani itu sedang mencetak penyata gaji _________ Encik Majid.
harian
akhiran
rumusan
tahunan
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
hitam putih
lalat hijau
halwa telinga
lampu hijau
Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksana dasar bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.
Betulkan dua kesalahan yang terdapat dalam ayat.
mata pelajaran
bahasa English / laksana
pelaksanaan
memperbaik
Nyatakan pola ayat berikut:
Bakul bulat di atas meja itu daripada daun mengkuang.
FN+FSN
FN+FK
FN+FA
FN+FN
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:
Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.
Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.
Maklumat tentang wabak denggi sedang ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas.
Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.
Manakah yang betul?
dua jam setengah
dua setengah jam
jam dua setengah
Betulkan kesalahan perkataan bergaris di bawah:
Gunung Everest merupakan gunung yang teramat tinggi sekali di dunia
teramat tinggi
tinggi sangat
tinggi sekali
sungguh tinggi
Kenal pasti subjek bagi ayat di bawah.
Anak Mak Limah yang cantik itu menjadi guru ganti di Sekolah Menengah Agama Tajung Kling.
Anak Mak Limah
Anak
Mak Limah yang cantik itu
Anak Mak Limah yang cantik itu
Semua penumpang yang _______ di India akibat _____ wabak Covid-19 telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.
A. terkandas...penyebaran
B. terbantut...pembabitan
C. terbiar...penularan
D. tertinggal...perusuhan
Keadaan di perpustakaan sekolah itu menjadi _____________ apabila bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba.
gelap-gelita
pontang-panting
lintang-pukang
simpang-siur
__________ itu mendeklamasikan sajak yang bertajuk ‘Hatiku’.
Pelakon
Penyair
Penyanyi
Penyampai berita
Fatini membeli tiga _______ labu sayung dari kedai cenderamata di Kuala Kangsar.
keping
batang
biji
kerat
Ayah membaca __________ surat khabar setiap pagi sebelum ke tempat kerja.
sekeping
senaskhah
sebuah
sehelai
Puan Amy memasukkan ________ garam dalam supnya yang tawar itu.
seketul
secubit
secalit
segenggam
Encik Maniam dan Puan Reena memelihara anak tunggal mereka bagai _______ .
isi dengan kuku
bulan jatuh ke riba
menatang minyak yang penuh
mencurah air ke daun keladi
Amelia dan Siew Lan ketawa __________ apabila mendengar cerita jenaka tentang Abu Nawas itu.
tersedu-sedan
teresak-esak
terbahak-bahak
terbatuk-batuk
Pilih ayat majmuk yang betul.
Sikin suka baca buku cerita.
Abu merupakan anak Encik Abu dan Puan Maryam
Siti suka minum kopi.
Aminah suka warna biru.
