wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fahaman yang diperjuangkan oleh individu berikut?

-Karl Marx-

a)

A  Kapitalis

b)

B  Komunis

c)

C  Demokrasi

d)

D  Republik

2.

Mengapakah British  meluluskan undang-undang untuk mengawal kegiatan berpersatuan di negara kita pada tahun 1948?

a)

A    Mengatasi ancaman komunis

b)

B    Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

C    Menggantung penerbitan akhbar

d)

D    Menyekat gerakan golongan radikal

3.

Mengapakah darurat diisytiharkan oleh British  pada 16 Jun 1948?

a)

A Rusuhan kaum

b)

B Ancaman keselamatan

c)

C Kemelesetan ekonomi

d)

D Perebutan kuasa

4.

Dialog di bawah mungkin berlaku pada zaman darurat di Tanah Melayu.

Pegawai British: Tuan, kita menghadapi kesukaran untuk membanteras ancaman komunis kerana mereka mendapat Bantuan daripada Min Yuen.

Pesuruhjaya Tinggi British: Jika begitu, saya akan arahkan Sir Harold Briggs untuk menangani masalah ini.

Bagaimanakah Sir Harold Briggs menyelesaikan masalah tersebut?

a)

A. Mengisytiharkan darurat

b)

B. Melancarkan perang saraf

c)

C. Memperkenalkan tawaran pengampunan

d)

D. Melaksanakan kawasan penempatan semula

5.

Senarai berikut ialah tindakan komunis pada zaman darurat di negara kita.

·     Mengugut rakyat

·     Membunuh penduduk

·     Membakar harta benda

Apakah kesan tindakan komunis tersebut terhadap kehidupan rakyat?

a)

A Inflasi meningkat

b)

B Infrastruktur terjejas

c)

C Kehilangan sumber negara

d)

D Keselamatan terancam

6.

Gambar yang berikut merujuk Sir Gerald Templer semasa melancarkan perang saraf.

Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk supaya menyokong usaha perang saraf tersebut?

a)

A. Mewujudkan Kampung Baru

b)

B. Memperkenalkan kad pengenalan

c)

C. Membawa masuk tentera Komanwel

d)

D. Melonggarkan syarat kewarganegaraan

7.

Mengapakah komunis mengambil tindakan untuk melumpuhkan ekonomi

       British di negara kita?   

a)

A  Menghilangkan keyakinan rakyat

b)

B  Mengeksploitasi bahan mentah

c)

C  Mengganggu pelaburan asing

d)

D Melaksanakan dasar penjajahan

8.

Mengapakah Senoi Paraaq  juga dikenali sebagai The Silent Killers?

a)

A        Mengawal ladang getah

b)

B        Melatih pengawal kampung

c)

C        Mempertahankan bandar

d)

D        Mengesan komunis di hutan

9.

Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan

negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960.

Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

A. Menamatkan konfrontasi

b)

B. Membendung rusuhan kaum

c)

C. Menghapuskan kegiatan lanun

d)

D. Membanteras ancaman komunis

10.

Mengapakah British memperkenalkan Rancangan Briggs pada zaman darurat?  

a)

A        Memenangi kepercayaan Orang Asli

b)

B        Melemahkan kegiatan Min Yuen

c)

C        Melaksanakan perintah berkurung

d)

D        Menyediakan ke arah berkerajaan sendiri

11.

Apakah sumbangan pertubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada zaman darurat?

a)

A        Membantu penempatan semula penduduk

b)

B        Mengadakan kerjasama dengan kaum lain

c)

C        Mengembangkan idea nasionalisme

d)

D        Menggalakkan pelajaran tinggi

12.

Mengapakah rakyat menghadapi penderitaan semasa zaman darurat?

a)

A        Pengerahan tenaga kerja

b)

B        Peningkatan harga barang

c)

C        Cukai yang membebankan

d)

D        Taraf kehidupan rendah

13.

Maklumat berikut berkaitan penempatan semula penduduk di Kampung Baru.

·         Kawalan ketat pasukan keselamatan

·         Didominasi kaum Cina

·         Dilengkapi kemudahan asas

Apakah kesan penempatan tersebut kepada masyarakat?

a)

A        Tahap kesihatan yang rendah

b)

B        Kemudahan peluang pekerjaan

c)

C        Barangan makanan mudah didapati

d)

D        Kerenggangan hubungan kaum

14.

Zaman darurat (1948-1960) telah meninggalkan kesan terhadap negara kita  

       dalam aspek politik.

       Kesan tersebut ialah

a)

A        Syarat warganegara longgar

b)

B        Korban nyawa yang tinggi

c)

C        Perbelanjaan bertambah

d)

D        Hubungan kaum terjejas

15.

Maklumat berikut berkaitan kemasukan pengaruh komunis di negara kita.

Fahaman komunis yang disebarkan Parti Komunis Indonesia tidak mendapat sambutan penduduk

di Seberang Perai, Pulau Pinang

Apakah iktibar daripada maklumat tersebut?

a)

A        Berhati-hati dengan kuasa asing

b)

B        Berwaspada dengan anasir luar

c)

C        Peka perkembangan semasa

d)

D        Hindari konflik dalaman

16.

Mengapakah British bersedia mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu

        walaupun ketika zaman darurat?

a)

A        Membantu perjuangan nasionalis

b)

B        Melemahkan gerakan golongan radikal

c)

C        Menghalang rakyat terlibat dalam revolusi

d)

D        Mendapatkan sokongan menentang komunis

17.

Antara berikut yang manakah usaha untuk menangani ancaman komunis di

        negara kita?       

         I   Memperkasa pasukan keselamatan

        II   Mengadakan persidangan damai

       III   Menghantar surat bantahan

       IV   Memperkenalkan kad pengenalan 

a)

A        I dan II

b)

B        I dan IV

c)

C        II dan III

d)

D        III dan IV

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesan daripada peristiwa darurat di negara  kita.     

·         Banyak nyawa terkorban

·         Kemusnahan harta benda

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada  peristiwa tersebut?

a)

A        Kepentingan keamanan

b)

B        Simpati terhadap musibah

c)

C        Kesedaran terhadap hak asasi

d)

D        Pembentukan jati dirI

19.

Antara berikut yang manakah tugas Home Guard dalam menghadapi ancaman komunis.

         I   Memusnahkan kubu musuh

        II   Mengawal keselamatan kampung

       III   Melindungi pekerja lombong

       IV   Menjalankan tugas risikan

a)

A        I dan II

b)

B        I dan IV

c)

C        II dan III

d)

D        III dan IV

20.

Maklumat berikut berkaitan tolak ansur orang  Melayu.

Syarat kewarganegaraan dilonggarkan

Mengapakah orang Melayu menerima syarat tersebut?

a)

A        Membentuk kestabilan politik

b)

B        Mewujudkan perpaduan kaum

c)

C        Mematuhi arahan pemerintah

d)

D        Melahirkan identiti bangsa