Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Keadilan

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Encik Daljit hanya menghidangkan makanan tradisi kaumnya sahaja sedangkan kawasan kejiranan tempat tinggalnya dihuni oleh pelbagai kaum.

a)

Hubungan antara jiran menjadi harmoni

b)


Timbul pergaduhan di kawasan kejiranannya

c)

Tiada siapa yang akan datang ke rumahnya

d)

Hubungan antara jiran akan renggang

2.

Junio dituduh mengambil telefon bimbit Masilam. Masilam pula terus

melaporkan kepada warden asrama tanpa menyiasat terlebih dahulu.

a)

Junio berasa sedih dan mendapat hukuman dari warden asrama


b)

Junio mengakui kesalahannya dan menerima hukuman

c)

Hubungan Junio dan Masilam semakin erat

d)

Junio akan dipinggirkan orang semua orang

3.

Bavani, Suleng dan Chang ditugaskan untuk membersihkan kelas.

Namun Chang suka curi tulang setiap kali Bavani mengajaknya untuk menyapu lantai.

a)

Kawan sekelas chang akan melayaninya dengan baik

b)

Kawan sekelas Chang akan menjauhkan diri

c)

Hubungan mereka bertiga semakin erat

d)

Mereka berpuas hati dengan tugasan mereka

4.

Syafiyah mengadakan Rumah Terbuka. Dia hanya menjemput anggota masyarakat yang mempunyai pangkat dan kedudukan tinggi sahaja sedangkan jiran kawasan rumahnya mengenalinya.

a)

Dia akan dianggap sebagai individu yang ramah

b)

Wujud pergaduhan antara masyarakat dan jiran

c)

Wujudnya pilih kasih antara jiran

d)

Hubungannya dengan jiran menjadi erat

5.

Cikgu Vanitha memberikan layanan yang berat sebelah kepada muridnya yang terdiri daripada pelbagai kaum.

a)

Menimbulkan rasa tidak puas hati antara murid

b)

Menggalakkan kesan positif di dalam kelas

c)

Murid rasa tersisih kerana dibiarkan

d)

Murid memberikan layanan positif kepada Cikgu Vanitha

6.

Encik Tan merupakan seorang wakil rakyat di kawasannya. Beliau memberikan

sumbangan secara sama rata kepada semua masyarakat tanpa membezakan bangsa dan agama.

a)

Mengelakkan pergaduhan sesama wakil rakyat

b)

Memupuk perpaduan berbilang kaum

c)

Mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri

d)

Wujudnya rasa tidak puas hati antara masyarakat

7.

Pasukan bola sepak di tempat tinggal kamu tidak membenarkan peserta daripada golongan kurang berkemampuan untuk menyertai pasukan mereka.

a)

Wujudnya sikap mementingkan diri sendiri

b)

Peserta tersebut merasa dihargai

c)

Wujud hubungan positif antara pasukan bola sepak

d)

Peserta tersebut berasa rendah diri dan sedih

8.

Irfan ingin memilih ahli bagi kelab tariannya. Dia membuat semakan pemilihan

berdasarkan bakat, bukannya pilih kasih atau calon pilihan.

a)

Mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri

b)

Mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati

c)

Lebih ramai ahli menyertai kelab tariannya

d)

Ahli di dalam kelab tarian berkurangan

9.

Kesan jika sesuatu kumpulan ditugaskan secara tidak adil adalah seperti berikut KECUALI?

a)

Ahli kumpulan enggan melaksanakan tugas

b)

Ahli kumpulan berasa gembira dan puas hati

c)

Ahli kumpulan lain berasa tidak berpuas hati

d)

Ahli kumpulan akan bergaduh sesama mereka

10.

Natalie ditugaskan menjadi pengadil Kejohanan Badminton.

Namun dia tidak mengadili setiap pemain dengan adil.

a)

Berlakunya pergaduhan semasa pertandingan berlangsung

b)


Pertandingan dilaksanakan secara aman

c)

Semua pihak berpuas hati

d)

Memupuk perpaduan berbilang bangsa