wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

J582 Interactive Multimedia Design

Total questions: 75

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Apakah langkah kerja pertama yang perlu dilakukan untuk menyediakan garisan layout pada rekaan aplikasi? 

a)

Buka dokumen kerja digital

b)

Aktifkan pembaris pada perisian grafik

c)

Tentukan ukuran tengah dokumen kerja.

d)

Kenal pasti ukuran jidar (margin) yang diperlukan.

2.

Apakah langkah pertama yang perlu diambil apabila merancang sebuah proposal reka bentuk?


a)

Mencari klien yang sesuai


b)

Menentukan objektif utama proposal


c)

Mencipta senarai harga yang terperinci


d)

Menyiapkan grafik reka bentuk yang lengkap


3.

Mengapa penting untuk mengikuti prosedur yang betul apabila merancang sesuatu cadangan reka bentuk?


a)

Untuk menunjukkan kepada klien potensi kreativiti 


b)

Untuk mempercepatkan proses penyediaan cadangan


c)

Untuk memastikan cadangan kelihatan menarik secara visual


d)

Untuk memastikan cadangan mencapai objektifnya dengan berkesan


4.

Apakah tujuan utama dari kajian keperluan pelanggan dalam proses penghasilan produk?


a)

Mencipta lakaran idea produk


b)

Memilih prinsip inventif yang sesuai


c)

Menentukan jenis percanggahan fizikal


d)

Mengidentifikasi pelanggan yang berpotensi 


5.

Apakah langkah pertama dalam proses penghasilan produk setelah kajian keperluan pelanggan?


a)

Projek brief


b)

Lakaran idea


c)

Penjanaan idea


d)

Penyelesaian masalah inventif


6.

Apakah kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi dalam proses penghasilan produk, dan bagaimana ia dapat membantu memenuhi keperluan pelanggan serta meningkatkan kualiti produk?


a)

Ia hanya melibatkan penghasilan mock-up sahaja


b)

Ia membolehkan pengeluaran produk yang lebih murah


c)

Ia membantu mempercepatkan proses penghasilan produk


d)

Ia membolehkan penambahbaikan pada reka bentuk dan fungsi produk


7.

Apakah langkah kerja pertama yang perlu dilakukan untuk menyediakan garisan layout pada rekaan aplikasi?


a)

Buka dokumen kerja digital.


b)

Aktifkan pembaris pada perisian grafik.


c)

Tentukan ukuran tengah dokumen kerja.


d)

Kenal pasti ukuran jidar (MARGIN)yang diperlukan.


8.

Bagaimanakah cara membuat anggaran kos projek pembangunan aplikasi?


a)

Senaraikan harga peralatan dan perisian.


b)

Dapatkan anggaran kos dari pemain industri.


c)

Kira anggaran jumlah pekerja yang diperlukan.


d)

Buat analisa kos projek berdasarkan harga pasaran.


9.

Namakan kaedah yang digunakan untuk menulis objektif projek?


a)

SWOT

b)

ADDIE

c)

SMART

d)

ASSURE

10.

Apakah tujuan pelaksanaan 5R’s (Rethink, Reuse, Recyle, Reduce, Repair) di tempat kerja? 


a)

Menambah produktiviti pekerja.


b)

Memastikan ruang kerja sentiasa bersih.


c)

Mempercepatkan masa pelaksanaan kerja.


d)

Mengubah perilaku pekerja di tempat kerja.


11.

Pilih jenis UI (User Interface) yang digunakan dalam projek pembangunan aplikasi dengan betul.

I.      Application Interface

II.    Menu-driven Interface

III.   Graphical User Interface

IV.  Command Line Interface

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


12.

Pilih faktor yang terlibat dalam perancangan pembangunan aplikasi yang betul.

I.      Kreativiti.

II.    Pembelajaran.

III.   Membuat keputusan.

IV.  Penyampaian maklum

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


13.

Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan Microsoft Word memiliki keseragaman tools dan tampilan antara muka (interface) yang hampir sama.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah prinsip antara muka (interface) yang digunakan?

a)

Flexibility

b)

Simplicity

c)

Familiarity

d)

Consistency

14.

Apakah salah satu tujuan utama dalam pengaturan platform aplikasi?


a)

Pilih bahasa pengaturcaraan


b)

Buat pelan pemulihan bencana


c)

Membangunkan sistem pengumpulan log


d)

Memberi latihan kepada pengguna aplikasi


15.

Mengapa penting untuk memiliki pelan pemulihan bencana dalam pengaturan platform aplikasi?


a)

Untuk mengukur prestasi aplikasi secara berkala


b)

Untuk memilih bahasa pengaturcaraan yang sesuai


c)

Untuk menguruskan projek dan penyelenggaraan aplikasi


d)

Untuk melindungi data dan sistem daripada gangguan serius


16.

Bagaimanakah cara mengenalpasti application output yang betul untuk pembangunan aplikasi?


a)

Rujuk pada ringkasan projek.


b)

Tentukan jenis peranti paparan.


c)

Pilih perisian pengekodan media.


d)

Semak tetapan lalai (default setting) pada perisian.


17.

Apakah kelemahan yang wujud dalam penggunaan Open Source Software?

I.      Tiada bantuan teknikal.

II.    Tidak mesra pengguna.

III.   Tiada bayaran tambahan.

IV.  Tidak menepati kualiti industri.

a)

I dan II


b)

I dan III


c)

II dan III


d)

III dan IV


18.

Apakah yang perlu dilakukan sebagai langkah pertama dalam menyediakan workflow aplikasi?


a)

Melakukan ujian aplikasi


b)

Menentukan urutan tugas


c)

Memantau prestasi workflow


d)

Mengenal pasti objektif workflow


19.

Mengapa penting untuk memberi kuasa pihak-pihak yang berkenaan dalam workflow?


a)

Untuk menentukan urutan tugas yang betul


b)

Untuk menyusun kertas kerja dan dokumentasi


c)

Untuk memudahkan ujian dan pelaksanaan workflow


d)

Untuk memastikan individu atau pasukan yang bertanggungjawab pada tugas yang sesuai


20.

Apakah tujuan penggunaan teknologi dalam penyediaan workflow aplikasi?


a)

Untuk mengurangkan perubahan dalam workflow


b)

Untuk menjalankan proses pengurusan perubahan


c)

Untuk membuat ujian dan pelaksanaan workflow lebih mudah


d)

Untuk membantu melaksanakan tugas dalam workflow dengan lebih cekap


21.

Apakah tujuan langkah "Pemetaan Proses Utama" dalam penyediaan workflow aplikasi?


a)

Menentukan urutan tugas dalam workflow


b)

Memberi kuasa pihak-pihak yang berkenaan dalam workflow


c)

Mengenal pasti individu yang akan bertanggungjawab dalam workflow


d)

Mengenal pasti langkah-langkah kunci yang diperlukan untuk mencapai objektif workflow


22.

Bagaimanakah pengurusan perubahan yang berkesan dapat memberikan sumbangan kepada kejayaan penyediaan workflow aplikasi?


a)

Pengurusan perubahan yang berkesan menyediakan pelatihan pengguna yang lebih baik


b)

Pengurusan perubahan yang berkesan mempercepatkan proses pemetaan proses utama


c)

Pengurusan perubahan yang berkesan meningkatkan penggunaan teknologi dalam workflow


d)

Pengurusan perubahan yang berkesan membantu mengendalikan perubahan dalam workflow dengan minimum gangguan


23.

Mengapa penting untuk menjalankan ujian dan pelaksanaan workflow sebelum melancarkannya?


a)

Untuk menyusun panduan dan prosedur teknikal


b)

Untuk mengurangkan perubahan dalam workflow


c)

Untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam workflow


d)

Untuk memastikan bahawa workflow berfungsi dengan baik sebelum digunakan secara langsung


24.

Pilih langkah kerja persediaan yang perlu dilakukan sebelum mereka bentuk UX (user experiences) bagi pembangunan aplikasi.

I.     Periksa dokumen analisis SWOT.

II.    Hantar maklumat ke ibu pejabat untuk tindakan.

III.  Pantau aktiviti dan pelaksanaan sumbang saran yang dijalankan.

IV.  Laksanakan temubual terhadap pengguna dan pihak berkepentingan.

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


25.

Apakah langkah kerja yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko kegagalan application work flow?

I.    Uji aliran navigasi pada rekaan user interface.

II.   Periksa rekaan wire frame pada user interface.

III. Masukkan warna, ikon dan teks pada rekaan user interface.

IV. Kenal pasti maklumat yang ingin di sampaikan kepada pengguna. 

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


26.

Berdasarkan rajah di atas, apakah kegunaan simbol tersebut dalam pembangunan carta alir?


a)

Membuat keputusan.


b)

Memilih proses kerja.


c)

Menerangkan Input /output.


d)

Menunjukkan proses mula dan tamat.


27.

Apakah definisi kebolehgunaan (usability) pada pembangunan aplikasi?


a)

Rekaan antara muka pengguna untuk individu kurang upaya.


b)

Rekaan antara muka pengguna untuk individu yang tiada kecacatan.


c)

Rekaan antara muka pengguna yang tidak berkesan tetapi memuaskan.


d)

Rekaan antara muka pengguna yang berkesan, cekap dan memuaskan.


28.

Apakah kesan yang akan berlaku sekiranya carta alir pembangunan aplikasi tidak dihasilkan dengan betul?

I.      Hasil rekaan ikon tidak menarik.

II.    Proses kerja menjadi tidak teratur.

III.   Rekaan halaman aplikasi tidak menepati konsep.

IV.  Proses pembangunan aplikasi tidak memerlukan masa yang lama.

a)

I dan III


b)

I dan IV


c)

II dan III


d)

II dan IV


29.

Apakah maksud ergonomik bagi kerja pembangunan aplikasi? 


a)

Kajian perabot dan ruang persekitaran yang dibina.


b)

Kajian kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang ramai.


c)

Kajian interaksi antara manusia dan mesin serta faktor-faktor yang mempengaruhi interaksi.


d)

Kajian interaksi antara manusia dan persekitaran binaan yang mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan.


30.

Apakah langkah pertama dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Integrasi Interaktiviti


b)

Pembangunan Aplikasi


c)

Penyelidikan dan Analisis


d)

Pelancaran dan Pemasaran


31.

Mengapa reka bentuk UI penting dalam pembangunan aplikasi?


a)

Untuk menguji konsep aplikasi


b)

Untuk mengintegrasikan elemen interaktif


c)

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna


d)

Untuk memilih platform dan teknologi yang sesuai


32.

Apakah tujuan pembangunan prototaip dalam proses pembangunan aplikasi?


a)

Menulis kod sumber aplikasi


b)

Melakukan ujian keseluruhan


c)

Melakukan pemasaran aplikasi


d)

Mengumpul maklum balas awal dari pengguna


33.

Mengapa pemilihan platform dan teknologi adalah langkah penting dalam pembangunan aplikasi?


a)

Untuk menguji konsep aplikasi


b)

Untuk mengintegrasikan elemen interaktif


c)

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna


d)

Untuk mempengaruhi prestasi dan aksesibiliti aplikasi


34.

Bagaimana interaktiviti dalam aplikasi boleh meningkatkan pengalaman pengguna?


a)

Dengan membuat prototaip


b)

Dengan memperbaiki kualiti grafik


c)

Dengan mengurangkan keperluan penyelidikan


d)

Dengan membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi.


35.

Apakah yang perlu dilakukan selepas integrasi interaktiviti dalam aplikasi?


a)

Melakukan ujian keseluruhan


b)

Memilih platform dan teknologi


c)

Melakukan pemasaran aplikasi


d)

Melakukan penyelidikan pasaran


36.

Mengapa penting untuk menjalankan ujian dan penyemakan semasa pembangunan aplikasi?


a)

Untuk menulis kod sumber aplikasi


b)

Untuk menambah elemen interaktif dalam aplikasi


c)

Untuk mengumpul maklum balas awal dari pengguna


d)

Untuk memastikan keselamatan, prestasi, dan kualiti yang tinggi


37.

Apakah tujuan pembaikan berterusan dalam penyelenggaraan aplikasi?


a)

Untuk menjalankan ujian keseluruhan aplikasi.


b)

Untuk mempengaruhi prestasi dan aksesibiliti aplikasi


c)

Untuk mengintegrasikan elemen interaktif dalam aplikasi


d)

Untuk memastikan keselamatan, prestasi, dan kualiti yang tinggi


38.

Mengapa pemilihan platform dan teknologi adalah langkah penting dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Untuk menentukan penampilan visual aplikasi


b)

Kerana teknologi tidak mempengaruhi prestasi aplikasi


c)

Untuk mengekalkan pembangunan dalam bajet yang ditetapkan


d)

Kerana pemilihan ini mempengaruhi prestasi dan aksesibiliti aplikasi


39.

Apakah peranan reka bentuk UI dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna


b)

Untuk menentukan penyelenggaraan aplikasi


c)

Untuk memastikan aplikasi berfungsi dengan baik


d)

Untuk menentukan bahasa pengaturcaraan yang digunakan


40.

Mengapa ujian dan penyemakan penting dalam pembangunan aplikasi?


a)

Untuk menambah fungsi aplikasi


b)

Untuk menilai keberkesanan pemasaran


c)

Untuk mengesan ralat atau masalah dalam aplikasi


d)

Untuk mengumpul maklum balas awal dari pengguna


41.

Mengapa mengutamakan pengalaman pengguna penting dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Kerana aplikasi interaktif hanya untuk pengguna mahir


b)

Kerana pengalaman pengguna tidak mempengaruhi kejayaan aplikasi


c)

Kerana pengalaman pengguna hanya menjadi keutamaan selepas pelancaran


d)

Kerana pengalaman pengguna dapat meningkatkan penglibatan pengguna dan kepuasan


42.

Apakah peranan reka bentuk antara muka pengguna (UI) dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Untuk menguji aplikasi


b)

Untuk memilih platform perisian


c)

Untuk menentukan bahasa pengaturcaraan


d)

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna


43.

Mengapa ujian dan penyemakan penting dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Untuk menambah fungsi aplikasi


b)

Untuk membuat pemasaran aplikasi


c)

Untuk mengumpul maklum balas awal dari pengguna


d)

Untuk mengesan ralat atau masalah dalam aplikasi


44.

Apakah yang dimaksudkan dengan "integrasi interaktiviti" dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Mencipta laman web khusus untuk aplikasi


b)

Mengintegrasikan aplikasi dengan media sosial


c)

Menambah lebih banyak teks ke dalam aplikasi


d)

Menambah elemen animasi ke dalam reka bentuk antara muka pengguna


45.

Mengapa penting untuk mengutamakan pengalaman pengguna (UX) dalam pembangunan aplikasi interaktif?


a)

Kerana pengalaman pengguna mempengaruhi pembangunan aplikasi


b)

Kerana pengguna tidak mengambil endah terhadap pengalaman mereka


c)

Kerana pengalaman pengguna hanya menjadi keutamaan selepas pelancaran aplikasi


d)

Kerana pengalaman pengguna dapat meningkatkan penglibatan dan kepuasan pengguna


46.

Apakah langkah kerja yang perlu dilakukan setelah rekaan interface multimedia dibangunkan dalam Adobe XD?


a)

Buat prototaip.


b)

Simpan rekaan dalam google drive.


c)

Hantar rekaan kepada pakar pengaturcaraan.


d)

Laksanakan ujian kefungsian terhadap pelanggan.


47.

Bagaimanakah cara menentukan jumlah pautan (link) yang ada untuk laman sesawang?


a)

Rujuk projek brief.


b)

Dapatkan maklumat dari pelanggan.


c)

Buat analisis daripada maklumat produk.


d)

Kira halaman pada lakaran diagram flow chart.


48.

Bagaimanakah cara menetapkan saiz skrin aplikasi kios dalam perisian interaktif dengan betul?


a)

Pilih tetapan skrin sedia ada pada perisian.


b)

Masukkan ukuran skrin semasa membuat dokumen baharu pada perisian.


c)

Tentukan ukuran skrin sebenar setelah dokumen baharu dibuat pada perisian.


d)

Pilih tetapan skrin sedia ada dan ubah maklumat dokumen baharu pada perisian.


49.

Apakah langkah kerja pertama yang perlu dilakukan semasa menyediakan lakaran wire frame untuk laman sesawang?


a)

Rujuk projek brief.


b)

Kira margin dan saiz skrin yang diperlukan.


c)

Tentukan jenis layout mengikut fungsi halaman.


d)

Dapatkan maklumat yang ingin disampaikan kepada pelanggan.


50.

Apakah langkah pertama dalam menilai aplikasi produk?


a)

Menganalisis data penilaian


b)

Memahami matlamat penilaian


c)

Menganalisis kepuasan pengguna akhir


d)

Mempertimbangkan keselamatan aplikasi


51.

Mengapa pengumpulan maklum balas pengguna penting dalam penilaian aplikasi?


a)

Untuk mengukur prestasi aplikasi


b)

Untuk menentukan kriteria penilaian


c)

Untuk menilai tahap keselamatan aplikasi


d)

Untuk mendapatkan pandangan pengguna yang sebenar


52.

Apa yang perlu dilakukan selepas analisis data penilaian?


a)

Menganalisis ujian prestasi


b)

Melakukan ujian keseluruhan


c)

Membuat penambahbaikan pada aplikasi


d)

Mengumpulkan maklum balas pengguna


53.

Apakah fungsi ujian prestasi dalam penilaian aplikasi produk?


a)

Mengukur kecekapan aplikasi


b)

Menentukan kriteria penilaian


c)

Menilai tahap keselamatan aplikasi


d)

Mengumpulkan maklum balas pengguna


54.

Mengapa penting untuk menilai tahap keselamatan dan kepantasan aplikasi?


a)

Untuk memahami matlamat aplikasi


b)

Untuk menentukan matlamat penilaian


c)

Untuk mengukur kepuasan pengguna akhir


d)

Untuk memastikan pematuhan undang-undang


55.

Apakah peranan pengguna akhir dalam penilaian aplikasi produk, dan mengapa tindak balas mereka penting?


a)

Pengguna akhir adalah pembuat keputusan utama dalam menentukan kriteria penilaian aplikasi.


b)

Pengguna akhir membantu dalam menguji prestasi aplikasi, dan tindak balas mereka mengukur keselamatan aplikasi


c)

Pengguna akhir adalah jurucakap aplikasi, dan tindak balas mereka mengesahkan aplikasi sebagai produk yang berkualiti tinggi


d)

Pengguna akhir membantu dalam pengumpulan data penilaian, dan tindak balas mereka mencerminkan tahap kepuasan pengguna akhir


56.

Pilih kaedah yang sesuai digunakan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap aplikasi yang telah dibangunkan.

I.      Laksanakan temubual.

II.    Perhatikan tingkah laku.

III.   Dapatkan maklum balas bertulis.

IV.  Dapatkan minit mesyuarat rasmi.

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


57.

Salah satu proses mendapatkan maklum balas pelanggan ialah melalui kaedah temuduga.

Bagaimanakah cara temuduga dijalankan pada waktu pandemik covid19?

I.      Buat temuduga bersemuka.

II.    Buat temuduga dalam talian.

III.   Buat temuduga melalui emel.

IV.  Buat temuduga melalui telefon.

a)

I dan II


b)

I dan III


c)

II dan IV


d)

III dan IV


58.

Apakah jenis pengurusan yang diperlukan untuk memastikan pembangunan aplikasi siap mengikut jadual yang ditetapkan?


a)

Pengurusan skop.


b)

Pengurusan kerja


c)

Pengurusan masa


d)

Pengurusan kualiti


59.

Apakah jenis maklum balas pelanggan yang ingin diterima semasa pembangunan aplikasi?


a)

Arah dan reflektif.


b)

Positif dan negatif.


c)

Positif dan konstruktif.


d)

Konstruktif dan reflektif.


60.

Apakah kriteria yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan borang maklum balas pelanggan dengan betul?

I.      Soalan mudah difahami.

II.    Pilihan jawapan yang tidak mengelirukan.

III.   Soalan memerlukan jawapan yang panjang.

IV.  Menggunakan nilai ganjil pada skala jawapan. 

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


61.

Apakah kriteria yang perlu wujud pada seorang pereka multimedia?

I.    Penyelesai masalah.

II.   Boleh bekerja sendiri.

III. Bersedia menerima kritikan.

IV.  Mesti bekerja dengan cepat. 

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


62.

Apakah tujuan audit keseluruhan dalam proses menghantar aplikasi akhir?


a)

Untuk menentukan kriteria penilaian


b)

Untuk menjalankan kempen pemasaran


c)

Untuk mengumpul maklum balas pengguna


d)

Untuk memastikan pematuhan standard dan peraturan


63.

Mengapa penting untuk menyediakan sokongan pengguna selepas pelancaran aplikasi?


a)

Untuk mengumpul data prestasi


b)

Untuk menjalankan audit keseluruhan


c)

Untuk memenuhi standard keselamatan


d)

Untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah


64.

Apakah yang dimaksudkan dengan pematuhan standard dan regulasi dalam konteks menghantar aplikasi akhir?


a)

Melakukan ujian prestasi aplikasi


b)

Menyediakan laman web aplikasi


c)

Menjalankan audit kod sumber aplikasi


d)

Memastikan aplikasi mematuhi undang-undang yang berkaitan


65.

Bagaimana pentingnya pemantauan prestasi aplikasi selepas pelancaran? Apa tindakan yang boleh diambil jika prestasi aplikasi tidak memenuhi matlamat yang dijangkakan? 


a)

Prestasi aplikasi adalah tanggungjawab pengguna, dan tidak ada tindakan yang boleh diambil oleh pembangun aplikasi jika prestasi tidak memenuhi matlamat.


b)

Prestasi aplikasi hanya perlu dipantau selama beberapa minggu selepas pelancaran, dan jika ada masalah, tindakan seperti pemulihan data akan dilakukan.


c)

Prestasi aplikasi tidak begitu penting setelah pelancaran, dan tindakan tidak perlu diambil jika terdapat masalah prestasi. Aplikasi harus dibiarkan berfungsi seperti biasa.


d)

Prestasi aplikasi adalah faktor penting dalam keberhasilan aplikasi, dan pemantauan membantu mengekalkan kualiti. Jika prestasi tidak memenuhi matlamat, tindakan termasuk penarikan aplikasi dari pasaran dan memulakan semula pembangunan.


66.

Pilih langkah kerja yang terlibat untuk menentukan tetapan penerbitan fail animasi format swf dengan betul.

I.      Tulis nama output dengan jelas.

II.    Ubah nilai kualiti jpeg dari 100 ke120.

III.   Ubah tetapan lanjutan mengikut keperluan.

IV.  Klik pilihan Flash swf pada bahagian format publish.

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


67.

Susun langkah kerja membuat aplikasi Adobe AIR di Adobe Animate berdasarkan keutamaan mengikut urutan yang betul.

I.      Simpan fail AIR untuk Android FLA.

II.    Pilih Fail >AIR untuk tetapan Android.

III.   Buka kotak dialog AIR Application dan tetapan perisian.

IV.  Buka fail FLA atau pakej fail yang membentuk aplikasi Adobe AIR pengguna.

a)

I, II, III, IV


b)

II, IV, III, I


c)

III, II, I , II


d)

IV, I, III, II


68.

Apakah jenis fail grafik yang disokong oleh Adobe Animate?

I.      Imej Gif

II.    Imej BMP

III.   Imej PNG

IV.  Imej JPEG

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


69.

Mengenal pasti aplikasi anda dengan identiti ID (ID) yang unik ialah kaedah yang betul semasa penyediaan pakej aplikasi. Berdasarkan penyataan di atas, apakah kriteria gabungan yang diperlukan untuk menulis ID aplikasi unik dengan betul?

I. Menggunaankan simbol.

II. Menggunakan huruf kecil a-z.

III. Menggunakan huruf besar A-Z.

IV. Menggunakan nombor dari 0-9.

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


70.

Apakah unsur bahaya terhadap alam sekitar yang wujud pada sisa elektronik (e-waste)?


a)

Besi

b)

Kaca

c)

Plastik

d)

Plumbum

71.

Pilih kaedah yang digunakan bagi menilai produk multimedia yang telah dibangunkan.

I.      Uji kebolehgunaan aplikasi.

II.    Dapatkan maklum balas pelanggan.

III.   Pastikan skop projek ditulis dengan jelas.

IV.  Buat semakan antara milestone cadangan dan yang sebenar.

a)

I, II dan III


b)

I, II dan IV


c)

I, III dan IV


d)

II, III dan IV


72.

Apakah langkah pertama dalam menilai aplikasi produk?


a)

Menganalisis data penilaian


b)

Memahami matlamat penilaian


c)

Menganalisis kepuasan pengguna akhir


d)

Mempertimbangkan keselamatan aplikasi


73.

Mengapa pengumpulan maklum balas pengguna penting dalam penilaian aplikasi?


a)

Untuk mengukur prestasi aplikasi


b)

Untuk menentukan kriteria penilaian


c)

Untuk menilai tahap keselamatan aplikasi


d)

Untuk mendapatkan pandangan pengguna yang sebenar


74.

Apa yang perlu dilakukan selepas analisis data penilaian?


a)

Menganalisis ujian prestasi


b)

Melakukan ujian keseluruhan


c)

Membuat penambahbaikan pada aplikasi


d)

Mengumpulkan maklum balas pengguna


75.

Apakah fungsi ujian prestasi dalam penilaian aplikasi produk?


a)

Mengukur kecekapan aplikasi


b)

Menentukan kriteria penilaian


c)

Menilai tahap keselamatan aplikasi


d)

Mengumpulkan maklum balas pengguna