NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu 2023
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Mira tidak suka duduk berhampiran dengan orang yang merokok.
II. Rizal sangat suka akan tingkah laku anak gadis Pak Cik Ramlan itu.
III. Saya suka melihat akan gelagat dua orang adik yang masih kecil itu.
IV. Zaharudin suka terbahak-bahak apabila mendengar cerita lucu itu.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kak Bedah, Mak Cik Senah dan Abang Karim datang melawat saya di hospital semalam.
Adakah mereka bertiga datang melawat kamu semalam?
Semasa di hospital, siapakah yang telah dilawati oleh mereka?
Siapakah yang telah datang melawat kamu di hospital semalam?
Di manakah kamu berada semasa Kak Bedah, Mak Cik Senah dan Abang Karim datang melawat kamu?
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Lutut budak itu cedera kerana terjatuh.
Bagaimanakah budak itu terjatuh?
Adakah lutut budak itu cedera?
Di manakah budak itu terjatuh?
Mengapakah lutut budak itu cedera?
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di sebelah.
Bagai harimau beranak muda
Bagai itik pulang petang
Bagai gelegar buluh
Bagai galah di tengah arus
Hanan berasa agak gemuruh kerana dia akan __________ perkahwinannya tidak lama lagi.
menangguhkan
melangsungkan
melancarkan
membatalkan
Setelah rahsia itu __________, dia terus dipecat oleh pengarahnya.
terangkat
terbongkar
terkeluar
terbalik
Air __________ yang keruh itu mengalir deras.
perigi
laut
hujan
sungai
Pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai jenis bahan __________ untuk murid-murid.
dibaca
bacaan
membaca
pembaca
Lima bidang sawahnya telah __________ air.
tenggelam
menenggelamkan
ditenggelamkan
ditenggelami
Salmah gemar menonton televisyen __________ Salmi rajin membaca.
kecuali
supaya
sebaliknya
malahan
__________ hujan turun, mereka masih mengerjakan sawah yang luas terbentang itu.
Supaya
Tatkala
Oleh sebab
Manakala
Abang sempat minum se__________ teh sebelum pergi ke pejabat.
mangkuk
botol
jag
cawan
Puan Ida membantah keras cadangan suaminya untuk berpindah ke rumah baharu.
Perkataan seerti bagi keras ialah
kasar
tegas
segera
marah
Keadaan di kampung itu menjadi gempar apabila dimaklumkan seorang lelaki menemui sebutir bom.
Perkataan seerti bagi gempar ialah
penuh
sesak
riuh
bimbang
Negara itu telah dilanda banjir menyebabkan banyak tanaman yang rosak.
Perkataan berlawan bagi banjir ialah
bah
basah
kemarau
kering
Kanak-kanak itu menggelengkan kepalanya apabila ditanya.
Perkataan berlawan bagi menggelengkan ialah
menundukkan
mengangkatkan
menganggukkan
menggoyangkan
Abang Roslan sedang __________ corak batik pada kain putih untuk dijadikan sepasang baju kurung.
melukis
menulis
mencetak
mengecap
Air perigi di belakang rumah datuk menjadi __________ akibat musim kemarau.
deras
pasang
cetek
jernih
Pak Seman mengorek lubang dengan menggunakan __________.
bersodok
tersodok
penyodok
menyodok
Datuk Hakim ialah bekas seorang __________ yang sangat digeruni oleh penjenayah-penjenayah.
guru-guru
mata-mata
pari-pari
patung-patung
Ismail penyabar orangnya __________ suka membantu rakan-rakan.
kerana
bahkan
apabila
jikalau
Antara lagu-lagu nyanyiannya, lagu "Pertiwi"lah yang __________ baik.
nian
sekali
paling
benar
Pemandangan di perbatasan __________ indah terutama ketika matahari sedang terbit.
nian
benar
sekali
sangat
Pemuda itu mengait beberapa __________ kelapa sawit dengan sebilah sabit yang tajam.
tongkol
biji
tandan
longgok
Aisyah telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. __________, bapanya telah membawanya melawat Zoo Negara.
Di samping itu
Lantaran itu
Sungguhpun begitu
Walau bagaimanapun
Pak Harun sudah __________ kerana segala usaha yang dilakukannya untuk menambah pendapatan keluarga tidak berhasil.
mati katak
jalan mati
mati akal
setengah mati
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Jangan buang sampah dalam kawasan sekolah," kata Cikgu Chong kepada murid-muridnya.
Cikgu Chong melarang murid-muridnya membuang sampah dalam kawasan sekolah.
Cikgu Chong memarahi murid-muridnya yang membuang sampah di kawasan sekolah.
Cikgu Chong menasihati murid-muridnya agar tidak membuang sampah dalam kawasan sekolah.
Cikgu Chong menjelaskan kepada murid-muridnya bahawa sekolah ialah kawasan larangan membuang sampah.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nabila meminta adiknya menyidai kain-kain yang dibasuhnya itu di ampaian.
"Adik, pergi sidai kain-kain yang kakak basuh ini di ampaian," pekik Nabila.
"Sidaikan kain-kain yang awak basuh ini di ampaian," kata Nabila kepada adik.
"Pergi sidai kain-kain yang kamu basuh ini di ampaian," perintah Nabila kepada adik.
"Adik, sidaikan kain-kain yang kakak basuh ini di ampaian," kata Nabila.
Hati ibu __________ apabila mendapat khabar bahawa anak kesayangannya itu ditangkap polis.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca terhempas ke batu
bagai rambut dibelah seribu
bagai langit dengan bumi
Kawan-kawan Syihan tidak gemar berkongsi rahsia dengannya kerana dia __________.
telinga lintah
anak emas
mulut tempayan
buah hati
