Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teknologi PV Solar 1

Total questions: 13

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud tenaga boleh baharu?

a)

Tenaga yang sangat kuat

b)

Tenaga yang boleh dijana daripada sumber semula jadi secara berterusan

c)

Tenaga buatan manusia

d)

Tenaga yang baru digunakan

2.

Matahari merupakan salah satu sumber tenaga boleh baharu. Tenaga yang diperoleh daripada matahari dikenali sebagai.....

a)

Biojisim

b)

Geoterma

c)

Tenaga solar

d)

Tenaga api

3.

Sumber matahari menghasilkan tenaga....

a)

Nuklear dan Haba

b)

Cahaya dan Siang

c)

Haba dan Cahaya

d)

Haba dan Panas

4.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan tenaga boleh baharu?

a)

meningkatkan kos penggunaan tenaga untuk jangkamasa panjang

b)

meningkatkan kesan rumah hijau

c)

menjana peluang pekerjaan

d)

mencemarkan alam sekitar

5.

Bagaimanakah sel PV solar menyerap tenaga daripada matahari?

a)

Dengan menukarkan foton kepada elektron

b)

Dengan menukarkan elektron kepada foton

c)

Dengan menukarkan foton kepada proton

d)

Dengan menggunakan proton untuk menghasilkan arus elektrik

6.

Anda mempunyai empat keping panel PV solar dan ingin menggabungkannya untuk meningkatkan output tenaga. Jika satu panel menghasilkan 100W, apakah hasil tenaga yang dijangkakan dari gabungan keempat-empat panel tersebut?

a)

25 W

b)

100 W

c)

400 W

d)

800 W

7.

Anda diberikan empat panel PV solar yang berbeza untuk dipasang di bumbung rumah anda. Berdasarkan pengetahuan anda tentang bagaimana panel PV solar bekerja, faktor apakah yang paling penting untuk anda pertimbangkan sebelum memasangnya?

a)

Warna panel PV solar

b)

Jumlah matahari yang diterima di kawasan rumah anda setiap hari

c)

Bentuk panel PV solar.

d)

Berat panel PV solar.

8.

Berikut merupakan ciri-ciri sel PV solar jenis silikon, kecuali...

a)

Bersifat stabil

b)

Berkecekapan tinggi

c)

Mempunyai jangka hayat yang tinggi iaitu 25 tahun

d)

Mempunyai jangka hayat yang rendah iaitu kira-kira 2 tahun sahaja

9.

Anda mempunyai dua keping sel PV solar dan ingin menggabungkannya untuk mendapatkan arus yang tinggi. Bagaimana cara anda akan menyambung kedua-dua sel PV solar tersebut?

a)

Secara selari

b)

Secara bersiri

10.

Anda diminta untuk mencipta sebuah sistem panel solar yang mampu menghasilkan voltan yang tinggi untuk sebuah projek sains sekolah. Berdasarkan pengetahuan anda tentang penyambungan sel PV solar, bagaimana anda akan menyusun sel-sel tersebut dalam sistem anda?

a)

Secara selari

b)

Secara bersiri

11.

Apa itu bahan semikonduktor?

a)

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

b)

Bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik

c)

Bahan yang tidak mempunyai nilai kekonduksian elektrik

d)

Bahan yang mempunyai nilai kekonduksian elektrik antara konduktor dan penebat

12.

Pilih pernyataan yang paling tepat menggambarkan bagaimana tenaga dihasilkan di dalam sel PV solar.

a)

Elektron bergerak dari satu hujung sel ke hujung yang lain tanpa sebarang halangan

b)

Pergerakan elektron menghasilkan tenaga kinetik yang kemudiannya ditukar kepada tenaga elektrik

c)

Elektron menyerap foton dan meninggalkan tempat kosong yang disebut 'hole'.

d)

Elektron berpindah di antara lapisan semikonduktor dengan bebas.

13.

Kuasa panel PV solar berubah mengikut keadaan disebabkan oleh faktor-faktor berikut, kecuali...

a)

Keadaan sudut panel PV solar

b)

Suhu permukaan panel PV solar

c)

Keamatan cahaya yang berbeza

d)

Warna panel PV solar