wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TriviaQuiz

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Sains gempa bumi (earthquake science) melibatkan gabungan pelbagai bidang kajian di bawah KECUALI:

a)

Geologi

b)

Seismology

c)

Oseanografi

d)

Geodesy

2.

Berikut adalah jenis-jenis sesar (fault types) KECUALI?

a)

Normal fault

b)

Reverse fault

c)

Strike-slip fault

d)

Impossible fault

3.

Gempa bumi tempatan M6.0 yang berlaku di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 adalah disebabkan oleh aktiviti seismik yang berlaku di sesar apa?

a)

Sesar Tubau

b)

Sesar Lobou-Lobou

c)

Sesar Bukit Tinggi

d)

Sesar Crocker

4.

Yang manakah antara "beach ball" berikut merupakan "thrust/reverse fault"?

a)

b)

c)

d)

5.

Pasangan gelombang seismik manakah yang bergerak di permukaan bumi sahaja (surface)?

a)

Primary & Secondary

b)

Rayleigh & Love

c)

P-wave & S-wave

d)

Love & Hate

6.

Berikut adalah kejadian-kejadian yang diakibatkan oleh sesuatu gempa bumi KECUALI:

a)

Tsunami

b)

Pencecairan tanah

c)

Tanah runtuh

d)

Sesar aktif

7.

Maklumat Gempa Bumi yang dikeluarkan mempunyai maklumat berikut KECUALI:

a)

Focal mechanism

b)

Magnitud

c)

Kedalaman

d)

Lokasi

8.

Satu gempa bumi telah dikesan berlaku di latitud 29.92 N dan longitud 84.82 E, bermagnitud mb 5.5 dan tidak dirasai.

Adakah Maklumat Gempa Bumi perlu dikeluarkan untuk gempa bumi ini?

a)

Ya

b)

Tidak

9.

Satu Maklumat Gempa Bumi akan dikeluarkan untuk gempa bumi berikut:

Tarikh/masa: 19 Oktober 2023, 18:58:57 UTC

Lokasi: Mindanao, Filipina (Tidak Dirasai)

Latitud: 7.44 N

Longitud: 126.48 E

Kedalaman: 48 km

Magnitud: mb 5.7

Kaedah hebahan yang manakah PERLU digunakan?

a)

Crawler Portal

b)

Instagram

c)

Kenyataan Media

d)

Crawler TV

10.

Gempa bumi terbesar yang direkodkan di dunia setakat ini adalah bermagnitud 9.5. Kenyataan ini merujuk kepada gempa bumi yang mana?

a)

Gempa bumi Chile, 22 Mei 1960

b)

Gempa bumi Utara Sumatera, 26 Disember 2004

c)

Gempa bumi San Fransisco, 1906

d)

Gempa bumi Sendai, Jepun, 11 Mac 2011

11.

Satu gempa bumi telah dikesan di Lahad Datu, Sabah. Jenis magnitud apakah yang perlu dipilih untuk melaporkan gempa bumi ini?

a)

Mwp

b)

mb

c)

ml

d)

Mw

12.

Maklumat Gempa Bumi dikeluarkan sekiranya berlaku kejadian gempa bumi berikut:

a)

M2.7 di Semporna, Sabah, di laut.

b)

M5.5 di Kepulauan Fiji, di darat.

c)

M4.9 di Kepulauan Honshu, Jepun, di laut.

d)

M3.0 di Bukit Tinggi, Pahang, di darat.

13.

Ketua Pengarah MET Malaysia perlu dihubungi melalui telefon sekiranya berlaku kejadian berikut KECUALI:

a)

Berlaku gempa bumi di darat, tidak dirasai, M3.3, Ranau, Sabah.

b)

Berlaku gempa bumi di Utara Sumatera, dirasai, M5.4, di darat.

c)

Berlaku gempa bumi di Kepulauan Aleutian, di laut, M6.6.

d)

Berlaku gempa bumi di darat, dirasai, M2.9, Pitas, Sabah.

14.

Titik tempat bermulanya rekahan di dalam bumi apabila berlaku gempa bumi.

Kenyataan ini merujuk kepada terma .....

a)

Hypocenter

b)

Epicenter

c)

Focal Depth

d)

Lokasi Gempa

15.

Magnitud berdasarkan amplitud gelombang P yang pertama tiba.

Kenyataan di atas merujuk kepada ......

a)

ml

b)

ms

c)

mb

d)

mw

16.

Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan tsunami.

a)

Kekuatan gelombang tsunami sama sahaja dengan "tidal wave".

b)

Boleh juga berlaku akibat jatuhan meteorit di laut.

c)

Siri gelombang air laut yang sangat panjang dan bergerak dalam tempoh masa yang lama.

d)

Tsunami setempat ialah tsunami dari punca berdekatan dengan kawasan tersebut.

17.

Tsunami Service Provider (TSP) adalah pusat yang bertanggungjawab memantau dan mengeluarkan amaran tsunami kepada pusat amaran tsunami kebangsaan (NTWCs). Berikut adalah TSP yang bertanggungjawab memantau kejadian tsunami di Lautan Hindi, KECUALI ...

a)

INATEWS

b)

JATWC

c)

SCSTAC

d)

ITEWC

18.

Antara sistem SAATNM berikut, sistem manakah termasuk di bawah komponen hebahan?

a)

Tolok pasang surut

b)

Kamera pantai

c)

Strong motion

d)

Siren tsunami

19.

Antara pernyataan berikut, yang mana satukah FAKTA?

a)

Kita boleh meluncur (surfing) di atas ombak tsunami.

b)

Tsunami terdiri daripada satu gelombang sahaja.

c)

Supaya lebih selamat, bot-bot di laut hendaklah menuju ke tengah laut apabila berlaku tsunami.

d)

Ombak tsunami adalah sama seperti ombak lautan.

20.

Bilakah Hari Kesedaran Tsunami Sedunia (World Tsunami Awareness Day)?

a)

11 Mac

b)

5 November

c)

26 Disember

d)

17 Januari