wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PINTAR BAHASA (WARGA SUBES)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Muaz sering dimarahi oleh majikannya kerana tidak mengikut aturan kerja yang betul dalam mengendalikan mesin-mesin di kilang

a)

Belum tegak hendak berlari

b)

Hendak bertanduk kepala dipahat.

c)

Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan

2.

PERIBAHASA :

Harum menghilangkan bau

a)

Orang lain yang berbuat kebaikan, orang lain pula yang mendapat pujian.

b)

Bau wangi yang hilang

c)

Keburukan telah dilindungi kebaikan

3.

Negara yang mengamalkan pemerintahan diktator kerap berlaku penindasan kebebasan dan hak-hak asasi manusia.

a)

Kuat sepit kerana kempa

b)

Bagai besi dengan penempa

c)

Belum tegak hendak berlari

4.

Syukri kini seperti '…………………………………' selepas dihalau dari rumah sewanya kerana tidak mampu untuk membayar tunggakan sewa selama setahun.

a)

Kubur kata mari, rumah kata nanti

b)

Lain padang lain belalang

c)

Berkelambukan gua

5.

Ibu menasihati kakak untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum menerima pinangan lelaki tersebut.

a)

Macam anak dara tak datang tunangnya

b)

Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran

c)

Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya

6.

PILIH AYAT YANG MENGGUNAKAN PERIBAHASA SAMA MAKSUD ATAU HAMPIR SAMA MAKSUD DENGAN 'MELAKAK KUCING DI DAPUR'

a)

Sikap Pak Ali bagai peribahasa kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan kerana sering membantu kawan-kawannya, sedangkan isteri dan anak-anaknya terpaksa mengikat perut

b)

Bagai melepas anjing tersepit, Adi dipersalahkan oleh kawan-kawan yang pernah dibantunya malah dituduh menyebabkan perniagaan mereka rugi

7.

Apa guna berkain batik,

Kalau tidak berbaju kasa;

Apa guna memandang cantik,

....................................................................

Sambungkan pantun tersebut

a)

Kalau tidak berbudi bahasa

b)

kalau tidak pandai menumbuk sambal

c)

Hemat laku budi berakhlak

8.

PANTUN :

Elok parang kerana ditempah,

Ditempah pada tukang yang handal;

Elok orang kerana amanah,

Amanah diterima adat pun kekal.

a)

Sesuatu peraturan dapat diteruskan apabila dilaksanakan dengan adil

b)

Seseorang perlu menjaga amanah yang diberikan dengan baik

c)

Setiap pekerjaan perlu dilakukan mengikut aturan yang betul

9.

Pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat Palestin.

a)

Berombak angin si anak jati,

Angin bertiup cuaca redup,

Amanah dijaga bersihnya hati,

Agar menjadi pegangan hidup

b)

Orang Hulu menebang jati,

Orang Darat menetak palas;

Kalau nak tahu budi sejati,

TIdak berhajat minta dibalas.

10.

Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Apakah maksud rangkap ini?

a)

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

b)

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

c)

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

11.

Pasang surut berhenti dulu,

Sudah pasang baru berangkat;

.................................................................,

.................................................................

Sambung pantun tersebut.

a)

Kalau kita baik amal,

Dikenang orang siang malam.


b)

Orang patut menghormati guru,

Petua dipegang ilmu diingat.

12.

Apakah maksud pantun tersebut?

Hari panas jangan ke laut,

Kalau ke laut akan tergalang;

Hati panas jangan diturut,

Kalau diturut akal pun hilang.

a)

Seseorang perlu berfikir masa-masak sebelum melakukan tindakan selanjutnya

b)

Seseorang perlu melakukan kebaikan secara berpada-pada

c)

Amarah yang tidak diredakan dengan baik akan menyebabkan kehancuran