NEW
Font size
WorksheetsPERNIAGAAN TRIAL SELANGOR 2022
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Antara berikut, yang manakah ciri perkongsian?
Rakan kongsi aktif menanggung liabiliti terhad dan aktif dalam pengurusan perniagaan
Perniagaan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Perkongsiaan tertakluk kepada beberapa terma dalam Akta Perkongsian 1961
Rakan kongsi lelap menanggung liabiliti tidak terhad setakat modal yang dilaburkan sahaja
Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan. Apakha saiz dan sektor perniagaan tersebut. (Rujuk soalan)
kecil / primer
sederhana / sekunder
kecil / sekunder
sederhana / primer
Apakah skala perniagaan bagi pasaran antarabnagsa?
Zon dan global
Negeri dan zon
Negeri dan kebangsaan
Zon dan kebangsaan
Apakah cabaran perniagaan bersaiz kecil?
Menanggung kos overhed yang tinggi
Memerlukan ramai pekerja mahir
Meningkatkan keuntungan tahunan
Mematuhi lebih banyak peraturan yang ditetapkan
Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran kitaran?
Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi
Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa
Apakah peranan kerajaan negeri dalam membantu perniagaan?
Mewujudkan kawasan industri
Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan
Menggubal undang- undang perlindungan pengguna
Memberi pelepasan cukai dalam sektor-sektor tertentu
Rajah 1 menunjukkan hasil jualan tahunan Kilang Perabot Sayyid dari tahun 2018 hingga 2021.
Faktor luaran manakah yang mungkin menyebabkan situasi tersebut berlaku?
I Penularan Covid 19 di kalangan pekerja
II Pengurusan yang kurang cekap
III Pekerja yang tidak berkemahiran
IV Ekonomi negara yang tidak stabil
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah gaya pengurusan sederhana?
Pekerja bebas membuat keputusan
Majikan memberi arahan dengan tegas
Perhubungan baik antara majikan dengan pekerja
Majikan mempengaruhi semua keputusan
Apakah kesan perubahan persekitaran dari aspek pasaran?
Lambakan barang import
Pelaksanaan cukai eksport
Guna tenaga penuh dicapai
Pendapatan boleh guna meningkat
Pernyataan manakah merujuk kepada visi perniagaan?
Sasaran pencapaian boleh diukur
Panduan untuk membuat keputusan
Fokus perancangan dalam jangka pendek
Perancangan dibuat sebelum penetapan misi
Maklumat berikut berkaitan dengan objektif sebuah perniagaan. Antara yang berikut, manakah ciri objektif syarikat tersebut?
I Boleh dicapai
II Jangka masa
III Spesifik
IV Munasabah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran 10 000 benih anak sawit yang dikeluarkan oleh Encik Hassan. Berapakah titik pulang modal bagi benih anak pokok sawit sekiranya harga jualan sepokok ialah RM15?
10 000 pokok
20 000 pokok
30 000 pokok
40 000 pokok
Pernyataan berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi perubahan objektif sebuah perniagaan kraf. Apakah faktor tersebut?
Pemasaran dan sosiobudaya
Sumber manusia dan ekonomi
Pengeluaran dan ekologi
Kewangan dan politik
Apakah tujuan bahagian fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)?
Mencipta produk baharu
Meningkatkan komunikasi perniagaan
Menyimpan maklumat dan data perniagaan
Mengeluarkan katalog untuk tujuan pemasaran
Rajah 2 berkaitan dengan aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan. Antara berikut, pasangan manakah menerangkan situasi R dan S?
I e-banking : menyediakan kemudahan pembayaran
II e-dagang : pembelian dan pembayarab secara berterusan
III e-banking : meluaskan skop perniagaan
IV e-goverment : membuat pentaksiran cukai perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah 3 berkaitan interaksi antara dua perniagaan. Bagaimanakah interaksi dan perkaitan bahagian fungsian dalam dua perniagaan tersebut?
Bahagian Jualan Perniagaan A akan menghubungi Bahagian Belian Perniagaan B untuk membeli alat ganti kereta
Bahagian Jualan Perniagaan A akan mengeluarkan invois kepada Bahagian Kewangan Perniagaan B
Bahagian Belian Perniagaan B akan menghubungi Bahagian Belian Perniagaan A untuk membeli alat ganti kereta
Bahagian Kewangan Perniagaan B akan mengeluarkan invois kepada Bahagian Kewangan Perniagaan A
Apakah maksud penjanaan idea?
Proses memenuhi keperluan pasaran
Menghasilkan produk yang berpotensi
Mereka bentuk produk
Proses membuat keputusan
Pernyataan berikut berkaitan dengan Puan Ellie, seorang pembantu peribadi kepada pengurus besar syarikat. Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Puan Ellie?
Ponteng kerja
Pecah amanah
Salah guna aset syarikat
Ingkar arahan tanpa sebab yang kukuh
Rizal, seorang graduan dalam bidang kejuruteraan awam, telah memohon pekerjaan sebagai jurutera awam di sebuah syarikat pembinaan. Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang dimiliki oleh Rizal?
Berpengalaman
Kelayakan yang bersesuaian
Berpengetahuan tentang produk pembinaan
Berpengalaman dalam industri kejuruteraan
Maklumat berikut berkaitan dua orang calon yang ditemuduga bagi pemilihan jawatan pengurus jualan di sebuah syarikat perabot. Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan kepada syarikat sekiranya calon B dipilih?
I Mempunyai kelayakan yang sesuai
II Memasarkan produk
III Menjimatkan kos melatih pekerja
IV Mencapai sasaran jualan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem penggajian sebuah organisasi perniagaan. Apakah P?
Elaun
Bonus
Upah
Gaji
Situasi berikut berkaitan pengurusan sumber fizikal sebuah perniagaan. Mengapakah syarikat mengambil tindakan tersebut?
I Memastikan pengeluaran dapat berjalan dengan lancar
II Mendapatkan keuntungan jika berlaku risiko kebakaran
III Meningkatkan hasil jualan sekiranya produk yang dihasilkan berkualiti
IV Memulihkan perniagaan kepada keadaan asal jika berlaku risiko kebakaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Syarikat Penerbitan Watan memohon hak cipta terpelihara bagi buku yang diterbitkannya. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
Mengelakkan daripada karyanya ditiru oleh pihak lain
Mengelakkan paten dicetak rompak oleh pihak lain
Mendapatkan kelulusan untuk menjual bukunya
Mendapatkan perlindungan insurans daripada Akta Hak Cipta 1987
Gambar 1 berkaitan pengurusan sumber di dua premis perniagaan. Apakah kesan pengurusan sumber fizikal dan teknologi bagi kedua-dua perniagaan tersebut?
Kilang Roti Azizah mengurus lebih banyak sumber fizikal berbanding Pusat Tuisyen Bestari Didik
Pusat Tuisyen Bestari Didik mengurus lebih banyak sumber teknologi berbanding Kilang Roti Azizah
Kilang Roti Azizah tidak perlu menguruskan sumber teknologinya
Pusat Tuisyen Bestari Didik mempunyai lebih banyak sumber fizikal daripada Kilang Roti Azizah
Gambar 2 berkaitan logo sebuah agensi kerajaan. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan agensi tersebut?
Mempromosikan barangan ke luar negara
Menawarkan bantuan modal
Memberikan jaminan kredit
Menawarkan geran penyelidikan
Apakah kelemahan sumber pembiayaan daripada bank kepada usahawan?
Dokumentasi yang sedikit
Jumlah pinjaman yang terhad
Memerlukan cagaran dalam bentuk harta
Menghadapi kerenah birokrasi
Antara berikut, dokumen manakah yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada agensi kerajaan?
I Salinan bil utiliti
II Kontrak sewaan premis
III Salinan kad pengenalan
IV Lesen perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Situasi berikut berkaitan sebuah perniagaan yang memerlukan sumber pembiayaan. Apakah jenis pembiayaan yang sesuai dipilih?
Pemfaktoran
Sewa beli
Gadaian
Pajakan
Pernyataan berikut berkaitan kegunaan penyata kewangan kepada suatu pihak. Siapakah pihak yang dimaksudkan?
Menilai prestasi perniagaan serta membuat pertimbangan untuk pemberian bonus dan dividen
Pihak pengurusan
Pemegang saham
Pembekal
Pelabur
Maklumat tersebut berkaitan dengan Kunci Kira-Kira Syarikat Anggun Kreatif Sdn. Bhd. Berapakah nisbah semasa perniagaan tersebut?
1.0 : 1
1.8 : 1
2.2 : 1
2.7 : 1
Maklumat berikut berkaitan dengan prestasi kewangan Syarikat Megah Perdana Sdn. Bhd. Pernyataan manakah menerangkan justifikasi prestasi tersebut?
Syarikat Megah Perdana mengurus stok lebih cekap pada tahun 2020 berbanding 2021
Syarikat Megah Perdana mengurus stok lebih cekap pada tahun 2021 berbanding 2020
Stok telah diganti sebanyak 3.5 kali pada tahun 2021 berbanding 2020
Stok telah diganti sebanyak 4.2 kali pada tahun 2020 berbanding 2021
Manakah antara berikut merupakan faktor penyumbang dalam memulakan perniagaan?
Pengetahuan
Sumber fizikal
Sumber manusia
Bantuan profesionalisme
Encik Nasir membuka sebuah restoren di Pulau Indah, Klang. Apakah kelebihan Encik Nasir berbuat demikian kepada masyarakat?
Memenuhi keperluan dan kehendak
Mengurangkan kebergantungan kepada barang import
Menjalankan tanggungjawab sosial
Membangunkan ekonomi negara
Antara berikut, jenis perniagaan manakah yang tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
Teguh Jaya PLT
Syarikat Mesra Alam Sdn. Bhd.
Kedai Runcit Sally
Mitraland Berhad
Apakah faedah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
Melayakkan mendapat pinjaman mikro dari agensi kerajaan
Mendapat pengecualian cukai dari kerajaan
Menambahkan hasil jualan perniagaan
Meningkatkan imej syarikat
Antara berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah mendaftarkan perniagaan?
I Memperbaharui sijil perakuan pendaftaran perniagaan dua bulan sebelum tamat
II Memastikan nama dan nombor pendaftaran perniagaan tertera pada dokumen rasmi III Mempamerkan papan tanda mengikut spesifikasi pihak berkuasa tempatan
IV Menyimpan lesen perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan rekod kos operasi.
Memo
Bil tunai
Bil utiliti
Invois
Apakah kepentingan menyediakan rancangan perniagaan?
Menjangka risiko yang akan timbul
Mendapatkan keuntungan yang banyak
Memastikan projek dapat berdaya saing
Meyakinkan pelanggan membeli produk
Gambar 3 menunjukkan satu kaedah promosi. Apakah kaedah tersebut?
Jualan langsung
Promosi jualan
Pengiklanan
Publisiti
Apakah matlamat pemasaran dan jualan?
Memudahkan perancangan strategi
Memperuntukan sumber pada bahagian tertentu
Meningkatkan aktiviti perniagaan
Menjana keuntungan perniagaan
