Font size
WorksheetsKONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Mengapakah kajian sains sangat menitikberatkan kaedah yang sistematik, logik dan objektif?
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia
Untuk membuktikan kebolehan manusia sebagai pemimpin alam
Untuk mendapat kesimpulan yang sahih dan boleh dibuktikan kebenarannya
Untuk memastikan kajian yang dilakukan selamat kepada manusia dan alam
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu bergerak dan tempat kamu tinggal.” (Surah Muhamad: 19)
Berdasarkan ayat di atas, apakah ibrah yang PALING PENTING untuk dikaitkan dengan sains dan teknologi Islam?
Sains dan teknologi Islam adalah bidang yang terdedah dengan risiko melakukan dosa, justeru manusia perlu sentiasa bertaubat
Sains dan teknologi Islam membuktikan kekuasaan Allah SWT dalam segenap ruang kehidupan agar manusia mengenali dan mentauhidkan-Nya
Sains dan teknologi Islam boleh diceburi oleh sesiapa sahaja, sama ada lelaki mahupun perempuan
Sains dan teknologi Islam memperjelaskan tempat tinggal manusia agar manusia dapat bergerak dengan selamat
Sains berasal dari perkataan scentia yang diambil dari bahasa
Spanyol
Latin
Inggeris
Arab
Sains berasal dari perkataan scentia yang bermaksud
cantik
pandai
tahu
cekap
• Tidak terpisah dari sumber wahyu
• Menerima hakikat kewujudan Tuhan
• Meyakini semua perkara diwujudkan dan ditadbir Tuhan
Manakah antara berikut ciri sains Islam yang berkaitan dengan butiran di atas?
Tauhid
Saintifik
Sepadu
Rasional
Ulul albab ialah golongan yang sentiasa berzikir dan berfikir tentang kekuasaan Allah SWT sehingga mendapat satu kesimpulan yang benar mengenai alam yang diwujudkan oleh Allah SWT.
Manakah antara berikut ciri yang perlu DIJAUHI dalam usaha menjadi Ulul Albab?
Memanfaatkan kurniaan akal untuk berfikir tentang makhluk Allah SWT
Mengkaji Zat Allah SWT
Menyepadukan elemen rohani dalam kehidupan dengan merasai kewujudan Allah SWT
Memperuntukkan masa khusus untuk berzikir dan berdoa kepada Allah SWT
Apakah kemungkinan yang akan terjadi sekiranya Al-Quran tidak menjadi petunjuk kepada kajian sains yang dilakukan oleh manusia?
i) Kajian sains menjadi rencam dalam pelbagai bidang tanpa ada kesimpulan yang konkrit
ii) Semua teknologi yang dihasilkan oleh manusia menyebabkan hidupan alam pasti pupus
iii) Manusia terbelenggu dengan kejahilan rohaniah dalam mencipta alatan teknologi yang canggih
iv) Kajian yang dilakukan tidak dapat menghubungkan manusia dengan Allah SWT yang menjadi faktor utama kesejahteraan manusia
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
As-Sunnah ialah sumber utama dalam sains Islam selepas Al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan dia (Nabi Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama Islam menurut kemahuan dan pandangannya tersendiri. Segala yang diperkatakannya, tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (An-Najm: 3-4).
Berdasarkan ayat di atas, mengapakah sunnah Rasulullah SAW wajar dijadikan amalan dan petunjuk dalam kajian sains dan teknologi?
Sunnah Rasulullah SAW paling banyak direkodkan oleh seluruh umat Islam
Sunnah Rasulullah SAW adalah berlandaskan petunjuk Ilahi yang pasti tepat dan bermanfaat
Sunnah Rasulullah SAW adalah berdasarkan gerak hati baginda yang mulia
Sunnah Rasulullah SAW paling mudah dipraktikkan oleh seluruh umat manusia
International Journal of Psychiatry in Medicine melaporkan bahawa orang yang mengaku dirinya tidak mempunyai pegangan agama lebih sering sakit dan mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding mereka yang beragama.
Apakah kebaikan UTAMA yang diperolehi apabila mengikut sunnah Rasulullah SAW dari sudut kesihatan?
Manusia dapat sembuh serta merta dari penyakit yang dihadapi
Manusia dapat terhindar dari terkena penyakit kronik dan berbahaya
Manusia beroleh kesihatan rohani yang sentiasa meningkat
Manusia tidak akan jatuh sakit sepanjang usianya
Sains dan teknologi sentiasa berkembang seiring dengan peredaran masa. Namun teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh masyarakat terdahulu telah hilang dan musnah disebabkan oleh....... (PILIH 2 JAWAPAN YANG TEPAT)
peperangan
bencana alam
penyalahgunaan teknologi
Kebodohan
