NEW
Font size
WorksheetsKuiZ ET622
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Di antara berikut, yang manakah bukan jenis-jenis lukisan elektrik?
Lukisan gambarajah blok
Lukisan gambarajah skematik
Lukisan gambarajah litar pendawaian
Lukisan gambarajah litar pemasangan kondiut
Yang manakah bukan peralatan yang biasa digunakan semasa membuat lukisan elektrikal?
Gam cair
Pembaris
Pen mekanikal
Pensil mekanikal
Apakah nama lain bagi lukisan atau gambarajah skematik?
Gambarajah blok
Gambarajah skematik
Gambarajah satu garisan
Gambarajah laluan kabel
Apakah tujuan menempatkan simbol-simbol aksesori elektrik pada pelan bangunan?
Untuk tujuan membezakan jenis kabel yang digunakan
Untuk menjadi bahan rujukan kepada pereka pelan bangunan
Untuk tujuan pengukuran keperluan penggunaan kabel bagi pendawaian
Untuk menjadi panduan kepada pendawai ketika membuat kerja-kerja pendawaian sebenar
Yang manakah di antara peralatan lukisan berikut digunakan untuk membuat garisan menegak dan bersudut?
Sesiku T
Jangka lukis
Sesiku segi tiga
Pencontoh (template)
Berapakah skala simbol yang digunakan bagi lukisan pelan susunatur?
1 : 50
1 : 90
1 : 100
1 : 125
Antara berikut, yang manakah padanan yang betul?
Hidup – hijau, neutral – hitam dan bumi – hijau
Hidup – merah, neutral – hijau dan bumi – hitam
Hidup – merah, neutral – hitam dan bumi – hijau
Hidup – merah, neutral – merah dan bumi – hijau
Gambarajah litar melibatkan dua jenis kabel iaitu kabel hidup dan kabel neutral. Apakah fungsi bagi kedua-dua kabel tersebut?
Hidup untuk masukan arus dan neutral untuk keluaran arus.
Hidup untuk keluaran arus dan neutral untuk masukan arus.
Hidup untuk masukan arus dan neutral untuk peranti keselamatan.
Hidup untuk peranti keselamatan dan neutral untuk peranti keselamatan.
Di antara berikut yang manakah tidak mengikut senarai jenis garisan mengikut piawaian BS 308?
Garisan satah
Garisan objek
Garisan unjuran
Garisan dimensi
Apakah salah satu fungsi lukisan pendawaian sebenar?
Memilih jenis kabel
Membuat pengujian litar
Membuat kerja-kerja pemasangan litar
Menempatkan kedudukan aksesori elektrik yang digunakan
Berapakah voltan nominal bagi satu fasa?
200 V
230 V
400 V
415 V
Berapakah peratusan faktor kepelbagaian bagi lampu daripada jumlah permintaan arus mengikut Jadual B (faktor kepelbagaian) bagi rumah kediaman?
66%
75%
90%
100%
Apakah fungsi Jangka Kilowatt Jam dalam sesuatu pendawaian elektrik?
Berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi menetapkan kadar bayaran tariff
Berfungsi sebagai pengasing untuk perlindungan arus lebih dan untuk mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan
Berfungsi sebagai perlindungan arus lebih bagi menghadkan arus pengguna untuk mengukur jumlah tenaga yang digunakan.
Berfungsi sebagai pengagihan litar akhir kecil dan ia juga berfungsi sebagai alat untuk mengukur tenaga yang telah digunakan bagi menentukan kadar bayaran tariff.
Berapakah kadaran pemutus litar kenit untuk pemanas air dalam sistem 1 fasa?
6 A
20 A
32 A
60 A
Apakah alat perlindungan yang digunakan selepas Meter Kilowatt Jam yang terdapat di dalam litar turutan kawalan pada lukisan skematik?
Suis utama
Fius perkhidmatan
Pemutus litar kenit
Pemutus litar bocor ke bumi
Litar-litar akhir kecil terdiri dari tiga jenis litar utama. Apakah tiga jenis litar utama tersebut?
Litar pencahayaan, litar kuasa am dan litar kuasa tetap.
Litar lampu, litar kuasa am dan litar soket alir keluar 13A.
Litar loceng, litar pencahayaan dan litar penyaman udara.
Litar soket alir keluar 13A, litar soket alir keluar 15A dan litar kuasa tetap.
Berapakah jumlah terminal yang terdapat pada satu Meter Kilowatt Jam 1 fasa?
4 terminal
6 terminal
8 terminal
10 terminal
Di manakah kedudukan motor pam air pada lukisan skematik?
Litar pencahayaan dan litar kuasa am.
Litar kuasa tetap.
Litar gelang.
Litar jejari.
Berapakah bilangan beban yang dihadkan bagi litar pencahayaan untuk satu MCB 6 A dalam pendawaian 1 fasa?
10 unit
12 unit
15 unit
20 unit
Dimanakah tempat yang sesuai suis lampu bilik mandi dipasang?
Dalam bilik mandi dengan ketinggian yang sesuai
Di pasang belakang pintu bagi mengelakkan terkena air
Dalam bilik mandi di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu
Di pasang di luar bilik mandi atau menggunakan jenis tarik
