WorksheetsKuiz Simpulan Bahasa Tahun 2 STAR
Total questions: 25
Worksheet time: 10mins
Alas perut
makan sedikit
makan ubat
makan sampai kenyang
makan malam
Anak sendiri
anak kandung
anak angkat
anak buah
anak tekak
Orang yang tidak suka bercakap banyak
berat tulang
berat kaki
berat mulut
berat tangan
Bersiar-siar untuk berehat
makan hati
makan angin
makan suap
makan diri
Tidak memakai alas kaki/kasut
kaki ayam
kaki botol
kaki perempuan
kaki judi
Suka menderma
murah hati
tangkai jering
harga mati
sapu bersih
Anak yang paling disayangi
anak buah
anak kandung
anak angkat
anak emas
Tulisan yang buruk dan tidak kemas
buruk siku
cakar ayam
ayam tambatan
anak emas
Buah tangan
buah-buahan
jam tangan
hadiah
beg tangan
Orang yang malas buat kerja
berat hati
ringan tulang
berat tulang
berat badan
Mandi peluh
mandi sungai
mandi pada waktu tengah hari
bekerja kuat
mandi tanpa sabun
Bangga/gembira
besar kepala
besar hati
kepala batu
akal kancil
cerdik/bijak/pandai
otak otak
otak beku
otak cair
makan otak
Ulat buku
Orang yang suka beli buku
Orang yang tidak suka membaca
Orang yang gemar membaca
Orang yang bertugas di perpustakaan
Keluarga Aina bercadang untuk _________ ke Pulau Langkawi pada hujung minggu ini.
makan angin
mabuk laut
ikat perut
menarik diri
Widad mengambil sekeping roti sebagai _______ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut kosong
makan angin
Sikap pekerja yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.
buah pena
berat tulang
otak cair
panjang akal
Setiap kali ke luar negara, ayah pasti membawa ______ untuk kami.
buah tangan
buah hati
makan angin
ikat perut
Tulisannya seperti ______, sukar hendak dibaca.
cakar ayam
ayam tambatan
puteri lilin
senang hati
Dia tidak mahu naik kapal lagi kerana dia tahu dirinya ________.
mabuk laut
panjang tangan
keras kepala
otak cair
Pekerja yang _______ itu telah diserahkan kepada pihak polis.
panas baran
panjang akal
panjang tangan
mulut murai
Sarah yang ________ selalu membantu emaknya membuat kerja rumah.
puteri lilin
ringan tulang
ringan mulut
besar hati
Khadijah seorang yang __________________ kerana sering menolong kawan-kawannya.
baik hati
suka hati
besar hati
kecil hati
Encik Abdullah seorang yang __________________ . Beliau selalu menderma wang kepada rumah orang tua.
murah hati
suka hati
ringan tulang
lipas kudung
Amir suka membaca, maka dia digelar _________.
panjang tangan
kaki ayam
kaki bangku
ulat buku
