Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Ekonomi

Total questions: 5

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah persamaan ciri sistem ekonomi sosialis dengan sistem ekonomi campuran?

a)

Kerajaan mengawal harga barang keperluan

b)

Persaingan antara firma wujud dalam pasaran

c)

Barang diagihkan berdasarkan tingkat pendapatan

d)

Mekanisme harga menentukan peruntukkan sumber ekonomi

2.

Pernyataan manakah yang betul berkaitan penyelesaian masalah penggunaan teknik pengeluaran dalam sistem ekonomi kapitalis?

a)

Maksimum untung melalui pengurangan kos dengan bantuan subsidi

b)

Mekanisme pasaran mempengaruhi pemilihan intensif buruh atau modal

c)

Pengeluaran barang ekonomi dan barang awam berdasarkan permintaan pasaran

d)

Pemilihan kaedah yang cekap dengan mengambil kira kesan luaran negatif

3.

Apakah kekurangan dalam sistem ekonomi sosialis?

a)

Pilihan pengguna terbatas

b)

Wujud persaingan antara firma

c)

Harga ditentukan oleh kuasa pasaran

d)

Motif pengeluaran adalah memaksimumkan keuntungan

4.

Mengapakah sistem ekonomi kapitalis lebih baik daripada sistem ekonomi sosialis?

a)

Sumber ekonomi diagihkan secara adil

b)

Keseimbangan dalam agihan pendapatan

c)

Pengeluaran barang adalah berskala besar

d)

Kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi

5.

Pernyataan manakah yang betul tentang ekonomi Islam?

a)

Individu bebas memiliki sumber kekayaan

b)

Pengeluar mengeluarkan barang untuk memperoleh keuntungan

c)

Wujud persaingan yang adil dalam kalangan pengeluar

d)

Merupakan gabungan pelbagai ciri kebaikan sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis