wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2 HABA

Total questions: 12

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan cara-cara pengaliran haba, kecuali:

a)

Konduksi

b)

Pergolakan

c)

Perolakan

d)

Sinaran

2.

Nyatakan unit S.I bagi haba

a)

kg (kilogram)

b)

N (Newton)

c)

J (Joule)

d)

m (meter)

3.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul:


Konduksi berlaku melalui getaran dan pelanggaran zarah-zarah di dalam ..........

a)

cecair

b)

gas

c)

pepejal

4.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

5.
Tangki minyak dicat dengan warna putih berkilat untuk 
I. memantulkan haba 
II. mengurangkan penyerapan haba
III. menambah penyinaran haba 
a)
I, II dan III
b)
I dan II sahaja
c)
II dan III sahaja 
d)
I sahaja 
6.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

7.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke bekas yang mengandungi air sejuk?

a)

Belon terus mengembang.

b)

Belon menjadi semakin kecil

c)

Belon akan meletup

d)

Saiz belon tidak berubah..

8.

Situasi yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menggunakan aplikasi pengembangan kecuali...

a)
b)
c)
d)
9.

Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

10.

Dalam satu situasi, Afiqah ingin membuka penutup botol tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat . Cadangkan kaedah yang terbaik untuk membantu Afiqah.

a)

Merendamkan bahagian penutup botol dengan air panas.

b)

Merendamkan botol dalam air yang berisi ketulan ais..

c)

Merendam seluruh botol dalam air suam.

d)

Cungkil hujung penutup dengan sudu.

11.

Bahan yang ditunjukkan mewakili

a)

konduktor haba yang baik

b)

penebat haba yang baik

c)

konduktor elektrik yang baik

12.

Mengapakah bola ping pong yang kemik berubah menjadi bulat semula apabila dimasukkan ke dalam air panas?

a)

Udara di dalam bola ping pong mengecut

b)

Udara di dalam bola ping pong mengembang

c)

Air panas meresap ke dalam bola ping pong

d)

Tekanan udara di dalam bola ping pong berkurang