wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan Kelantan 2022 NO 21 - 40

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bazirah mengayuh basikal pada laju seragam 20 ms-1 selama 50 saat. Berapakah jarak yang telah dilaluinya?

a)

200 meter

b)

400 meter

c)

800 meter

d)

1000 meter

2.

Addini menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji sifat semula jadi suatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asalnya.

Pilih kedudukan yang BETUL plastisin itu, jika kadbod ditarik dengan cepat.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

3.

Antara berikut, yang manakah kesan genetik penyebaran radiasi daripada ujian nuklear?

a)

Loya

b)

Mutasi sel

c)

Keletihan yang melampau

d)

Keguguran rambut yang teruk

4.

Rajah 5 menunjukkan hasil satu eksperimen untuk mengkaji kesan nilai pH terhadap pertumbuhan bakteria Bacillus sp. selepas 2 hari.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat di akhir eksperimen?

a)

Pertumbuhan bakteria optimum pada pH neutral

b)

Pertumbuhan bakteria sesuai pada pH berasid

c)

Pertumbuhan bakteria piring petri Q lebih banyak berbanding P

d)

Keadaan berasid tidak mempengaruhi pertumbuhan bakteria

5.

Rajah 6 menunjukkan kecederaan yang dialami oleh seorang peserta berbasikal.

Sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, apakah yang perlu anda lakukan?

a)

Menyuntik vaksin

b)

Menyapu akriflavin

c)

Menelefon ambulan

d)

Menggunakan disenfektan

6.

Rajah 7 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keperluan nutrien terhadap pertumbuhan anak benih.

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan pertumbuhan anak benih normal?

a)

Larutan kultur knop diwarnakan

b)

Kapas diganti dengan penutup gabus

c)

Tabung didih dibalut dengan kertas hitam

d)

Radas tidak boleh didedahkan pada cahaya

7.

Jadual 1 menunjukkan nilai kalori bagi tiga jenis makanan.

Seorang murid mengambil makan tengahari yang terdiri daripada 30 g nasi goreng, 20 g telur dan 120 g jus epal.

Berapakah jumlah nilai kalori yang diambil oleh murid itu?

a)

24 kJ

b)

170 kJ

c)

880 kJ

d)

4080 kJ

8.

Encik Faris merupakan pegawai di Jabatan Alam Sekitar. Beliau menerima aduan berkaitan dengan air sungai yang telah tercemar dalam kawasannya.

Antara langkah berikut, yang manakah boleh digunakan untuk membantu merawat

pencemaran air sungai tersebut dengan menggunakan teknologi hijau?

a)

Penggunaan bebola lumpur mikroorganisma efektif

b)

Penggunaan mikroalga marin dalam Teknologi Emisi Negatif

c)

Penggunaan detergen yang mengandungi ion nitrat dan ion fosfat

d)

Penggunaan bahan kimia bagi membunuh mikroorganisma berbahaya

9.

Jadual 2 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran air di beberapa kawasan.

Sampel air yang manakah paling kurang tercemar?

a)

M

b)

N

c)

O

d)

P

10.

Antara berikut yang manakah BENAR tentang tindak balas cepat?

a)

Kadar tindak balas rendah

b)

Tindak balas berlaku pada masa yang lama

c)

Kuantiti bahan tindak balas berkurang dengan perlahan

d)

Mengambil masa yang singkat untuk melengkapkan tindak balas

11.

Rajah 8 menunjukkan graf isipadu gas hidrogen melawan masa dalam tindak balas antara magnesium dan larutan asid hidroklorik cair.

Berapakah kadar tindak balas purata keseluruhan dalam tindak balas ini?

a)

0.12 cm3 s-1

b)

0.19 cm3 s-1

c)

5.14 cm3 s-1

d)

8.57 cm3 s-1

12.

Sejenis cecair tidak berwarna telah tumpah ke atas tangan seorang pelajar. Dia berasa sejuk pada kawasan tersebut dan cecair itu kering dengan cepat.

Apakah cecair tersebut?

a)

Cuka

b)

Etanol

c)

Air suling

d)

Larutan garam

13.

Rajah 9 menunjukkan kolestrol termendap dalam dinding arteri seorang pesakit.

Apakah penyakit yang mungkin disebabkan oleh pemendapan tersebut?

a)

Anemia

b)

Batuk kering

c)

Kencing manis

d)

Serangan jantung

14.

Antara A, B C dan D berikut , bahagian manakah yang menghasilkan minyak paling banyak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

15.

Rajah 10 menunjukkan proses penyaduran satu objek besi dengan kuprum. Apakah yang berlaku pada anod?

a)

Kuprum terenap

b)

Gas dibebaskan

c)

Jisim berkurangan

d)

Tiada perubahan berlaku

16.

Rajah 11 menunjukkan satu eksperimen yang dilakukan oleh seorang pelajar untuk menghasilkan arus elektrik.

Antara berikut yang manakah dapat menghasilkan tenaga elektrik?

a)

R: Zink

S: Kuprum

Elektrolit: Etanol

b)

R: Karbon

S: Karbon

Elektrolit: Asid sulfurik

c)

R: Kuprum

S: Kuprum

Elektrolit: Kuprum

d)

R: Magnesium

S: Kuprum

Elektrolit: Asid hidroklorik

17.

Rajah 12 menunjukkan satu gambarajah sinar yang terbentuk oleh satu alatan optik. Apakah alatan optik tersebut?

a)

Kamera

b)

Periskop

c)

Binokular

d)

Kanta pembesar

18.

Rajah 13 menunjukkan jek hidraulik digunakan untuk mengangkat sebuah kenderaan.

Hitung luas permukaan bagi X.

a)

0.05 m2

b)

0.001 m2

c)

20 000 m2

d)

100 000 m2

19.

Rajah 14 menunjukkan kedudukan satelit P dan Q dari bumi.

Apakah nama kedudukan bagi satelit P dan Q?

a)

Satelit P : Apogi

Satelit Q: Perigi

b)

Satelit P : Perigi

Satelit Q: Apogi

c)

Satelit P : Apogi

Satelit Q: Elips

d)

Satelit P : Perigi

Satelit Q: Elips

20.

Rajah 15 menunjukkan sebuah bas ekpress menuju ke destinasinya.

Apakah kaedah untuk menjejaki pergerakan bas itu ke destinasi yang telah ditetapkan pada masa yang ditetapkan dengan berkesan?

a)

Menggunakan CCTV

b)

Menggunakan walkie-talkie

c)

Menggunakan Sistem Penentu Sejagat (GPS)

d)

Menggunakan perhubungan radio amatur