WorksheetsKuiz Roentgen Jr
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
Siapakah Wilhelm Röntgen?
A. Saintis pertama yang mencipta mesin sinar-X
B. Saintis pertama yang menemui sinar-X
C. Saintis pertama yang menemui radioaktiviti
D. Saintis pertama yang menemui Radium
Apakah jenis sinaran mengion yang selalu digunakan dalam radiologi diagnostik?
A. Sinar-X
B. Sinar gama
C. Zarah alfa
D. Zarah beta
Apakah jenis sinaran tidak mengion yang digunakan dalam pengimejan resonans magnet (MRI)?
A. Sinar-X
B. Sinar gama
C. Ultrasound
D. Gelombang radio
Apakah unit digunakan untuk mengukur dos sinaran terserap?
A. Sievert (Sv)
B. Becquerel (Bq)
C. Gray (Gy)
D. Rutherford (Rd)
Namakan peralatan di dalam gambar ini dan kegunaanya dalam perubatan?
Mesin pemecut linear (LINAC) digunakan untuk rawatan kanser
Mesin mamografi digunakan untuk rawatan penyakit jantung
Mesin sinar-x digunakan untuk diagnosis kanser
Mesin brakiterapi digunakan untuk rawatan kanser.
Apakah matlamat utama kaedah radioterapi dalam rawatan kanser?
A. Untuk memusnahkan sel yang sihat
B. Untuk meminimumkan ketidakselesaan pesakit
C. Untuk membuang tumor melalui pembedahan
D. Untuk menyasar dan memusnahkan sel kanser
Dalam radiografi, komponen mesin sinar-X yang manakah menghasilkan sinar-X?
A. Detektor / Pengesan
B. Kolimator/ pengkolimat
C. Kepala tiub
D. Panel kawalan
Apakah jenis sinaran yang sering digunakan untuk pensterilan dalam bidang perubatan?
A. Sinar gama
B. Sinar-X
C. Gelombang ultraviolet (UV)
D. Gelombang mikro
Apakah unit yang digunakan untuk mengukur dedahan sinaran semasa prosedur pengimejan perubatan?
A. Rem
B. Roentgen
C. Curie
D. Hertz
Namakan proses pengurangan intensiti/keamatan alur sinar-X semasa ia melalui badan pesakit?
A. Atenuasi
B. Amplifikasi
C. Serakan foton
D. Pendarfluor
Yang manakah berikut adalah alat perlindungan sinaran yang perlu dipakai oleh staff radiologi semasa prosedur fluoroskopi?
Apron plumbum
Sarung tangan getah
Cermin mata plumbum
Topeng muka
Lencana sinaran
Namakan proses pengukuran pereputan radioaktif yang digunakan dalam perubatan nuklear?
A. Radiografi
B. Dosimetri
C. Sintigrafi
D. Tomografi
Apakah had dos sinaran tahunan yang disyorkan untuk pekerja sinaran yang diterima dari dedahan pekerjaan di Malaysia?
A. 10 mSv
B. 20 mSv
C. 50 mSv
D. 100 mSv
Jenis sinaran yang manakah digunakan dalam pengimejan tomografi pelepasan positron (PET)?
A. Zarah alfa
B. Zarah beta
C. Sinar gama
D. Neutron
Gambar ini menunjukkan radiograf tangan daripada pemeriksaan x-ray. Mengapakah tulang kelihatan berwarna putih dalam radiograf?
Penyerapan foton x-ray oleh tulang.
Serakan foton x-ray oleh tulang.
Penembusan foton x-ray melalui struktur tulang.
Foton x-ray mereput apabila melalui struktur tulang.
Aktiviti sesuatu bahan radioaktif adalah merujuk kepada bilangan penyepaian nuklear per saat. Apakah unit ukuran untuk aktiviti?
A. Gray (Gy)
B. Curie (Ci)
C. Rutherford (Rd)
D. Sievert (Sv)
Gambar menunjukkan spektrum elektromagnet (EM). Yang manakah antara berikut mempunyai tenaga tertinggi dalam spektrum elektromagnet?
A. Sinar ultraviolet (UV)
B. Cahaya tampak
C. Sinar-X
D. Gelombang radio
Apakah prosedur klinikal yang menggunakan sinar-X atau sinar gama bertenaga tinggi untuk merawat kanser?
A. Radiografi
B. Radioterapi
C. Radiosurgeri
D. Radiofarmasi
Organ badan manakah yang paling sensitif pada sinaran mengion?
A. Otak
B. Paru-paru
C. Kulit
D. Sumsum tulang
Apakah elemen yang biasanya digunakan sebagai bahan sasaran dalam tiub sinar-X untuk mesin radiografi?
A. Tembaga
B. Plumbum
C. Tungsten
D. Aluminium
Apakah tempoh separuh hayat bagi satu isotop radioaktif jika 75% daripadanya mereput dalam 20 hari?
A. 5 hari
B. 10 hari
C. 15 hari
D. 20 hari
Apakah matlamat utama langkah keselamatan sinaran dalam perubatan?
A. Untuk memaksimumkan rawatan kanser dengan dos tinggi
B. Untuk memaksimumkan dos pesakit
C. Untuk meminimumkan dedahan radiasi kepada pekerja dan pesakit
D. Untuk meningkatkan penggunaan sinaran mengion dalam diagnosis dan rawatan
Modaliti pengimejan perubatan yang manakah tidak menggunakan sinaran mengion?
A. Pengimejan Resonans Magnet (MRI)
B. Pemeriksaan Ultrasound
C. Imbasan tomografi berkomputer (CT)
D. Imbasan PET
Dalam prosedur brakiterapi, namakan kaedah untuk menghantar dos sinaran, melibatkan kemasukan sumber radioaktif terus ke dalam atau berhampiran tumor?
A. Teleterapi
B. Terapi kobalt
C. Terapi "interstisial"
D. Terapi intra kaviti
Dalam perlindungan sinaran, prinsip "ALARA" digunakan untuk meminimumkan dedahan sinaran. Apakah maksud istilah "ALARA"?
A. "Avoiding Lethal Activities and Radiation Aversion"
B. "As Low As Reasonably Achievable"
C. "Accumulating Large Amounts of Radiation Avoidance"
D. "Always Leave Areas with Radiation Applications"
