NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU MODEN
Total questions: 21
Worksheet time: 17mins
Yang manakah tokoh bahasa pada zaman pramerdeka?
Asmah Haji Omar
Nik Safiah Karim
Hassan Ahmad
Za'ba
Yang manakah BUKAN sumbangan Raja Ali Haji?
I Bustanul Katibin
II Tuhfat al-Nafis
III Jalan Basa Melayu
IV Ilmu Mengarang Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
- Penokok dan Penambah
- Buku Ketetapan Hejaan Melayu
Siapakah penulis buku-buku di atas?
Raja Ali Haji
Mohd Said Sulaiman
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Yang manakah BUKAN fungsi bahasa Melayu moden?
Bahasa ilmu
Bahasa perpaduan
Bahasa perhubungan
Bahasa kebangsaan
Yang manakah tidak berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
Bahasa pengantar
Penciptaan istilah baharu
Menyatukan pelbagai kaum di Malaysia
Kewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti asing
Yang manakah yang membezakan bahasa Melayu moden daripada bahasa Melayu klasik?
Mengalami perancangan
Mendapat pengaruh bahasa Arab
Menggunakan imbuhan
Menggunakan ayat pasif
Yang manakah yang berkaitan dengan Za'ba?
Buku Ketetapan Hejaan Bahasa Melayu
Kitab Pengetahuan Bahasa
Syair Singapura Terbakar
Ilmu Mengarang Melayu
Yang manakah berkaitan dengan Pejabat Karang-Mengarang?
I- O.T. Dussek
II- Angkatan Sasterawan 50
III- Maktab Perguruan Sultan Idris
IV- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pegawai Inggeris yang manakah yang menubuhkan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris?
W. Marsden
O.T. Dussek
R.J. Wilkinson
R.O. Winstedt
Tokoh yang pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar upahan dari India sehingga beliau digelar "munsyi" ialah
Mohd Said bin Haji Sulaiman
Zainal Abidin bin Ahmad
Abdullah bin Abdul Kadir
Raja Ali Haji
Tokoh tempatan yang memberikan sumbangan kepada penubuhan Pejabat Karang-Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris ialah
Raja Ali Haji
Abdullah Munsyi
Zainal Abidin bin Ahmad
Mohd Said bin Haji Sulaiman
Perancangan taraf ialah usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang
bertaraf antarabangsa
digunakan dalam sistem perhubungan dan pendidikan negara
dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan
Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah
ditulis dengan apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Petikan di atas tercatat dalam
Penyata Razak
Penyata Rahman Talib
Akta Bahasa Kebangsaan
Perlembagaan Persekutuan
Matlamat kelima undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1959, Bahagian (5) menyatakan bahawa DBP perlu menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang dinyatakan di
atas termasuk dalam proses
pengekodan
pemupukan
perancangan
penyeragaman
Tujuan penubuhannya adalah untuk menerbitkan buku-buku bagi sekolah Melayu, menerbitkan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu.
Nyatakan institusi yang dimaksudkan.
Pejabat Karang Mengarang
ASAS 50
Sultan Idris Training College
Pakatan Belajar Mengajar Bahasa
Institusi ini adalah untuk melatih guru-guru yang bakal mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah dan di maktab-maktab perguruan.
Apakah institusi yang dimaksudkan ?
Universiti Malaya
Persatuan Penulis Nasional
Institusi Bahasa
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ( PBMUM )
Mencadangkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran penting yang diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Kenyataan di atas merujuk pada
Laporan razak 1956
Laporan Rahman Talib 1960
Akta Pendidikan 1996
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Perancangan korpus bahasa melibatkan beberapa perkara berikut, kecuali
sebutan
laras bahasa
tatabahasa
kamus
Dalam usaha untuk memodenkan bahasa, langkah yang manakah yang paling penting untuk dilaksanakan ?
mencipta istilah
menerbitkan buku ilmiah
memantapkan tatabahasa
menyelaraskan sistem ejaan
Menurut Perkata 152 Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, meliputi penggunaannya oleh pihak yang berikut, kecuali
sektor swasta
kerajaan Negeri
kerajaan Persekutuan
pihak berkuasa tempatan
Yang manakah tujuan utama penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ?
menyusun dan menerbitkan buku ilmiah
menjadi badan penyelaras persidangan bahasa
memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
melaksanakan kempen penggunaan bahasa Melayu
