Font size
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
"Siapakah antara _____ yang boleh turut serta dalam aktiviti gotong-royong pada hujung minggu ini?'' tanya Cikgu Zaharah kepada murid-muridnya.
awak
kamu
mereka
baginda
''_______ berharap agar rakyat tabah dan bersatu hati demi memutuskan rantaian Covid-19 ini" titah sultan.
Beta
Patik
Hamba
Baginda
Ayam jantan kesayangan Pak Cik Man mempunyai ________ yang tajam pada kakinya
Taji
Gigi
Kuku
Paruh
Zaquan jarang-jarang berhubung dengan Fariz ______ dia berpindah ke Kota Kinabalu.
Sejak
Serta
Kerana
Apabila
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pasukan badminton negara memberikan _______ yang hebat kepada barisan kejurulatihan negara.
Lemparan
Tamparan
Hentaman
Hamparan
Pintu kereta Syahid _____ sedikit setelah terlanggar tiang batu yang berhampiran dengan rumahnya.
Leper
Kemik
Kempis
Bengkok
Pegawai itu ______ tentang pengalamannya bertugas di luar negara kepada rakan-rakan sekerjanya.
berkisah
bercerita
berbahas
berbual
Budak kecil itu ________ tersesak-esak apabila disakat oleh abangnya yang baru pulang dari sekolah.
melompat
menangis
melatah
menari
Air sungai itu ______ dengan deras sehingga membahayakan keselamatan para penduduk yang berdekatan.
hanyut
berjalan
bergerak
mengalir
''Dalam perjalanan ke sana nanti, kita akan ______ di rumah datuk dan nenek terlebih dahulu,'' kata Encik Man kepada anak-anaknya.
Singgah
Sangkut
Bertemu
Berhenti
Pakaian Tradisyional merupakan lambang seni kebudayaan setiap bangsa.
(a)
Masaalah yang besar ini dapat kita selesaikan dengan baik.
(a)
Zati telah memperoleh komisyen daripada penjual minyak wangi kerana mempromosikan produk mereka.
(a)
Kami menawarkan khidmad jahitan pakaian moden dan tradisional.
(a)
Pasar raya itu memberikan baucer beli belah bernilai RM20.00 kepada 50 orang pelanggan terawal.
(a)
Seekor harimau kumbang telah dijumpai mati pada petang semalam
ayat penyata
ayat seruan
ayat tanya
ayat perintah
Bilakah aktiviti perkhemahan unit beruniform itu diadakan?
ayat penyata
ayat tanya
ayat seruan
ayat perintah
Wah, cantiknya kamu hari ini!
ayat penyata
ayat seruan
ayat tanya
ayat perintah
"Semua tetamu dipersilakan berdiri," kata pengacara majlis.
ayat penyata
ayat seruan
ayat tanya
ayat perintah
Mengapakah masyarakat kini sukar menerima pandangan dan nasihat daripada orang lain?
ayat perintah
ayat tanya
ayat seruan
ayat penyata
Maisarah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
FN + FN
FN + FA
FN + FS
FN + FK
Ibu ke dapur menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga
FN + FN
FN + FK
FN + FS
FN + FA
Guru saya sedang memeriksa buku latihan sains.
FN + FN
FN + FA
FN + FK
FN + FS
Adik Haiqqal sungguh bijak walaupun baru berusia 3 tahun.
FN + FN
FN + FA
FN + FS
FN + FK
Kami bersungguh-sungguh menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru pada minggu lepas.
FN + FN
FN + FA
FN + FS
FN +FK
