WorksheetsSPMC 2023 KELANTAN
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Keselamatan kota Melaka terletak di bawah tanggungjawab
Temenggung
Syahbandar
Laksamana
Bendahara
Maklumat berikut berkaitan dengan Undang-Undang Laut Melaka.
Fasal 13.1 : Nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari.
Mengapakah nakhoda diberi keistimewaan tersebut?
Sebagai wakil kerajaan
Khuatir berlaku penipuan
Ibarat raja dalam pelayaran
Penghormatan daripada pedagang
Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
Apakah seruan gerakan tersebut?
Berpandukan ideologi demokrasi
Mengekalkan pendidikan tradisional
Mengukuhkan Raja Berperlembagaan
Berpegang kepada ajaran Islam sebenar
Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negaranya daripada penjajahan Barat.
Bagaimanakah pemerintah tersebut mencapai hasratnya?
Kekuatan pembesar tempatan
Bantuan daripada negara luar
Diplomasi dan pemodenan
Aspek ketenteraan mantap
Poster berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua 1939-1945.
Apakah mesej di sebalik poster tersebut?
Membebaskan Jerman daripada China
Jerman berjaya dalam menguasai Rusia
Kebangkitan satu kuasa besar yang gah
Rusia bebas daripada penaklukan Jerman
Jadual berikut merupakan nama anggota pasukan keselamatan yang menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Apakah iktibar daripada perjuangan mereka?
Kerjasama dalam perancangan
Sedia berkorban untuk negara
Bijak membuat keputusan
Rajin mencari ilmu baharu
Penubuhan Malayan Union mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat di Tanah Melayu.
Apakah reaksi daripada Raja-raja Melayu terhadap pelaksanaan tersebut?
Menghantar surat bantahan ke London
Berunding dengan pegawai British
Meminta bantuan luar
Bersedia dengan perubahan
Peta berikut menunjukkan keseluruhan negeri Sabah yang telah diserahkan kepada British.
Apakah faktor penyerahan tersebut?
Permintaan penduduk tempatan
Masalah kewangan SBUB meruncing
Dasar British dalam pentadbiran tempatan
Organisasi pentadbiran dapat dimantapkan
Apakah matlamat utama perjuangan nasionalis Melayu radikal semasa memperjuangkan kemerdekaan penghujung tahun 1930-an?
Memartabatkan bahasa Melayu
Mengukuhkan perpaduan
Membebaskan tanah air
Menganjurkan kongres
Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Manakah yang berikut merupakan DUA bidang kuasa majlis tersebut?
Hal ehwal luar
Ketenteraman awam
Pelantikan pemerintah
Syarat kewarganegaraan
Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha menyebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu?
Penubuhan Parti Komunis Nanyang
Kegagalan menguasai Pulau Jawa
Keinginan menguasai bahan mentah
Peluasan pengaruh Parti Komunis China
Pada zaman darurat, pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.
Apakah kesan situasi tersebut?
Pertambahan buruh asing
Peningkatan harga barang
Pengawalan barangan import
Pengeluaran tanaman dagangan
Antara yang berikut, manakah DUA objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kerajaan (CLC) di Tanah Melayu?
Mewujudkan keadilan ekonomi
Memantapkan pendidikan kebangsaan
Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah
Meningkatkan hubungan kaum yang mendalam
Gambar berikut berkaitan kerjasama politik ke arah mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu.
Apakah motif pembentukan perlembagaan tersebut?
Membina negara bangsa
Memupuk kerjasama kaum
Memperkasa jati diri bangsa
Merancang proses pilihan raya
Pilihan Raya Persekutuan diadakan sebagai langkah awal ke arah kemerdekaan.
Apakah perkara yang membolehkan pilihan raya tersebut diadakan?
Kelulusan Dewan Rakyat
Persetujuan oleh pegawai British
Rang undang-undang diluluskan
Mendapat perkenan ketua kerajaan
Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?
Mengesahkan rang undang-undang
Meningkatkan hubungan diplomatik
Membincangkan urusan kewangan
Memperkenalkan hak kesamarataan
Manakah DUA perkara yang menjadi pilihan masyarakat dan pemimpin Tanah Melayu dalam Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan 1956?
Kedudukan Raja-raja Melayu dipelihara
Kewarganegaraan kepada sesiapa sahaja
Kepatuhan rakyat kepada demokrasi berparlimen
Keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
Garis masa berikut berkaitan kronologi penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Apakah X ?
Dilulus oleh Majlis Perundangan Persekutuan
Mendapat persetujuan untuk diperkenankan
Dibentang kepada Raja-raja negeri Melayu
Membahas rang undang-undang khas
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Persediaan Fizikal sebelum menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?
Menghargai perjuangan wira negara
Pembahagian tugas pegawai tempatan
Pengalaman dalam mengurus sambutan
Memberi detik bermakna kepada negara
Maklumat berikut berkaitan kesan pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan.
- Membina sebuah bangsa bagi negara yang bersatu
- Mengeluarkan Penyata Rahman Talib
Bagaimanakah hasrat tersebut dicapai?
Mewujudkan pusat bahasa tempatan
Menubuhkan institut kajian dasar sosial
Mengadakan kempen memperkaya bahasa
Menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional?
Berasaskan rumpun bangsa
Pemerintah berkuasa mutlak
Pengiktirafan undang-undang
Berdasarkan kepada perlembagaan
Apakah langkah untuk memelihara kedaulatan undang-undang di negara kita?
Mewartakan undang-undang
Menubuhkan badan kehakiman
Mewujudkan suruhanjaya bebas
Melaksanakan pindaan perlembagaan
Undang-undang berikut telah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan Barat.
Johor => Undang-undang Johor
Perak => Undang-undang 99 Perak
Apakah fungsi undang-undang tersebut?
Pentadbiran yang sistematik
Keselamatan raja dan rakyat
Panduan dan kawalan kepada raja
Kedaulatan daripada campur tangan luar
Mengapakah pindaan dibuat terhadap undang-undang berikut?
- Pindaan Perlembagaan 1963
- Pindaan Perlembagaan 1965
Menunjukkan kewibawaan
Menjamin keluhuran perlembagaan
Memenuhi desakan parti-parti politik
Menyesuaikan dengan keperluan semasa
Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, peranan Majlis Raja-Raja ialah
mengesyorkan perintah darurat
mengisytiharkan persempadanan
meluluskan peruntukan perbelanjaan
memperkenankan pindaan perlembagaan
Apakah kepentingan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara kita?
Mengukuhkan kuasa raja
Mewujudkan kesamarataan
Meredakan konflik parti politik
Mengelakkan pertindihan kuasa
Apakah DUA sebab Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa lebih besar berbanding Kerajaan Negeri?
Mewujudkan keadilan
Mengukuhkan perpaduan
Menjamin kestabilan negara
Meningkatkan kemajuan negara
Gambar berikut berkaitan dengan Taman Negara di Sabah dan Sarawak.
- Taman Negara Kinabalu
- Taman Negara Mulu
Apakah keistimewaan taman negara tersebut?
Pusat spesies Rafflesia
Zon Perlindungan PERHILITAN
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pusat penjagaan flora dan fauna
Jadual berikut berkaitan siri lawatan pemimpin negara sebelum pembentukan Malaysia.
Apakah kepentingan siri lawatan ini?
Pemulihan hubungan
Keadilan pengagihan kuasa
Permuafakatan untuk merdeka
Kesepakatan pembentukan Malaysia
Indonesia membuat bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang pembentukan Malaysia.
Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?
Mengusulkan idea
Memberi penjelasan
Mengadakan siri lawatan
Membuat tinjauan semula
Apakah dua faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia?
Kuasa terhad
Pasaran bersama
Pelabuhan bebas
Tuntutan percukaian
Garis masa berikut merujuk kepada operasi ketenteraan di Sarawak.
Mengapakah operasi tersebut dilancarkan?
Menghalang pengaruh asing
Membendung kemasukan PATI
Membanteras ancaman komunis
Menyekat perkembangan ideologi
Apakah dua faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan di negara kita selepas merdeka?
Pentadbiran British
Pembukaan tanah
Penyatuan wilayah
Pendidikan vernakular
Logo berikut berkaitan dengan sambutan jubli emas ideologi negara.
Apakah latar belakang pembentukan ideologi tersebut?
Peristiwa 13 Mei 1969
Pembentukan Malaysia 1963
Perisytiharan Kemerdekaan 1957
Pembubaran Malayan Union 1946
Apakah tujuan penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada tahun 1970?
Menyediakan modal
Menyusun masyarakat
Memupuk identiti nasional
Memodenkan perindustrian
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
Bagaimanakah matlamat DPN dapat dicapai?
Pembangunan seimbang antara negeri
Pembukaan bandar-bandar baharu
Penyusunan masyarakat di bandar
Pemupukan nilai kebangsaan
Maklumat berikut berkaitan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Luar Negeri pertama.
Kewujudannya adalah berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia pada peringkat antarabangsa.
Manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
Wisma Putra
Perbadanan Putrajaya
Putra World Trade Centre (PWTC)
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama ekonomi ASEAN.
Skim Keutamaan Perniagaan (SKP)
Apakah kelebihan SKP?
Pembayaran tarif rendah
Pemotongan cukai barangan
Pengunaan mata wang ASEAN
Pertukaran teknologi pemasaran
Logo berikut berkaitan dengan penglibatan Malaysia dalam kelestarian global.
Mengapakah anugerah tersebut diperkenalkan?
Pemeliharaan alam sekitar
Pemulihan flora dan fauna
Promosi pelancongan
Penjagaan kesihatan
Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kerelevan Organisasi Antarabangsa
Mengapakah Malaysia berpandangan PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?
Kerasukan kuasa luar
Penyalahgunaan kuasa veto
Perlumbaan teknologi senjata
Kemelesetan ekonomi sejagat
