wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 TRIAL SEJ MUAR

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

1 Senarai berikut merupakan wilayah naungan kepada Kesultanan Melayu Melaka.

• Kedah

• Patani

• Lingga

Apakah tindakan wilayah tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Membina istana

b)

B Menerima ketuanan

c)

C Menyerah bunga emas

d)

D Memberi kerahan tenaga

2.

2 Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

** KMM terkenal kerana kejayaan mewujudkan keamanan di darat dan di laut

Bagaimanakah kejayaan tersebut dicapai?

a)

A Jaminan keselamatan oleh Siam

b)

B Ancaman lanun berjaya dibanteras

c)

C Kerjasama dari masyarakat tempatan

d)

D Pelaksanaan pentadbiran peringkat pusat

3.
  1. 3. Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)
  1. A Menggulingkan raja berkuasa mutlak

b)
  1. B Membuat kempen kesedaran nasionalisme

c)
  1. C Menulis Perisytiharan Kemerdekaan Amerika

d)
  1. D Memperjuangkan prinsip raja berperlembagaan

4.

4 Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah di Kedah merupakan perjuangan terawal di Kedah.

Apakah bukti untuk menyokong perjuangan tersebut?

I Mendapatkan kembali Pulau Pinang

II Melancarkan serangan terhadap Siam

III Menamatkan penghantaran bunga emas

IV Menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

5.

5 Gerakan fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.

Mengapakah gerakan tersebut bertindak sedemikian?

a)

A Meningkatkan imej negara

b)

B Mengadakan sekatan ekonomi

c)

C Memperkukuhkan sistem pertahanan

d)

D Memajukan perdagangan antarabangsa

6.

6 Tokoh berikut mendapat gelaran nama “Harimau Malaya”

** Tengku Mahmood Mahyidden

Mengapakah gelaran tersebut diberi pada beliau?

a)

A Mengelolakan siaran radio dari India

b)

B Menubuhkan pasukan gerila anti Jepun

c)

C Melancarkan serangan kilat terhadap Jepun

d)

D Menubuhkan pasukan tentera darat Malaya

7.

7 Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.

** Tujuan Rancangan :

• Meningkatkan pelaburan ekonomi

• Mengukuhkan pertahanan

• Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga

Apakah rancangan pentadbiran tersebut?

a)

A Persekutuan Tanah Melayu

b)

B Rancangan Briggs

c)

C Suruhanjaya Reid

d)

D Malayan Union

8.

8 Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching.

Bagaimanakah impak penyerahan tersebut terhadap Sarawak?

a)

A Kegiatan perdagangan terjejas

b)

B Negeri menjadi tanah jajahan

c)

C Sempadan wilayah berubah

d)

D Sistem beraja tergugat

9.

9 Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?

a)

A Menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

B Mengkaji isu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

C Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

d)

D Menerima memorandum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

10.

10 Apakah kebaikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja?

a)

A Pemansuhan sistem pewarisan takhta

b)

B Pengukuhan kedudukan Raja-raja Melayu

c)

C Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

d)

D Pentadbiran diketuai oleh Yang Dipertuan Agong

11.

11 PKM tetap mencetuskan huru-hara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan.

Apakah tujuan PKM bertindak sedemikian?

a)

A Penduduk hilang keyakinan terhadap British

b)

B Bertindak untuk menunjukkan kekuatan PKM

c)

C Peroleh sokongan daripada pembesar Melayu

d)

D Bergabung dengan pertubuhan politik tempatan

12.

12 Tokoh berikut telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”

** Sir Gerald Templer

Apakah kejayaan kempen tersebut?

a)

A Memujuk rakyat menentang komunis

b)

B Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

C Mewujudkan sistem pendidikan yang seragam

d)

D Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik

13.

13 Apakah kebaikan penubuhan Sistem Ahli terhadap negara kita?

I Menjadi asas mencapai kemerdekaan

II Menyatukan semua negeri Melayu

III Pemulihan kedaulatan Raja-raja Melayu

IV Pendedahan penduduk dalam pentadbiran

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

14.

14 Ordinan Pelajaran 1952 gagal mencapai matlamat.

Apakah faktor jawatankuasa pelajaran tersebut gagal?

a)

A Negara mengalami masalah kewangan

b)

B Kejatuhan harga komoditi utama negara

c)

C Ancaman komunis semasa zaman darurat

d)

D Mendapat tentangan daripada semua kaum

15.

15 Mengapakah peristiwa berikut dilakukan?

21 April 1954 -->> Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock

a)

A Menetapkan tarikh kemerdekaan negara

b)

B Menuntut penubuhan kabinet pertama

c)

C Menentukan bilangan anggota MPP

d)

D Mendapat mandat daripada British

16.

16 Bagaimanakah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dikurangkan selepas pelantikan kabinet pertama?

a)

A Pemohonan pada Ratu England

b)

B Kuatkuasa Parlimen Malaya

c)

C Membatalkan kuasa veto

d)

D Melalui Majlis Raja-Raja

17.

17 Apakah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Menubuhkan parti politik berhaluan kiri

b)

B Menganjurkan konvensyen kebangsaan

c)

C Mendapatkan sokongan daripada negara luar

d)

D Meminta cadangan daripada semua penduduk

18.
  1. 18. Apakah X ?

a)

A Sementara

b)

B Permohonan

c)

C Pemindahan

d)

D Perkahwinan

19.

19 Apakah makluman Dato’ Abdul Razak Hussein melalui Radio Malaya pada 3 Ogos 1957?

a)

A Tempat sambutan kemerdekaan

b)

B Protokol sambutan kemerdekaan

c)

C Atur cara sambutan kemerdekaan

d)

D Tarikh pemasyhuran kemerdekaan

20.

20 Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

** 101 das tembakan meriam dilakukan selepas majlis menaikkan bendera kebangsaan.

Apakah tujuan tembakan meriam dilakukan?

a)

A Permulaan pembentukan Kabinet Menteri

b)

B Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

c)

C Penghargaan terhadap pejuang negara

d)

D Pembentukan negara yang berdaulat

21.

21 Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Melayu?

a)

A Negara yang bebas dan merdeka

b)

B Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

c)

C Kuasa tertinggi terhadap pemerintahan negara

d)

D Negara berkuasa penuh terhadap pemerintahan

22.

22 Maklumat berikut merupakan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara?

• Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan

• Menganggotai pasukan keselamatan

Apakah manfaat rakyat berbuat demikian?

a)

A Membawa kesejahteraan hidup

b)

B Melicinkan pentadbiran negara

c)

C Mengukuhkan pertahanan negara

d)

D Meningkatkan kewibawaan pemimpinan

23.

23 Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap penting dalam perkembangan perlembagaan negara?

a)

A Rakyat menyuarakan pandangan

b)

B Pembentukan sebuah persekutuan

c)

C Majlis Raja-raja Melayu bersidang

d)

D Parlimen diberikan kuasa perundangan

24.

24 Bagaimanakah kedudukan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam menjalankan peranan pentadbiran?

a)

A Menjadi ketua agama Islam

b)

B Memutuskan perbelanjaan negeri

c)

C Mengikut nasihat Kabinet Negeri

d)

D Boleh mengampun kesalahan jenayah

25.

25 Namakan sistem yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

A Sistem Beraja

b)

B Sistem Residen

c)

C Sistem Penasihat

d)

D Sistem Pembesar Empat Lipatan

26.

26 Logo tersebut merupakan logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

Apakah peranannya?

a)

A Mempromosi dan melindungi hak asasi semua rakyat di negara ini

b)

B Memastikan rakyat Malaysia selalu mematuhi undang-undang

c)

C Memastikan rakyat Malaysia mendapat kebebasan mutlak

d)

D Menjamin keamanan dan kesejahteraan awam

27.

27 Kerajaan Tempatan berperanan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Apakah peranan tersebut?

I Menyenggara jalan raya

II Menjaga kesihatan awam

III Mengawal kegiatan perhutanan

IV Merancang pembangunan luar bandar

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

28.

28 Berikut adalah dua kawasan keselamatan khas di Sarawak dan Sabah.

• RASCOM

• ESSCOM

Apakah matlamat pelancaran kawasan tersebut?

a)

A Mencegah jenayah perairan

b)

B Membuktikan kekuatan tentera

c)

C Menjamin keselamatan negara

d)

D Membanteras penyeludupan barang

29.

29 Mengapakah golongan pedagang dan pengusaha industri di Singapura menyokong pembentukan Malaysia?

a)

A Mendapatkan kemerdekaan

b)

B Kekayaan bahan mentah

c)

C Menggalakkan pelaburan

d)

D Membuka peluang pasaran

30.

30 Dr Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan Indonesia ke Majlis Keselamatan PBB.

Apakah pendekatan Malaysia dalam hal ini?

a)

A Diplomatik

b)

B Kerjasama

c)

C Provokasi

d)

D Berdikari

31.

31 Tindakan berikut telah dilakukan oleh kerajaan untuk menangani ancaman komunis.

** 26 Mac 1972 -->> Membentuk Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sarawak

Antara berikut, kawasan bahagian manakah terlibat dengan RASCOM?

a)

A Pertama

b)

B Kedua

c)

C Ketiga

d)

D Keempat

32.

32 Bagaimanakah kerajaan mengatasi kadar pengangguran yang meningkat dalam tahun 1970-an?

a)

A Menawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam

b)

B Penubuhan pusat latihan vokasional dan teknikal

c)

C Memberikan kenaikan gaji yang bersesuaian

d)

D Menyekat kemasukan pekerja luar negara

33.

33 Mengapakah tokoh berikut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?

a)

A Mengawal perkembangan sekolah swasta

b)

B Memperkasakan sekolah vokasional

c)

C Memperkenalkan bahasa asing

d)

D Melahirkan tenaga kerja mahir

34.

34 Matlamat penubuhan Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat yang progresif.

Apakah ciri-ciri masyarakat yang progresif?

a)

A Mengamalkan budaya masing-masing

b)

B Menjamin kebebasan dalam berpolitik

c)

C Mewujudkan persaingan secara positif

d)

D Mengikut kemajuan sains dan teknologi

35.

35 Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada tahun 1973?

a)

A Membantu petani dalam kegiatan koperasi

b)

B Menjalankan penyelidikan pertanian

c)

C Mengawal kualiti hasil pertanian

d)

D Memajukan industri makanan

36.

36 Apakah tujuan penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

A Membina kemudahan infrastruktur di luar bandar

b)

B Meningkatkan bahagian saham kaum bumiputera

c)

C Meningkatkan integrasi ekonomi antara negeri

d)

D Memudahkan rakyat membuat pelaburan

37.

37 Mengapakah dasar luar penting kepada sesebuah negara?

a)

A Mengekalkan identiti negara

b)

B Mempengaruhi tindakan negara

c)

C Memelihara kepentingan kuasa besar

d)

D Memantapkan kuasa pemimpin tempatan

38.

38 Mengapakah Malaysia menentang pelaksanaan dasar Aparteid di Afrika Selatan?

a)

A Pengiktirafan terhadap golongan radikal

b)

B Mengancam perdagangan antarabangsa

c)

C Melindungi kepentingan negara maju

d)

D Penyalahgunaan hak asasi manusia

39.

39 Apakah manfaat yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?

I Pembangunan melalui Rancangan Colombo

II Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa

III Pengukuhan institusi hub halal negara

IV Peluasan sistem perbankan Islam

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

40.

40 Apakah peristiwa yang membawa NGO negara kita melaksanakan kerja kesukarelawan di kawasan tersebut?

a)

A Berlaku bencana alam

b)

B Krisis politik dalaman

c)

C Serangan rejim Zionis

d)

D Isu kekurangan makanan