wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pertandingan Kuiz Online Cinta Rasul JHEAINS 2023

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT sebagai utusannya ?

a)

SA'AD BIN ABI WAQAS

b)

ISMAIL BIN IBRAHIM

c)

MUHAMMAD BIN ABDULLAH

d)

ZAID BIN THABIT

2.

Baginda dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin, bersamaan dengan .........................?

Pilih tarikh yang tepat berdasarkan kenyataan di atas.

a)

10 Zulhijjah, Tahun Gajah

b)

12 Rabi'ul Awal, Tahun Gajah

c)

9 Muharram, 25 Tahun sebelum hijrah

d)

12 Jamadil Awal, Tahun Gajah

3.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada Tahun Gajah.

Pada pengetahuan anda, mengapakah tahun tersebut dinamakan sebagai 'Tahun Gajah' ?

a)

Kerana bilangan gajah yang pupus pada tahun tersebut meningkat

b)

Kerana gajah merupakan haiwan ternakan golongan bangsawan pada ketika itu

c)

Kerana berlakunya peristiwa gajah menyerang Kota Madinah

d)

Kerana berlakunya peristiwa tentera bergajah yang ingin memusnahkan Kota Mekah

4.

Surah apakah yang berkaitan dengan peristiwa tentera bergajah ?

a)

Al-Fiil

b)

Al-Mujadalah

c)

Al-Hajj

d)

Al-Waqi'ah

5.

Kota Mekah terselamat daripada serangan tentera bergajah disebabkan bantuan yang diturunkan Allah SWT dengan mengirimkan bala tenteranya yang membawa batu-batuan dari neraka.

Tuliskan nama burung yang dikirimkan oleh Allah SWT bagi menghancurkan tentera bergajah ketika itu.

(a)  

6.

Nabi Muhammad SAW merupakan anak yatim ketika baginda dilahirkan. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan.

Bilakah waktunya bapa baginda meninggal dunia ?

a)

Ketika baginda berusia 2 minggu didalam kandungan ibunya

b)

Ketika baginda berusia 2 bulan didalam kandungan ibunya

c)

Ketika baginda berusia 5 bulan didalam kandungan ibunya

d)

2 minggu sebelum kelahiran baginda

7.

Aminah binti Wahab, seorang wanita mulia yang melahirkan zuriat paling mulia di atas muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad SAW.

Berapakah umur Nabi Muhammad SAW ketika bonda tercintanya meninggal dunia ?

a)

10 tahun

b)

8 tahun

c)

5 tahun

d)

6 tahun

8.

Dimanakah ibu Nabi wafat dan dikebumikan ?

a)

Yathrib

b)

Syam

c)

Abwa'

d)

Minaa

9.

Nabi Muhammad SAW telah dihantar ke perkampun gan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad SAW ?

1 - Aminah

2 - Halimatus Saadiah

3- Aishah

4 - Suwaibah Al-Islamiyah

a)

1 & 2

b)

1 & 3

c)

2 & 4

d)

1, 2 & 4

10.

Sehingga umur berapakah Nabi Muhammad SAW dijaga oleh ibu susuan di perkampungan Bani Saad ?

(a)  

11.

Setelah kewafatan bonda tercintanya, baginda dipelihara oleh datuk kandungnya.

Siapakah nama datuk kepoada Nabi Muhammad SAW ?

a)

Abu Thalib

b)

Abdul Wahab

c)

Abdul Muthalib

d)

Abu Sufyan

12.

Setelah kematian Abdul Muthalib, Nabi Muhammad dijaga oleh bapa saudaranya Abu Thalib.

Berapakah usia Nabi ketika datuknya meninggal dunia ?

a)

Ketika Nabi berusia 8 tahun

b)

Ketika Nabi berusia 7 tahun

c)

Ketika Nabi berusia 10 tahun

d)

Ketika Nabi berusia 9 tahun 5 bulan

13.

Masyarakat arab sangat terkenal dengan jolokan 'Pedagang'.

Ketika berusia 12 tahun, Nabi Muhammad SAW pernah dibawa oleh Abu Thalib didalam urusan perdagangan menuju ke Syam. Ketika itu, seorang Pendeta Nasrani yang alim telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga baginda dengan baik dan diminta untuk segera membawa Nabi pulang kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang Yahudi.

Berdasarkan kisah di atas, siapakah nama Pendeta Nasrani tersebut ?

a)

Al-Arqam bin Abi Al-Arqam

b)

Abu Sufyan

c)

Waraqah bin Naufal

14.

Siapakah nama bapa saudara Nabi yang bertindak sebagai penentang kuat kepada dakwah yang disampaikan sehingga turunnya Surah Al-Masad sebagai tanda kemurkaan Allah SWT ?

a)

Abu Sufyan

b)

Saidina Hamzah

c)

Abu Lahab

d)

Abu Thalib

15.

Nabi Muhammad SAW pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut ?

a)

Abu Bakar

b)

Bilal bin Rabbah

c)

Maisarah

d)

Mus'ab

16.

Berapakah usia Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu yang pertama ?

a)

25 tahun

b)

39 tahun 12 bulan

c)

15 tahun

d)

35 tahun

17.

Gambar merujuk kepada tempat dimana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama sekaligus diangkat menjadi Rasul. Ayat apakah yang diturunkan ketika itu ?

a)

Ayat 1-5, Surah Al-'Alaq

b)

Ayat 1-5, Surah Al-Isra'

c)

Ayat 1-5, Surah Al-Baqarah

d)

Ayat 1-5, Surah Ad-Dhuha

18.

Al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS.

Berapah jumlah keseluruhan surah yang terdapat didalam Al-Quran Al-Karim ?

(a)  

19.

Berapakah tempoh Nabi Muhammad SAW menyampai dakwah secara bersembunyi ?

a)

5 tahun

b)

13 tahun

c)

3 tahun

d)

10 tahun

20.

Dimanakah lokasi Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah baginda secara tersembunyi ?

a)

Rumah Saidina Ali

b)

Rumah Abu Hurairah

c)

Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam

d)

Rumah Saidina Abu Bakar

21.

Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 15 tahun,telah terjadinya peperangan yang melibatkan puak Quraisy dan Qais Ailan pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan masyarakat arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang sama sekali pada bulan tersebut kerana bulan Zulqaedah dianggap bulan yang suci.

Apakah nama peperangan yang berlaku ketika itu ?

a)

Harbul Khandaq

b)

Harbul Badr

c)

Harbul Uhud

d)

Harbul Fijar

22.

Seramai 13 orang telah menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW. Siapakah antara berikut merupakan isteri-isteri baginda ?

a)

Khadijah, Fatimah

b)

Aishah, Hafsah

c)

Ummu Salamah , Ummu Kalthum

23.

Pilih yang manakah nama asal bagi Kota Madinah ?

a)

Yathrib

b)

Syam

c)

Damascus

d)

Oman

24.

Pada tahun ke-10 baginda diutus sebagai rasul, terjadinya dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah Islam, tahun tersebut digelar sebagai 'Aamul Huzni' iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut ?

a)

Kematian Abu Thalib , kematian Fatimah

b)

Kematian Khadijah , kematian Abu Thalib

c)

Kematian Abu Jahal , kematian Fatimah

d)

Kematian Khadijah , kematian Abdul Muthalib

25.

Satu tahun selepas tahun kesedihan, Nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dimana peristiwa kewajipan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut ?

a)

Perjanjian 'Aqabah

b)

Penurunan wahyu

c)

Isra' wal Mi'raj

d)

Pembukaan Kota Mekah

26.

Muhammad merupakan nama bagi Nabi dan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Apakah maksud 'Muhammad' ?

a)

Yang berani

b)

Yang pengasih

c)

Yang jujur

d)

Yang terpuji

e)

Yang amanah

27.

Para sahabat Nabi Muhammad SAW sangat menyanyangi baginda sehingga sanggup mengorbankan harta dan masa mereka hanya untuk berjuang bersama-sama dalam menegakkan syiar Islam.

Siapakah di antara sahabat baginda yang memegang gelaran "Asadullah" adalah Saidina (a)   .

28.

Sejak kecil lagi Nabi Muhammad SAW diberi gelaran 'Al-Amin' di atas sikap dan akhlak baginda.

Apakah maksud 'Al-Amin' ?

a)

Seorang yang jujur dan boleh dipercayai

b)

Seorang yang pendusta

c)

Seorang yang baik dan peramah

d)

Seorang yang berhati mulia

29.

Khalid Al-Walid merupakan seorang panglima perang yang digeruni kerana ketangkasannya menggunakan alatan perang dan kehandalannya ketika bertempur.

Apakah gelaran yang diberikan kepadanya ?

a)

Habibullah

b)

Asadullah

c)

Saifullah

d)

Jundullah

30.

Penyampaian dakwah Nabi Muhammad SAW di Thaif diterima dengan sangat baik oleh penduduk-penduduk di sana.

a)

BETUL

b)

SALAH

31.

Wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad SAW disampaikan oleh Malaikat Jibril AS pada malam 20 Ramadhan.

a)

BETUL

b)

SALAH

32.

Nabi Muhammad SAW mengahwini Siti Khadijah ketika usia baginda 25 tahun.

a)

BETUL

b)

SALAH

33.

Abu Jahal merupakan orang yang paling kuat mempertahankan dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

a)

BETUL

b)

SALAH

34.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab RA

a)

BETUL

b)

SALAH

35.

Peperangan Badar berlaku pada bulan Ramadhan.

a)

BETUL

b)

SALAH

36.

Anak-anak Nabi Muhammad SAW kesemuanya ada 8 orang.

a)

BETUL

b)

SALAH

37.

Saidina Abu Bakar RA merupakan sahabat yang menemani Nabi ketika bersembunyi di Gua Thur.

a)

BETUL

b)

SALAH

38.

Sentiasa menegakkan "Amar Makruf Nahi Munkar".

Pernyataan di atas merujuk kepada isi yang terkandung didalam Perjanjian Aqabah yang ke berapa ?

a)

Kedua

b)

Pertama

c)

Ketiga

39.

Nama lain bagi Perang Khandaq ialah Perang Ahzab.

a)

BETUL

b)

SALAH

40.

"Beriman kepada Nabi dan Rasul" merupakan rukun Islam yang wajib dipatuh dan ditaati.

Apakah pendapat anda tentang pernyataan di atas ?

a)

BETUL

b)

SALAH

41.

Pada usia berapakah Nabi Muhammad SAW wafat ?

a)

73

b)

60

c)

85

d)

63

42.

Isikan nama salah seorang anak lelaki kepada Nabi Muhammad SAW.

(a)  

43.

Apakah nama masjid yang pertama dibina oleh umat Islam ?

a)

Masjidil Haram

b)

Masjid Qiblatain

c)

Masjid Al-Quba'

d)

Masjid Nabawi

44.

Apakah keputusan yang diperolehi umat Islam ketika peperangan Uhud ?

a)

Kemenangan

b)

Kekalahan

c)

Seri

45.

Bilakah tarikh permulaan peristiwa hijrah Nabi menuju ke Yathrib ?

a)

27 Safar tahun ke 6 kenabian

b)

25 Safar tahun ke 10 kenabian

c)

25 Safar tahun ke 14 kenabian

d)

27 Safar tahun ke 14 kenabian

46.

'Zunnurain' merupakan gelaran yang diberikan kepada .............................

a)

Umar bin Al-Khattab

b)

Uthman bin Affan

c)

Bilal bin Rabbah

d)

Malik bin Dinar

47.

Dimanakah lokasi Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir baginda ?

a)

Arafah

b)

Madinah

c)

Mina

d)

Jeddah

48.

Berapakah tempoh Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah baginda secara terbuka ?

a)

16 tahun

b)

7 tahun

c)

9 tahun

d)

10 tahun

49.

Bilakah berlakunya peristiwa Pembukaan Kota Mekah ?

a)

10 Muharram , 8 hijrah

b)

10 Rabiul Awal , 8 hijrah

c)

10 Ramadhan , 8 hijrah

d)

8 Zulhijjah , 8 hijrah

50.

Beliau dilantik menjadi Muazzin Rasulullah SAW

(a)