wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2023 Ulangkaji T4 (SET 1)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
  1. Senarai berikut merupakan ciri negara bangsa dalam kerajaan Alam Melayu.

  2. Raja

    X

    Wilayah Pengaruh

    Rakyat

  3. Apakah X? [T4B1M4]

a)

Daulat

b)

Pembesar

c)

Undang-undang

d)

Lambang kebesaran

2.
  1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sistematik.

  2. Apakah sistem pentadbiran tersebut? [T4B1M8]

a)

Pembesar Empat Lipatan

b)

Pemerintahan tempatan

c)

Raja Berperlembagaan

d)

Pentadbiran wilayah

3.
  1. Mengapakah Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) berlaku di England pada tahun 1688? [T4B2M24]

a)

Menghapuskan pemerintahan beraja

b)

Menegakkan kedaulatan parlimen

c)

Menamatkan kuasa bangsawan

d)

Mengukuhkan perpaduan rakyat

4.
  1. Apakah peranan Maharaja Meiji dalam gerakan nasionalisme di Jepun pada tahun 1868? [T4B2M27]

a)

Meluaskan sempadan

b)

Memodenkan negara

c)

Mengadakan perjanjian

d)

Memperbesarkan tentera

5.
  1. Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939-1945? [T4B3M58]

a)

Krisis rantau Balkan

b)

Pakatan ketenteraan

c)

Persaingan kuasa imperialis

d)

Kemunculan ideologi baru

6.
  1. Bintang Tiga menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari.

  2. Bagaimanakah penguasaan

    tersebut dilakukan? [T4B3M84]

  3. I. Membuat kad catuan makanan

    II. Membentuk kampung baharu

    III. Membunuh pegawai daerah

    IV. Menguasai balai polis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.
  1. Rajah berikut berkaitan sistem pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1946.

  2. Apakah X? [T4B4M97]

a)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

Persekutuan Tanah Melayu

c)

Gagasan Malayan Union

d)

Negeri-negeri Selat

8.
  1. Bagaimanakah Raja-raja Melayu menentang Malayan Union? [T4B4M100]

    I. Menghantar surat bantahan

    II. Membawa kes ke mahkamah

    III. Menubuhkan persatuan Melayu

    IV. Menggunakan akhbar tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.
  1. Peristiwa berikut berkaitan protes tanpa keganasan yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA.

  2. Apakah kesan peristiwa tersebut? [T4B5M131]

a)

Penutupan kedai oleh peniaga

b)

Perhimpunan haram di bandar

c)

Persidangan menyokong raja

d)

Penentangan secara radikal

10.
  1. Bagaimanakah perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dalam Persekutuan Tanah

    Melayu (PTM) 1948? [T4B5M137]

a)

Pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu

b)

Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu

c)

Pengenalan Majlis Perundangan Persekutuan

d)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

11.
  1. Maklumat berikut tentang sistem pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad

    pengenalan di Tanah Melayu.

  2. Orang awam yang berumur 12 tahun ke atas dikehendaki membawa kad

    pengenalan ke mana-mana sahaja mulai tahun 1948.

  3. Apakah kebaikan program tersebut terhadap kerajaan? [T4B6M156]

a)

Memutuskan hubungan dengan komunis

b)

Mengelakkan penduduk menyokong komunis

c)

Membezakan orang awam dengan komunis

d)

Menawarkan pengampunan kepada komunis

12.
  1. Perang saraf ialah rancangan yang dilakukan untuk menghapuskan komunis.

  2. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan perang saraf? [T4B6M159]

  3. I. Menawarkan hadiah wang tunai

    II. Mengadakan perintah berkurung

    III. Mengukuhkan pasukan tentera

    IV. Melonggarkan syarat kerakyatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.
  1. Gambar berikut ialah seorang tokoh Sistem Ahli iaitu E.E.C Thuraisingham.

  2. Apakah portfolio beliau? [T4B7M178]

a)

Ahli Pelajaran

b)

Ahli Kesihatan

c)

Ahli Hasil Bumi

d)

Ahli Kerja Raya

14.
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan.

  2. Apakah X? [T4B7M183]

a)

Ordinan Pelajaran 1952

b)

Laporan Fenn-Wu 1951

c)

Laporan Woodhead Sarawak 1955

d)

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

15.
  1. Pilihan raya majlis perbandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951.

  2. Apakahkawasan pilihan raya tersebut? [T4B8M197]

a)

Ipoh, Perak

b)

Kuantan, Pahang

c)

Johor Bahru, Johor

d)

George Town, Pulau Pinang

16.
  1. Apakah peranan kabinet pertama yang dibentuk selepas Pilihan Raya Majlis

    Perundangan Persekutuan 1955? [T4B8M206]

a)

Membincangkan hal ehwal luar negara

b)

Mengurangkan kuasa pentadbiran British

c)

Mewujudkan hubungan muhibah antara kaum

d)

Mengadakan perkongsian dalam pentadbiran

17.
  1. Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? [T4B9M225]

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Kerajaan persekutuan yang kukuh

c)

Persempadanan antara negeri

d)

Kedudukan agama Islam

18.
  1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu antara Raja-raja Melayu dengan pihak British

    telah menjadi asas kemerdekaan negara.

    Apakah nilai yang ditunjukkan melalui peristiwa tersebut? [T4B9M225]

a)

Permuafakatan

b)

Sedia berkorban

c)

Tanggungjawab

d)

Taat setia

19.
  1. Maklumat berikut berkaitan persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.

  2. Sambutan kemerdekaan dinantikan oleh rakyat sehinggakan semua tiket Keretapi

    Tanah Melayu dan tiket bas habis ditempah.

  3. Apakah yang boleh dirumuskan dengan situasi tersebut? [T4B10M237]

a)

Berbangga menyambut kemerdekaan

b)

Bergembira menyambut kemerdekaan

c)

Bersatu hati menyambut kemerdekaan

d)

Bersyukur menyambut kemerdekaan

20.
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi

    negara.

  2. Apakah persamaan kedua-dua rancangan tersebut? [T4B10M244]

a)

Penyediaan kemudahan asas

b)

Peluang pekerjaan bertambah

c)

Pembukaan tanah pertanian baru

d)

Pembinaan perumahan kos rendah

21.
  1. Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu terdiri daripada [T4B1M4]

I. Kedaulatan

II. Undang-undang

III. Wilayah Pengaruh

IV. Lambang kebesaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.
  1. Pasangan pernyataan manakah yang betul tentang peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka? [T4B1M9]

a)

Bendahara - Ketua Turus Angkatan Tentera

b)

Syahbandar - Menjaga Keselamatan kota Melaka

c)

Penghulu Bendahari - Mengutip Cukai di Pelabuhan

d)

Laksamana - Mengekalkan Keamanan di kawasan pentadbiran

23.
  1. Bagaimanakah beliau memperjuangkan nasionalisme di Filipina? [T4B2M28]

a)

Menyingkirkan pemerintahan Sepanyol

b)

Mendesak Sepanyol melakukan perubahan

c)

Menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina

d)

Memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi

24.
  1. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) merupakan antara institusi pendidikan yang berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa di negara kita.

Bagaimanakah institusi ini berperanan menyemarakkan nasionalisme? [T4B2M37]

a)

Menghasilkan buku yang berkualiti

b)

Menyuarakan hak mendapatkan pendidikan

c)

Menyerap anak bangsawan dalam pentadbiran

d)

Menuntut British memperbaik taraf hidup orang Melayu

25.
  1. Senarai berikut berkaitan dengan dua badan penyiasat yang diperkenalkan oleh British.

Jabatan Siasatan Jenayah

Biro Siasatan Politik

Mengapakah badan di atas diperkenalkan? [T4B3M52]

a)

Mengawal gerakan Islah Islamiah

b)

Menyiasat kegiatan jenayah dan politik

c)

Menyekat gerakan penentangan oleh penduduk tempatan

d)

Menguatkuasakan Enakmen undang-undang Islam 1904

26.
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa serangan Amerika Syarikat terhadap Jepun

dalam Perang Dunia Kedua

6 Ogos 1945 - Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima

9 Ogos 1945 - Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki

Apakah kesan daripada peristiwa di atas? [T4B3M82]

a)

Kemunculan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia

b)

Serangan balas Jepun terhadap Amerika Syarikat

c)

Peluasan kuasa Amerika Syarikat di rantau Asia

d)

Perang Dunia Kedua berakhir

27.
  1. Bagaimanakah rakyat menentang Malayan Union? [T4B4M102]

I. Mengadakan kongres Melayu

II. Menghantar surat bantahan ke London

III. Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

IV. Menyuarakan bantahan melalui akhbar Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.
  1. Mengapakah Sabah diserahkan kepada British selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua? [T4B4M114]

a)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

b)

Menamatkan pemberontakan

c)

Meneruskan dasar British

d)

Masalah pewarisan takhta

29.
  1. Apakah faktor yang menjayakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? [T4B5M132]

a)

Kelemahan pemerintahan British

b)

Sokongan pentadbir British

c)

Bantahan golongan radikal

d)

Pengaruh serantau

30.
  1. Maklumat berikut berkaitan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.

  • - Jus soli hanya terbuka kepada rakyat Raja dan rakyat British

  • - Penduduk asal dari negeri Melayu.

Bagaimanakah kewarganegaraan tersebut diperoleh? [T4B5M135]

a)

Permohonan

b)

Pendaftaran

c)

Naturalisasi

d)

Kuatkuasa undang-undang

31.
  1. Ideologi komunis dibawa masuk ke negara kita pada tahun 1920-an melalui China.

Bagaimanakah ideologi tersebut dibawa masuk ke negara kita? [T4B6M146]

I. Rumah ibadah

II. Sekolah Cina

III. Kesatuan sekerja

IV. Memeterai perjanjian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Mengapakah penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu? [T4B6M147]

a)

Memperbaiki taraf hidup

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Merancakkan pembangunan ekonomi

d)

Memastikan kehidupan yang lebih selamat

33.

Pilih pasangan yang betul tentang pembentukan Sistem Ahli pada tahun 1951. [T4B7M173]

a)

Ahli Kesihatan - Lee Tiang Keng

b)

Ahli Pelajaran - Dato’ Onn Jaafar

c)

Ahli Pertanian dan Perhutanan - E.E.C Thuraisingham

d)

Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri - Dato’ Nik Ahmad Kamil

34.

Apakah syarat yang diberikan oleh British kepada penduduk Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan? [T4B7M174]

a)

Melantik pemimpin parti politik

b)

Mewujudkan kerjasama kaum

c)

Mengamalkan demokrasi

d)

Mengadakan pilihan raya

35.

Mengapakah pilihan raya diadakan di negara kita pada tahun 1950-an? [T4B8M196]

a)

Melantik Senator

b)

Memilih wakil rakyat

c)

Melantik ahli Dewan Negara

d)

Memilih Yang di-Pertuan Agong

36.

Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955? [T4B8M204]

I. Kemerdekaan Tanah Melayu

II. Sistem Ahli dimansuhkan

III. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri

IV. Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dikritik oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS)

Apakah isu yang menimbulkan kritikan tersebut? [T4B9M223]

a)

Ekonomi

b)

Pilihan raya

c)

Institusi beraja

d)

Kewarganegaraan

38.

Agama Islam merupakan agama Persekutuan di negara kita.

Apakah kedudukan agama lain dalam Perlembagaan Persekutuan 1957? [T4B9M225]

a)

Tidak boleh diamalkan

b)

Diamalkan secara tertutup

c)

Bebas diamalkan secara aman

d)

Setara dengan kedudukan agama Islam

39.

Apakah persediaan Jawatankuasa Persediaan Fizikal untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara? [T4B10M236]

I. Membina stadium

II. Mencipta lagu kebangsaan

III. Menganjurkan kursus protokol

IV. Menempah bendera Persekutuan Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara

Rancangan Buku Merah

Apakah kepentingan rancangan tersebut? [T4B10M244]

a)

Projek kemudahan asas

b)

Pembukaan tanah baharu

c)

Pengenalan tanaman komersial

d)

Pengeluaran makanan mencukupi