wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pasukan bola baling sekolah kami menang ___________ dalam perlawanan akhir daerah peringkat daerah.

a)

tipis

b)

nipis

c)

kecil

d)

sedikit

2.

Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang ___________ dipukul ombak.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

3.

Cikgu Osman __________ pelbagai kicauan burung melalui telefon pintar kepada murid-muridnya.

a)

melagukan

b)

merakamkan

c)

membunyikan

d)

memperdengarkan

4.

Tumbesaran badan akan terjejas __________ mudah dijangkiti penyakit, __________ badan kita kurang zat.

a)

dan ... jika

b)

serta ...

c)

dengan ... serta

d)

sekiranya ... lalu

5.

Air yang bertakung di atas tikar getah itu __________ sejat selepas terdedah kepada sinaran matahari yang terik.

a)

masih

b)

hendak

c)

pernah

d)

telah

6.

Menteri Alam Sekitar __________ gong semasa majlis pelancaran Hari Alam Sekitar peringkat kebangsaan.

a)

menghayun

b)

mencanang

c)

menumbuk

d)

memalu

7.

Menteri Besar mengiringi __________ Sultan Perak ke majlis perasmian masjid baharu itu.

a)

keputeraan

b)

pemasyhuran

c)

keberangkatan

d)

persemayaman

8.

Sarah dan adiknya gemar mengumpul __________ jenis setem luar negara.

a)

setengah

b)

semua

c)

seluruh

d)

sekalian

9.

Kasihan Nizam. Semalam bekas alat tulisnya hilang. Hari ini dompetnya pula yang hilang.

Peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas ialah _____.

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

hilang di mata di hati jangan

c)

sudah terhantuk baru tergadah

d)

harapkan pagar, pagar makan padi

10.

Beberapa ekor ayam mencakar tanah untuk mencari makanan di belakang rumah nenek.

Pilih perkataan sinonim bagi mencakar.

a)

menggores

b)

mengorek

c)

menyisir

d)

mengais

11.

Budak lelaki itu kelihatan gagap ketika menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

Pilih perkataan antonim bagi gagap.

a)

bijak

b)

petah

c)

cepat

d)

lantang

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Pengusaha pasar raya itu sentiasa memberikan layanan mesra kepada para pelanggannya.

a)

Bagaimanakah pengusaha pasar raya itu menarik hati para pelanggannya?

b)

Bilakah pengusaha pasar raya itu membuat para pelanggannya berasa puas hati?

c)

Siapakah yang melayan para pelanggannya yang mesra di pasar raya itu?

d)

Mengapakah pengusaha pasar raya itu melayan para pelanggannya?

13.

Mengapakah orang ramai begitu berminat mengunjungi pameran pertanian itu?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

a)

Mereka tinggal berhampiran dengan tapak pameran itu.

b)

Mereka ingin mengetahui teknologi terkini bidang pertanian.

c)

Mereka berlumba-lumba untuk menjadi pengunjung yang pertama.

d)

Mereka ingin membuat kajian dalam bidang pertanian.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rumahnya sangat besar kecuali tidak dicat dengan sempurna.

b)

Encik Hisham selalu pergi dalam hutan untuk mencari rotan.

c)

Jurutera itu meninjau-ninjau tapak pusat latihan pertanian itu.

d)

Padang yang luas memudahkan semua murid-murid bergerak bebas.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu berpesan kepada adik agar tidak bising kerana berada di dalam kelas.

b)

Manakala memakai kasut, abang meminta wang saku daripada ibu.

c)

Adik berasa gembira semenjak hari ini dia mula bersekolah tadika.

d)

Kakak mengelap badan adik lalu memakaikannya pakaian.

16.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Cerita rakyat merupakan salah satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.

a)

Salah satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak.

b)

Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai salah satu cabang cerita rakyat.

c)

Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada cabang sastera tradisional.

d)

Cerita rakyat dan tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak sebagai salah satu cabang sastera.

17.

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dengan gambar.

a)

tongkol

b)

batang

c)

ruas

d)

biji

18.

Pilih penjodoh bilangan yang sesuai dengan gambar.

a)

butir

b)

pangsa

c)

gugus

d)

biji

19.

Pak Ngah __________ biola untuk menghiburkan tetamu yang datang ke majlis itu.

a)

menggesek

b)

memetik

c)

menggesel

d)

mengalun

20.

Perajurit tanah air __________ dengan musuh di medan perang demi mempertahankan negara.

a)

bertempur

b)

bertelingkah

c)

bertelagah

d)

bertembung