wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Cikgu, __________ tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital," kata Nuraini dan adiknya.

a)

mereka

b)

saya

c)

dia

d)

kami

2.

"Kalian __________ segera ke tempat kejadian," kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.

a)

pernah

b)

dapat

c)

patut

d)

baru

3.

Iqbal berasa sungguh __________ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.

a)

mulia

b)

mesra

c)

megah

d)

tenteram

4.

Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, "Izinkan __________ masuk mengadap __________ untuk menyampaikan khabar gembira."

a)

hamba ... tuan hamba

b)

hamba ... baginda

c)

patik ... baginda

d)

patik ... tuan hamba

5.

Bendahara : Baginda akan __________ untuk bertemu rakyat jelata di balairung pada petang esok.

Panglima : Baiklah, segala persiapan akan hamba uruskan segera.

a)

mencemar duli

b)

merafak sembah

c)

menjunjung titah

d)

menerima mengadap

6.

Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan 'Dapur Kita' menyaksikan tukan masak menyediakan sajian pengantin mengikut __________ yang betul

a)

tatatertib

b)

tatacara

c)

tatakerja

d)

tatasusila

7.

Sarah __________ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.

a)

kebuntuan

b)

keberatan

c)

kepekatan

d)

kekeliruan

8.

Ibu masih menyimpan koleksi barangan __________ milik nenek sebagai kenang-kenangan.

a)

lampau

b)

lanjut

c)

lama

d)

lalu

9.

Adik hanya dapat makan __________ daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.

a)

sebilangan

b)

segala

c)

seluruh

d)

setiap

10.

Puan Zaleha __________ apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.

a)

putih mata

b)

gelap mata

c)

mata duitan

d)

rambang mata

11.

Putera raja yang berhajat untuk beristirahat itu segera ke dapur istana setelah terhidu bau masakan yang enak.

Apakah yang akan dilakukan oleh putera raja selepas itu?

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersantap

d)

bersemayam

12.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Strategi pertahanan yang tidak menjadi akhirnya __________ kerana pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.

a)

makan dalam

b)

makan hati

c)

makan diri

d)

makan lawan

13.

Atlet sekolah kami telah merangkul tiga pingat emas dalam acara olahraga peringkat daerah.

Pilih perkataan sinonim bagi merangkul.

(i) menjuarai

(ii) memenangi

(iii) menggondol

(iv) menjulang

a)

(i) dan (ii)

b)

(ii) dan (iii)

c)

(i) dan (iv)

d)

(iii) dan (iv)

14.

Penglihatan Ridhwan menjadi silau apabila terkena pantulan cahaya matahari.

Pilih perkataan antonim bagi silau.

a)

cerah

b)

kabur

c)

kelam

d)

jelas

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

(i) Nasi yang ditanak itu mentah kerana airnya kurang.

(ii) Susu getah ialah bahan mentah utama dalam penghasilan tayar.

(iii) Pengalaman mentah itu sering terbayang dalam fikirannya.

(iv) Alat-alat mentah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk rumah tradisional.

a)

(i) dan (ii)

b)

(ii) dan (iii)

c)

(i) dan (iv)

d)

(iii) dan (iv)

16.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Pembinaan jambatan itu diminta oleh penduduk kampung supaya disegerakan kerana bimbang akan keselamatan mereka.

a)

Mengapakah pembinaan jambatan itu perlu disegerakan?

b)

Siapakah yang berasa bimbang akan keselamatan penduduk kampung?

c)

Bilakah penduduk kampung meminta pembinaan jambatan itu disegerakan?

d)

Bagaimanakah pembinaan jambatan itu dapat menjamin keselamatan penduduk kampung?

17.

Pilihan jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Berapakah jumlah peserta yang menyertai acara lumba lari itu?

a)

Saya akan menyertainya pada pagi ini.

b)

Saya tidak pasti bilangannya.

c)

Acara lumba lari itu diadakan di sekolah saya.

d)

Acara lumba lari itu disertai oleh orang ramai.

18.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Semua rakan sekelas Adam menyenangi sikapnya yang pemurah.

a)

Adam dan semua rakan sekelasnya disenangi kerana bersikap pemurah.

b)

Sikap Adam yang pemurah disenangi oleh semua rakan sekelasnya.

c)

Semua rakan sekelas Adam disenangi oleh Adam yang pemurah.

d)

Sikap pemurah rakan sekelasnya disenangi oleh Adam.

19.

Pilih ayat yang betul.

(i) Kipas di ruang tamu itu berpusing dengan ligat.

(ii) Selepas tidur dan terjaga, bayi itu terus menangis.

(iii) Kita mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.

(iv) Encik Fadli memberikan makanan kepada binatang peliharaannya.

a)

(i) dan (ii)

b)

(ii) dan (iii)

c)

(i) dan (iv)

d)

(iii) dan (iv)

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Zailan bergegas pulang ke rumah demi hendak mengikut ayahnya ke bandar.

b)

Shahrul bermain badminton sambil adiknya suka bermain ping pong.

c)

Pertandingan bola sepak itu dibatalkan sementara hujan turun.

d)

Yang berbaju kebaya merah itu tunang abang saya.